Wednesday, December 29, 2010

Macam ni pun lambat ke??


Tensen ke Pelik?? (True Story)

Kali ni aku nak story pasal diri aku siket boley tak? Kalau tak boleh pun, aku akan tulis jugak sebab aku dah telanjur menulis ni ha. Hik! Hik! Hik!

Ok!

Sebelum tu ade promo siket hehehe... kalau rajin please klik gambar kat bawah ni g la tengok-tengok dulu :D


Sememangnya satu perkara yang berlaku kat aku dari kecik sampai lah besar panjang ni memang membuatkan aku TENSEN + PELIK. Ini berkisar dengan adik beradik aku. Hahahha!

Sunday, December 26, 2010

Haram Punya Melayu Ni anak Sape ni??

Ni muka bangsa siapa ni?? Bangsa aku ni john... Agak-agak mereka ni mengaku beragama apa ni??


Ha korang tengok attending list tu.. Nama orang kapir eja macam tu ke??



Ha korang bace tu betul-betul.. Dah la buat benda tak betul pastu guna InsyaAllah pulak tu. Biar betul diorang ni Islam??


Ha! yang ni korang bace lah sendiri yer.. ak dah tak tahu nak oyak gapo lagi dah. Sedih yang teramat sangat. Kalau korang ade kawan-kawang yang macam ni bawak-bawak lah diorang ni ke jalan yang benar balik.

Sekian...

Lupa Password Blog ni!!

uish... lame jgak la aku x updatekan belog kesayangan aku ni huhuhu.. Maklum la sekarang ni sebok siket yela banyak giler keje nak kena settle-kan so terpaksa la slow siket blogging ni.

Nak dijadikan cerita bila aku nak log in masuk balik ke belog ni sampaikan username ngan password pun aku terlupa. Mana tak nya dekat seminggu jugak la aku tak update kan kengkawan?

Puas aku try satu-satu , tak boleh masuk jugak. Last-last aku teringat balik aku ade simpan password tu kat satu tempat yang bernama 'Folder Password'. hehehe!

Perghh.. ni baru hal kecik je dah boleh lupe. Macam mana besok tak kan anak ngan bini pun terlupa jugak?? hehehehe!
Alang-alang dah tulis entri maen-maen ni aku nak sampaikan terima kasih banyak-banyak kat kengkawan yang support belog ni. Yela kalo korang tak ada mesti aku pun down jugak nak menulis ni. Hahahaha!

Buat masa ni tak ada tajuk lagi aku nak menulis kat sini. Tapi aku akan abeskan jugakla penulisan aku pasal duit tu. Tak kusangka sampai 3 part kene tulis ek??

Lastly dengan bangganya aku support dan bagi dorongan kat korang untuk rajin-rajin komen kat blog aku ni walaupun korang tak menulis blog. Ini adalah kerana untuk membantu aku mendapatkan idea untuk menulis. Aku tak suka cerita kosong sangat sebab nanti otak aku ni jammed tak bejalan. Sebab tu ak kene tulis ilmiah siket hehehehe!

Kalau ade tajuk or suggestion please write a comment on this post. Segala kesulitan amat dikesali. Harap Maaf. :D

Assalamualaikum

Tuesday, December 21, 2010

Melayu dari keturunan Nabi Ibrahim A.S ???

Ha... korang mesti terpinga-pinga kan bila bace tajuk entri aku kali ni. Bukan lah ape sangat pun
aku just nak UP kan satu blog ni yang haku jumpe mase aku jalan2 tadi. Tekejut gak bile aku mula-mula jumpe tadi. :D

Ni URL die :http://mistisfiles.blogspot.com/

So sesape yang dah bace... sila pergi kat ruangan komen aku.. bg pendapat pasal ape yang kamu sedang pikirkan bila lepas baca blog tu... ok?? :D

Sambungan:Sedikit falsampah aku pasal duit (based on my experience and my research)


Alhamdulillah syukur kita keatas Allah S.W.T kerana diberi peluang untuk sama-sama berfikir...

Wednesday, December 15, 2010

Ada apa dengan Facebook??


Perghhh! dah dekat dua hari dah kawan tak post something kat blog ni. Maklumlah banyak sangat kerja la. Bukannya ape pun, tetibe je rasa cam nak post pasal Facebook .

Cerita fasal Facebook?? Cerita ape tu??

Monday, December 13, 2010

Becinta tapi tak kenal pasangan masing-masing.


Well I'm going to make this post as short,simple and meaningful as possible. Because I have many work to do. So sorry guys. heee.. kecek omputih pulok kawe... hahahaha!

Sunday, December 12, 2010

Korang tensen tak bila keadaan macam ni??


Sebenarnye tak ada ape sangat pun, just nak kongsi siket la pekara apa yang aku tak suka sangat . Mana la taw korang pun sama tak suka jugak dan aku pn mintak dijauhkan dari berperangai macam ni.

Macam mana tu??

Ni teka teki ke hape ni??


Cuba senaraikan 15 buah-buahan yg berakhir dengan huruf 'G' dibelakang. Namakan seberapa banyak yang anda boleh...

Contohnya.... "_ _ _ _ _ g"

Ha cuba korang senaraikan.. aku nak tengok power tak power korang.

Heh! heh! heh!


Attention To All UTMKLunderground Follower!! (T&C applied)


Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy code ni untuk paparkan di blog masing2


Hari ni hamba dengan bermurah hati nak bagi sedikit penghargaan untuk korang yang sudi follow blog kawan. senang je, korang pegi dekat bahagian kanan tu klik and copy the code dan paste.

Itu pun kalau korang sudi terima banner aku yang tak seberapa tu. Sorry lah aku ni tak kreatif sangat and tak pandai sangat photoshop. So itu sahaja yang aku mampu buat la kawan. :D

Bagi sesiapa yang nk kutuk ker or nak buatkan banner untuk aku dipersilakan.

Award ni khas untuk korang sebab bagi traffic siket dekat blog kawan. Aku pun ade amek sekor dua award dari orang lain. :D

Ok ape syarat2? klik kat bawah untuk selanjutnya

Giler babeng "Railgun = 7Mach speed"!!


Korang taw ke hape kebenda ni ?? "Electromagnetic railgun".

Saturday, December 11, 2010

Twitter?? Sape mau guna twitter??

Klik gamba ni nak besorkan.
Okeh! dah tengok gambar twitter tu?? ha taw tak camne gunakannya??

Ade sesape yang baik hati??

Aku sebenarnya da lame menyimpan hasrat nak kan barang ni, tapi..... :( tak berkemampuan lagi. heeee...

Barang ape yang aku nak tu?? ni ha gambarnye... best x?? :D

Kasi Up Siket... :D


Hahahaha... Aku(penulis utmklunderground) berbaju putih..

Friday, December 10, 2010

hahaha... Aku ade sikit bahan untuk korang mase aku muda2 dulu... :D



hahaha!!! chord pun x betul... Masa ni lepas SPM boring gile xtaw ape nak buat. Hope you guys like it.

Klaka giler!!! ahahahahaha!! siap kene kutuk kat youtube.. HAHAHAHA!!

enjoy~~~

YES = 4G Broaderband "korang taw ker??"


YES ni aku pun baru taw sebenarnya. Korang dah taw ker ape itu Yes?? ha meh sini cheq crita kat ampa smua.

Baru sampai Rumah.... Kerja tergendala 1 hari lebih..



Thursday, December 9, 2010

I got Soul But I'm Not a Soldier.....

Yeaaaahhh!! I got soul but I'm not a soldier. Aku ada jiwa tapi aku bukan askar.
Hahahaha!!

Wednesday, December 8, 2010

Buka mata = buka blog...(Mr. Bean)


Ishh... Bangun2 ajer dari tido, mesti aku trus bukak blog,facebook, dan cek result final sem ni. ahahahaha!
...

Harap Maklum "bz sket dlm minggu ni....adddeehh..."


Urm... memang betul ape yang diperkatakan oleh taju tu. Aku ade 1 dateline yang ak kena commit dalam minggu ni.

Monday, December 6, 2010

Perutusan Maal Hijrah


Maksudnya:

Jom Buang Bayi!!


Hahahahaha! ganas tak tajuk aku?? Jom buang bayi jom!!

Tengok ni geng... Kuasa Siapa lagi ni kalau bukan Allah??




Kuasa Allah. Antara yang terbakar adalah pohon-pohon Garqad. "IN 'Udtum, 'Ud Na", "Sekiranya kamu zalim, Kami (Allah dan tentera alamNya) akan tiba menghalang kamu". maksud surah al-Isra.

Tengoklah kekuasaan Allah... Tak kan ni pun kamu nak cakap kebetulan??

Lamenye tak post.....

Tuesday, November 30, 2010

Tak Sangka Sampai 5-0 Kene Bedal... uhuhuhu!!


Hah! Tatkala aku masih belum bisa melelapkan mataku tadi tergerak hati aku nak tengok keputusan bola BARCELONA VS REAL MADRID. Tapi aku mampu tengok rizal(result) je kat livescore.com., al maklumlah kat umah xder astro boy, nak lepak layan bola khai pulak tak ada kat rumah. So terpaksa lah aku lepak2 blogging sambil tunggu rizal perlawanan tersebut.

Reminder Daftar Pemilih(Daftar Undi)!!




Assalamualaikum kawan-kawan....

Just for a reminder. Tarikh daftar pemilih tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi, so marilah kita ramai-ramai berjemaah pergi pejabat pos daftar kat sana.

Pergh Header Baru... waaaahhh!!


Assalamualaikum...

Waaahh sedapnye aku amek gamba manusia2 ni untuk wat model blog aku...

Saturday, November 27, 2010

Terlepas Satu Nikmat Hidup.... :((


Assalamualaikum diucapkan kepada pembaca-pembaca semua.Hari ni aku betul-betul menyesal kerana terlepas satu nikmat...

Tuesday, November 23, 2010

Lagi-lagi Politik!! Please laa!!


Hai, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Adoi ape ni?? Lagi-lagi politik 9999x!!

Monday, November 22, 2010

Prinsip....

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada pembaca yang dikasihi.

Hari ni atau malam ni aku tengah sakit kepala sebenarnya tapi aku tak boleh tido sebab asal pejam mate aje otak aku bejalan dan terhasil lah satu cetusan minda aku nak menulis pasal tajuk PRINSIP ni.

Sebenarnya tujuan aku nak menulis pasal prinsip ni adalah disebabkan hasil pengamatan aku selama beberapa tahun a.k.a ketika aku dah mumayyiz(berakal) hik3!! Apa yang aku lihat dan perhatikan ialah ramai orang yang tak tahu apa itu prinsip dan bagaimana cara nak menggunakannya.

Baik.


Wednesday, November 17, 2010

Perutusan Aidil Adha

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dapat lagi kita bertemu di hari yang mulia ini iaitu hari raya Aidil Adha semoga dengan adanya sambutan hari raya ini kita mendapat penghayatan penuh.

Hari raya aidiladha ini disambut besempena dengan peristiwa junjungan besar kita Nabi Ibrahim A.S dan puteranya Nabi Ismail A.S. yang mengikuti perintah Allah iaitu Allah memerintahkan Ibrahim supya menyembelih Ismail.

Monday, November 15, 2010

Antara Sahabat Dan Awek???

Yeah! Kita bertemu lagi dalam penulisan kali ini tapi papehal pun sebelum tu Assalamualaikum dan salam sejahtera aku ucapkan kepada pembaca-pembaca semua.

Well dah beberapa hari aku tak menulis rase macam kejong dah jari ni bila nak start menulis balik, jadi hari ni penulisan aku berkisar tentang ANTARA SAHABAT DAN AWEK. Dalam bahasa mudahnya kita sebut antara memember ngan cewek.. hahahhaa!

Fuhh! kes ni kes berat bang long oi..

Sunday, November 14, 2010

New Concept of This Blog

Salam,

Hari ni aku x berapa larat nk posting sebab aku x cukup tido. Asal aku baru nk lelap mate ajer , budak2 ni kejut aku. Jadi aku x cukup tido menyebabkan kpale aku jadi tension, stress sampai sakit kpale yer! yer!

Ha aku tak ade ape nak kongsikan sangat pun hari ni cuma, nk cerita sikit la pasal konsep blog ni lepas ni.

Wednesday, November 10, 2010

Ketibaan Al-Maseh Al Dajjal!! (part 1)

Assalamualaikum... ha da solat lum?? hehehehe.... jd baik plak kawe...

Addeehh tadi baru dpt ilham nk tulis ape tapi biler duk depan laptop da xtaw nk tulis haper.. hurmm... :(

Ha ape kata kita diskusi sikit pasal video The Arrival yang di dokumentarikan oleh Noreaga, korang semua da tengok da video tu?? Barang siapa yang belum menonton dan mengkaji video tersebut sila lah berbuat demikian then datang balik ke post ak ni dan comment la sikit ea.. hehe :D

Perutusan Ramlee... :P

Assalamualaikum

waaaaah!! lamanya aku tak post kat blog ni gile kentang!! hahaha!! hari ni sebenarnya tak ade ape pun yang aku nk cakap just nk lepaskan boring yang membelenggu hidup aku ni.

Nak tulis kaw-kaw pun kpale da berat, mata da ngantuk, badan letih dan macam2 lg perasaan yg -ve ni.. hehehe...

First of all, dah nk dekat setahun jugak la kewujudan blog ni aku rasa dan macam2 yang dah berlaku. YA! memang blog ni banyak mengundang kemarahan sesetengah pihak baik individu mahupun institusi tapi this is a free country and i have the right to say everything i want selagi mana maksud hasil tulisan aku tidak melanggar SYARAK dan SYARIAT ISLAM. uhuhuhu..

Monday, June 14, 2010

Internet adalah satu anugerah!!

Hari ni aku nak bercakap sikit mengenai satu anugerah yang hampir semua orang terlepas pandang iaitu INTERNET!

Bia aku brief sket pasal penetration internet kat Malaysia ni. Jumlah penduduk Malaysia ada lebih kurang 25 juta orang tapi hanya 60% daripada jumlah penduduk Malaysia yang dapat dan tahu menggunakan INTERNET iaitu sebanyak16 juta orang sahaja. Daripada 16 juta orang ni kebanyakkan pengguna terdiri dari umur berapa???

Dah tentulah golongan belasan tahun dan awan 20-an!!

Kalau kita fikir secara logik melalui akal yang ulung kurniaan Allah kepada manusia ini, umur seawal belasan tahun dan 20-an ni ape yang mereka lakukan dengan internet??? Anda sendiri yang tahu jawapannya.

Di Amerika, seorang manusia bernama Mark Zuckerberg berumur 25 tahun telah tahu bagaimana untuk menjadikan internet ini sebagai satu 'port lepak' a.k.a tempat untuk bersosial. Siapa dia makhluk ni?? dia ni lah founder Facebook! haah! facebook yang korang dan aku guna hari ni dia lah yang hasilkan!

Tapi bebudak umo 20-an dan belasan tahun kat Malaysia ni tak sampai lagi tahap yang mcm tu. Apa yang mereka tahu ialah untuk hanya menggunakan internet je.

Kawan2, internet ni bukan satu tempat untuk korang lepak2 bersosial, main game ngn carik bahan assignment je..... Internet ni jauh daripada tu..lebih besar skopnya...

kita sambung nanti....... aku ade keje nk wat jap... daa~~~

Monday, June 7, 2010

part 2...

hmm... kat mana kita berhenti aritu?? ha pasal takut untuk lakukan sesuatu..

Aku pun pening jgk tengok mahasiswa kat Malaysia ni kebanyakanya memang terlalu takut untuk lakukan sesuatu benda selain daripada belajar,belajar, belajar.. Maksud aku diorang ni hanya tahu nak belajar ilmu kursus masing-masing je.. tapi nak belajar sesuatu perkara yang baru , takut..

Mahasiswa kena proaktif tidak hanya tertumpu kepada satu perkara sahaja.. Bagi aku ahasiswa tu takut nak belajar benda lain tapi result dia 'flying colours' takpe jugak.. ini tak, da la tak berani nak belajar satu benda yang baru lepas tu result pun macam haram... RUGI TAK TUAN2 DAN PUAN2??

Mintak maaf sebab bahasa aku pedas sikit...

Ape yang aku nak tekankan pada anda semua ialah.. janganlah kita asyik terlalu fokus dengan satu perkara kerana ianya akan merugikan pada kita... aku ambik satu contoh seorang pelajar yang siang malamnya penuh dengan beramal ibadah kepada Allah yang Maha besar... tak pernah ponteng surau... tapi pelajar ini tidak bergaul dengan sahabat-sahabat yang lain.. hanya orang yang dikenalinya sahaja... dia lupa tuntutan Hablumminannas(menjaga hubungan baik antara manusia dengan manusia)...

Rugi tak jadi orang yang macam ni?? esok lusa kalau die rosak motor ke tepi jalan kawan2 mesti buat tak tawu je... (kisah ni tak ada kena mengena dengan hidup atau pun telah mati)..

ambik iktibar la daripada contoh yang diberikan... carik sesuatu bahan ilmiah lain yang boleh dipelajari... lebih2 lagi kalau ilmu yang dpt memperbaiki interaksi antara manusia dengan manusia... sekian...

Saturday, June 5, 2010

Dah Bekurun Aku Tak Post.... (part 1)

Sebenarnya sepeninggalan terhadap blog yang palain aku cintai ni.. aku telah melalui banyak perkara. Suka atau pun duka itu bukanlah persoalannya... tapi apa yang aku dapat daripada perjalanan aku ini ialah pengalaman dan pengajaran.

Ya betul! pengalaman dan pengajaran adalah dua perkara yang amat berkait rapat dalam meniti arus dewasa ini. Aku rasa kalau nak diceritakan pengalaman dan pengajaran yang aku dapat ni memang kawan-kawan semua memang tak akan dapat dan tak berani pun masuk ke gelanggang sepertimana yang aku lalui.

Aku tak nak cerita pasal itu semua, tapi apa yang aku nak cerita hari ini ialah pasal apa tujuan kita sebenar pada usia 20-an dan belasan tahun ini?? Apakah kemampuan kita setakat ini sahaja??

Dalam kita membaca posting aku yang indah ini, cuba kawan2 ambil masa 3 - 4 minit berhenti membaca posting aku dan berfikir tentang persoalan yang aku ajukan tadi...........................
.....
............
..........................

Jauh bukan, anda berangan?? hahaha!!

Bagi pandangan penulis sendiri sebagai seorang lelaki dan pelajar yang masih berumur 20-an aku rasa seperti aku ni berada di dalam zon yang sangat selesa berbanding dengan tokoh-tokoh ternama. Mana taknya, kerja aku bangun pagi, pergi kelas, makan, buat assignment rowai2 ngn member2 dan tido....

Cuba kita renungkan balik tokoh2 ternama dunia terutama tokoh Islam, di zaman muda mereka apa yang mereka lakukan??

Kalau di Malaysia sendiri kita ada Syeikh Al-Hadi yang menerbitkan akhbar untuk menentang british... kita pada usia ini bukanlah untuk menentang kerajaan mana2(itu pun kalau tak cukop berani) tetapi kita lihat zaman ini memerlukan apa??? Apa yang Malaysia perlukan dari kaum muda seperti kita ini pada masa ini, pada ketika ini, pada detik ini, pada zaman ini????

Apakah sumbangan kita dengan hanya belajar,belajar,belajar,belajar dan belajar,terus belajar, kerap belajar dapat membantu Malaysia??

Well let me tell you sedikit kenyataan mengenai manusia yang faham dan nampak tentang apa yang mereka boleh sumbangkan pada negara mereka pada usia seawal 20-an...

1-Mark Zuckerberg(pengasas Facebook-Millionaire) dia mula mencipta facebook pada umur 23 tahun..
2-Bill Gates(pengasas Microsoft-Billionaire) mula menghasilkan software untuk komputer pada awal 20-an..

Apa yang aku boleh rumuskan ialah, mereka ini sebagai satu penyumbang besar buat amerika malahan dunia kerana mereka melihat era teknologi informasi merupakan satu peluang untuk memajukan rakyat. Malahan mereka ni juga merupakan manusia yang blah dari Universiti... Harvard pulak tu...

Kita di Malaysia ni setakat wat program dalam universiti pun dah bangga dah... Aku menyeru kawan2 aku yang bijak pandai..... supaya mari kita sumbangkan sumthing untuk negara kita...

Tapi sebeluam kita main nak hentam keromo ajer.. diri kita ni mesti penuh dengan informasi.. aku sebagai pelajar kat UTM... aku dah habis bace berpuluh-puluh buku pasal perniagaan dalam masa 4 bulan...berpuluh-puluh majalah pasal perniagaan... tapi lepas aku baca tu aku tak pun jadi jutawan.....n ramai gak member2 aku pertikaikan bnda ni....

Sebenarnya aku baca sebagai penambahan maklumat mengenai kepentingan kewangan dalam idup aku.. aku tak tau pun lagi bila aku akan guna... tapi sekarang kita sebagai mahasiswa yang proaktif...

pertama sekali aku nak terangkan bahawa kita sebenarnya dah dibutakan dengan keadaan sekeliling kita dengan bahan pembacaan kita... sebab tu Mahasiswa Malaysia ni lembab.. Anda mungkin dapat 4flat dan ape kejadah haram anugerah dari universiti anda.. tapi percaya cakap aku... kita masih lembab dan jauh ketinggalan berbanding mahasiswa diluar negara.......

YA!! jangan marah bila aku cakap pasal ni.... 4 flat yang anda dpt is nothing to me!! anugerah , jawatan,pangkat serta darjat yang anda dapat dari pihak U is still nothing to me.... sebab anda hanya pemikiran anda... anda masih takut untuk lakukan sesuatu........

waaahh.. panjangnye aku tulis... nanti aku sambung lagi... pasal... takut untuk lakukan sesuatu...

Thursday, March 18, 2010

Kedai Bawah Tangga Blok B

Terlebih dahulu beribu-ribu kemaafan dipohon kepada pembaca-pembaca sebab dah lama aku x update blog keramat yang menjadi banyak kontroversi ni.

Aku tak update blog ni adalah disebabkan kesibukkan yang tak dapat dielakkan, biaselah,, student..

So, berbalik kepada topik kita tadi pasal ade kedai baru kat bawah blok B. Dari perspektif persendirian aku mula2 tu aku memang la rase seronok dapat pelbagaikan makanan dan minuman kat UTM kita ni. Tapi apabila kepala hotak aku yg pesimis ni mula menganalisa kehadiran kedai tu lalu timbul lah beberapa persoalan.

pertama skali ape yang aku nampak pasal penjaga kiosk tersebut terdiri dari kakitangan blok B sendiri yang mana aku confirm ramai student yang tak puas hati dengan dia. Tak ape la pasal tu, aku berfikiran +ve, yela rezeki orang buat apa kita nak kacau. Tapi berdasarkan pemerhatian aku melihat individu tersebut, dia ni macam tak mesra pelajar, asyik nak buat muka kerek je seolah-olah macam dia ni bagus sangat. Jadi ape yg aku risaukan nanti, acam mana layanan dia kat pembeli2 yg datang kat kiost tu nanti. Aku pun xnk komen banyak2 pasal ni, nanti kena serang plak ekekekeke....

Ok yang keduanya hasil dari analisa aku, aku terpikir sebenarnya kiosk ni di bina menggunakan wang peruntukan dari mana? adakah dari kolej kediaman? dari bendahari UTM sendiri? dari penajaan? x pun dari duit staff sendiri?

Tujuan utama pembinaan kios ni dah tentu la utk student2, tapi aku teranalisis kemana keuntungan hasil dari kiosk ini akan dibawa? adakah sebagai dana untuk student supaya akan mendapat pelbagai kemudahan yang lebih baik? or duit tu akan diberikan kepada pengusaha kiosk tersebut.

So kat sini moral of the story nya.. aku just terfikir kalau kiosk ni guna duit UTM sepatutnya keuntungan tu diberi kepada student balik dgn cara tambah kemudahan or g repair water cooler ker...

kalau guna duit staff sendiri, xpa la kalau ang pa nak wat ape pun.. jadi siapa nk g siasat or siapa ada penjelasan pasal isu ni??

sebenarnya x masuk akal pun citer ni.. tapi just nk melatih minda korang supaa berfikir je.. hehehe...

Wednesday, March 3, 2010

MPG Tak Dapat Sambutan

Ape yg aku perhatikan semenjak pembukaan booth untuk penyertaan Malam Pra Graduan 2010 sangat tidak mendapat sambutan. Tak tahulah sebabnya mengapa kerana ade orang yang komplain yuran pendaftaran mahal iaitu RM50. Walaupun bayar RM 50 tu dapat macam2 contohnye baju, sticker kereta dan banyak lagi.

Tak kurang jugak ade budak taun 3 yang mengutuk kenapa x buat kat dewan UTM jimat kos sket, sbb mase ni la nk gunakan dewan sebagai tempat menamatkan zaman diploma ni. Memang payah la nk tukar semua ni biler mase tingggal lagi sminggu lebih ni.

Aku pun x tawu knape bebudak ni x ramai yg nk pegi. Adakah diorang da pakat ramai2 nk boikot UTM ni sebab selama 3 taun duk kat sini diorang x dapat kenangan untuk UTM. Ape yang diorang ade hanyalah kenangan dgn kawan2 tapi UTM x mampu nak bagi kenangan yang manis. Aku rase mungkin ade sumthing wrong sebab kalau xda angin masakan pokok begoyang. huhuhuhu...

Ade lagi satu rintihan yang cakap bahawa kenapa budak2 taun 3 ni kena bayar, sedangkan kalau kat UITM budak2 tahun akhir ni free. Jadi kalau mereka boley buat kenapa kita x boleh? Bajet x cukup ker? ke liat nk kuar bajet?

Ade komen??

Sunday, February 28, 2010

Sambungan Kisah Pelajar Dibuang Asrama

assalamualaikum....

saya adalah rumate kepda slah sorang pelajar utm yang kena buang...namanya xperlulah diceritakan. ape yang saya ingin kongsi
disini ialah cara pentadbir utm yang agak tidak memenuhi tata cara seorang yang bergelar pegawai utm atau universiti
teknologi malaysia. ic.. entahla boleh digelar ke tak ic nye..; ic maksudnye international campus(pergh meluat rase)

kisahnya bermula sekitar pukul 11 mlam... sya sedang membuat ulangkaji pendidikan bahasa arab di dalam bilik...
tiba2 saya terkejut dengan ketukan yang aggak kuat pada pintu bilik.. sya terus membuka pintu bilik.. selepas pintu bilik di buka masuk
la rumate saya. dengan keadaan temengah mengah sedang meyimpan baju dan peralatannya didalam bilik.
beliau diiringi oleh 3 orang lelaki, 2 berpakaian serangam seolah-olah pegawai polis dengan muka masam mencuka dan seorang yang agak baik rupenya
dengan berpakaian biasa. terselit disitu juga seorang perempuan sibuk untu memasuki bilik saya

saya agak terkejut kerana pada waktu itu say agak 'seksi' iaitu ber'boxer'. setelah menyedari kaum yang berlawanan jantina saya terus menutup
sebahagian tubuh sya dengan kain...

bersambung selepas ini.... ngah igat balik

Penulis: Artikel ni di sumbang oleh roomate pelajar yang di buang

Merokok Kat UTM!!


Katakan Tak Nak Pada Rokok!!

hehehehehehe!

Aku bukan pe, just timbul rase bengang ,tensen, dan mcm2 lagi la bila benda ni jadi kat aku sendiri dan jgk bebudak UTM yg laen.

Kesnya terjadik depan mata aku sendiri yg mana aku ternampak staf kolej UTMKL ni merokok, baik kat kampus ngan kolej ke-2. Yang bestnya diorang ni isap rokok dgn rase bangga tapa berselindung or rase takot. Aku sure korang sume pun pernah nampak betul x??? Setawu aku bukan skali aku nmpak tapi da berkali-kali da.

Knape staf boleh isap rokok sedangkan student2 xbley? Aku rase undang2 yang ade cukup jelas skali bahawa kat UTMKL ni dilarang merokok. Jadi bila student isap rokok je x boleh dan dikenakan saman silap2 boley kene buang kolej. Undang2 jelas menyatakan bahawa dilarang merokok, xde pun undang2 tertulis DILARANG MEROKOK KEPADA PELAJAR. Benda ni sepatutnya sama macam kat hospital,masjid,pejabat dan lain2 yang mana undang2 dilarang merokok adalah terhadap kawasan bukannya golongan manusia.

Cuba korang pikir kat hospital boley x merokok? jawapan yang pasti ialah TIDAK! x kire la ko ni doktor ke, kerani ker, patient ker, pelawat ker , setiap individu x dibenarkan merokok. Tapi kat UTM, staf boleh n student x boleh. Undang2 mana depa pakai ni??

Perkara ni jelas menunjukkan pelaksanaan undang tu still x betoi lagi. Jangan la asyik tgk kesalahan student. Staf mcm mane? Law is Law!! tetap kene patuh. Kalau macam tu, aku rase lepas ni baik perokok2 sekalian merokok je kat UTM ni xde hal punye.

Sedey la jgk tengok UTM mcm ni. Benda paling asas iaitu undang2 pn xbole nk dilaksanakan dgn penuh integriti.

Hanya sebagai renungan, jadi renung2kanlah!!

Friday, February 26, 2010

Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W

Asalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan.

Salam Maulidur Rasul buat teman2 seperjuangan.

Alhamdulillah segala pujian kehadrat pencipta kita Allah S.W.T yg memberi nikmat pada sekalian alam. Bersyukur kepada Allah kerana kita diutuskan seorang insan yang menjadi contoh ikutan sepanjang zaman iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Selawat ke atas baginda.

Di kesempatan ini ana selaku penulis ingin mengajak rakan-rakan semua, marilah kita lihat dan kaji semula ketinggian keperibadian junjungan besar kita. Ketinggian peribadi baginda di akui oleh semua umat manusia di bumi pada hari ini, baik dari golongan yang beragama hindu,budha,kristian, dan lain-lain. Hal ini sungguh jelas menggambarkan bahawa Islam adalah agama yang benar dan sungguh mulia.

Maulidur Rasul mengajak kita mengenang kembali sirah Rasulullah S.A.W sebagai panduan dalam hidup kita. Setiap detik yang dilalui oleh baginda wajar dijadikan ikutan kita sepanjang zaman. Oleh itu marilah kita termasuk diri ana kita nilai sejauh manakah diri kita telah menyimpang dari ajaran baginda. Sejauh manakah kita telah meletakkan baginda di dalam hati kita.

Sekian Assalamualaikum.

Wire Less kat UTM lembab??


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perkara utama dlm artikel kali ini adalah persoalan yg timbul pada setiap individu yg tinggal kat kolej ke-2 UTMKL. Kenapa wireless kita x laju?

Pada malam yg aku g jumpe ngn wakil pelajar tu aku ade jgk tanye kat diorang kenapa wireless kita x laju?? MPP x fight perkara ni ke?

Keterangan dari MPP:(

Untuk pengetahuan sedare2 sume, sebenarnya MPP da pun fightkan perkara ni dan telah pun berjaya menaikkan taraf wireless kat UTM kita dari yg sebelumnya kepada yg lebih baik. Tapi kenapa still lembab macam siput khinzir??

So bagi mendapatkan kepastian diorang g tanye kat CICT dan CICT cakap sebenarnya speed da cukup laju, tapi apa yg melembabkan speed tu adalah disebabkan pelajar2 sendiri yg kerap muat turun macam2 bahan. So bila da ramai2 muat turun jadi la masalah ni. Sekiranya di naik taraf sekali pun masalah ni akan sentiasa terjadi. Semakin laju internet semakin banyak dan besar file yg di muat turun.)

Sebagai cadangan, aku mendapatkan pandangan dan keterangan dari sahabat2 aku dari IPTA lain. Sebagai contoh di Universiti Malaysia Pahang mereka x dibenarkan muat turun file dari internet tapi mereka menggunakan file sharing secara wireless. Jadi perkara ni mungkin boleh di ambil oleh pihak UTM sebagai contoh untuk meningkatkan lagi kualiti internet di UTM.

Apa yg baik kita ambil dari orang dan apa yg x baik kita buang jauh2.. Apa salahnya kita tiru mereka sebagai keselesaan di UTM.

Apa komen anda??

Thursday, February 25, 2010

NoTiS TeRgEmPaR!!

Lebih kurang jam 6pagi tadi selum sempat aku nk lelapkan mate tiba2 ak dikejut oleh member ak yg smlm bersama aku jumpa dgn wakil MPP tu. Ada cite yg x brapa sedap didengar yg disampaikan kat aku. Aku xnk ulas panjang cite tu.

Diorang ajak aku utk membuat pertemuan semula dgn wakil MPP dan Darren Lai bagi mendapatkan kepastian. So pehatian kepada Wan Hazem dan Darren Lai, pertemuan semula akan diadakan kemungkinan pada hari isnin malam.

Sekian...

Pembetulan MPP RM230,000

Jam menunjukkan pkul 4:57 am n aku still lom tido.. so aku rase cam nk writting je... Papehal sorry kalo xde kick cket writting waktu cmnik sbb ak pun ngah kuyu haha!!
Ok back on track!
Smalam aku g jumpe ngn MPP bersama 2 org lagi member aku yg aku kire pandai bersuara n suara dorang ni ade message, sbb tu aku caye giler kat dorang. Kalo 1 hari nt dorang jadi wakil rakyat pn aku akan sokong gile2. Kami g bejumpe ngn Wan Hazim ngn Darren Lai. Jadi berlaku lah penjelasan yg amat terperinchi oleh 2 orang tokoh kpd kami.

Nilai sebenar ialah RM207,000 sebagai kos keseluruhan termasuklah kos penginapan,tour guide, makan, dan lain2. Nilai wang sebanyak ini adalah dilaksanakan oleh mereka sendiri. Seramai kurang lebih 20 orang peserta yg layak mengikuti program ini. Kesemua peserta adalah terdiri daripada pelbagai kelompok pelajar termasuklah pelajar biasa dan pelajar yg berjawatan.Program ini yg dipimpin oleh saudara Darren Lai telah memilih peserta dgn cara temuduga dan iklan berbentuk poster telah di letakkan merata-rata tempat sebagai pemberitahuan kepada orang ramai. Jadi kepada sesiapa yg tersalah anggap sila perbetulkan balik anggapan anda.

Oleh yg demikian pada post yg pertama ak ade kata yg diorang ni gunakan duit UTM tapi sebenarnye diorang menggunakan duit yg diorang cari sendiri. Macam biase diorang cari dgn care penajaan, 1orang peserta diwajibkan mencari paling kurang RM7000.00. Tahniah diucapkan kat diorang.
Bukan senang nk wat program ni, sbb byk benda yg perlu di selesaikan 1 demi 1. Ape2 pun aku sebagai penulis mintak maaf atas kesilapan yg menyebabkan pihak2 tertentu tersinggung. Secara Ikhlas aku katakan xde niat pn nk menyinggung mama2 pihak sesungguhnya artikel2 dlm blog ni mmg penuh dgn kotroversi. Jadi tugas anda sebagai orang yg tawu kebenaran untuk perjelaskan kepada orang ramai supaya info-info ini dapat disebarkan kat sume student2 UTMKL.

Kenapa perlunya terjadi perkara-perkara sebegini, disebabkan aku da 3 taun kat cni n aku tgk student2 mcm xde tmpat diorang nk dpt info. Dan lg 1 sbb, aku xnk tgk dan orang kata student UTMKL ni student yg pasif. U know what I mean!!

Da panjang sgt aku ngarot ni. ...nYte2!!!

Wednesday, February 24, 2010

"Perutusan Dari Penulis"

Assalamualaikum dan salam sejahtera ak ucapkan pd semua pembaca. Pagi tadi telah berlaku sedikit salah faham antara penulis dan org tertentu.

Xde pape pn yg berlaku, cuma pihak tersebut ingin membetulkan tentang perkara yg diceritakan ak di blog ni, iaitu berkenaan dgn MPP menang tanpa bertanding dan RM230,000 utk MPP.

Kat cni ak xnk kupas lg tentang perkara tersebut sbb ak ade test sok jadi ak xde byk mase,InsyaAllah mlm esok lepas test aku akan coretkan utk pembacaan umum.

Jadi berkenaan dgn post arini, ape yg aku nampak ade jugak sesetengah orang salah paham tentang kewujudan blog ni. Untuk pengetahuan umum blog ni memang menceritakan pasal ape yg student alami dan lihat. Oleh itu bergantung pada penilaian anda untuk menilai. Sekiranya perkara yg dipostkan di dlm blog ni didapati x benar maka anda sebagai orang yg tawu kebenaranya sila postkan citer sbenar kat xilem89@gmail.com.

Atau sila buat aduan pada MPP dan MPP akan berursan secara direct ngn aku. Tujuan aku wat bende cmni adalah utk student2 UTM ni ade ruang utk bersuara n ade ruang untuk luah perasaan dan share pengalaman masing2. Sila jangan salah faham.

Ape-ape pun semua cerita yg dipostkan bergantung pada penilaian anda sendiri. Aku akan cuba sedaya upaya untuk komen dari sudut yg positif. Seperti yg aku cakap "yang salah kita tentang yg benar kita ikut!!".

Sekali lagi segala salah silap harap dimaafkan oleh sesiapa saje yg terasa sbb penulis sendiri adalah manusia biasa yg menjalani kehidupan biase seperti korang.

Lastly enjoy reading U guys!! Salam..

Monday, February 22, 2010

Aku BaNgGa ngn UTMKL!!

Syukur kpd Allah S.W.T kerana mempermudahkan perjalanan kita utk smpai ke UTM. Semoga rakan-rakan kite yg blom lagik sampai di UTM nih jugak slamat sampai.Amin!!

Aku bangga ngan UTM?? hahaha!!! bace tajuk pun da tertawa sendirian hik3!! Well ape yg aku ckpkan ni adalah perkara yg betul dan ikhlas dari hati kecil ku ini.

Jadi ape yg ak banggekan sgt ngn UTMKL ni?? sebenarnya xdela mcm2 bnda yg nk dibanggakan.. Tapi lepas ak perhatikan keadaan dari sem 1 smpai sem 6 neyh, 1 bnda yg ak bangga just keadaan sosial bebudak UTMKL nih agak membaggakan kalau nk dibandingkan ngn U laen mmg xde tolok tandingnye.. huhuhu!!

So ni menggambarkan x byk sgt masalah maksiat n PMI juga telah menjalankan keje dekrang dgn baek. Congratz!!

Tapi ade jgk la sesetengah belangkas yg still bertempiaran kat cafe sume tuh. Itu mungkin atas urusan pelajaran barangkali jadi kita bresangka baik selagi dekrang x melakukan perbuatan yg menyakitkan mata.. hahaha...

weh MPG da dekat... adddeehhh!!! Adios!!

Saturday, February 20, 2010

(+-)RM 230,000 untuk MPP!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

RM230,000 untuk MPP betul ke?? well aku pn xtawu berapa ni lai sebenar yang di peruntukan kpd MPP kita. Jumlah sebanyak ini diperuntukan oleh management atas sebab pihak MPP akan mengadakan lawatan ke Dubai. Duit peruntukan ni hanya diberikan kepada MPP sahaja. Cmne ngn student???

Sejauh manakah kebenaran perkara ini aku sendiri x dapat pastikan, oleh kerana cerita ini disampaikan melalui penceritaan oleh seorang member kepada ku. Ini bermakna kalo die tipu aku n aku tipu korang. Kalau die benar dgn aku maka aku benar ngn korang. Tapi member ak tu cakap die da siap tgk kertas kerja TRIP smbil belajar ke Dubai tuh. Kalo korang xcaye gak, nanti ak suh die dapatkan kertas tu. Kalo x pn, seiapa yg ley dptkan kertas tu sila emelkan kat aku.

Tujuan aku menulis artikel ni bukan nk memburukkan atau nk membesarkan sesiapa, tapi sebagai renungan utk kita pertimbangkan bersama. RM 230,000 bukannye nilai yg kecik bai dpt beli kereta Subaru Impreza ver8 sbijik bai. Aku jgak difahamkan yg salah seorang dari management akan ikut dan nama dia akan dicanang-canangkan sebagai habuan untuk TRIP ke Dubai ni. Siapa org tu?? You know who!!

Cube korang pikir ade macam2 jenis proposal dah di utarakan kat management kita, antaranya wat bumbung kat parking motosikal. Korang rase wat bumbung untuk motosikal sampai x nilai RM230,000?? Bayangkan la dak2 yg naek moto g klas pagi2, seat moto basah sumer. Tapi projek ni blum dpt kelulsan or da kne reject da?

Banyak yg boleh digunakan duit RM230,000 tu utk kebaikan semua student. Tapi duit tu diperuntukan kepada beberapa kerat orang je bagi kebaikan mereka dan sesetengah pihak atasan. Aku rase kalao aku jadik orang kanan pihak atasan ni, bukan stakat Dubai tapi Korea,Jepun,Cairo, Afghanistan,Pakistan, Kenya, Timur Leste pn ak dpt g. Bahkan ak siap ley dpt elaun sara hidup lagi.

Korang nilai la sendiri, knape peruntukan untuk student bkn maen susah lagi nk dapat tapi peruntukan untuk golongan tertentu yg menaikkan nama golongan tertentu sgt cepat dan pantas mereka luluskan. Perkara yg aku story kat korang ni untuk korang berfikir dan menilai. Adakah ak dpt hak aku sebagai student kat UTM ni, adakah aku sronok dgn facilities yg diberi kat aku??

Stakat ni je la geng aku larat nk tulis. nanti aku post lagik. Lastly!! INTEGRITY IS THE ROOT OF OUR BRAVERY!!! ADIOS AMIGOS!!

Friday, February 19, 2010

MPP UTMKL menang tanpa bertanding???

Terlebih dahulu setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pemenang kerusi tanpa bertanding di UTMKL.

Di sini penulis terlintas beberapa soalan antaranya:-
- Kenapa mereka tidak perlu bertanding??
- Siapa yang melantik mereka??
- Apakah kelayakan mereka??
- Apakah sumbangan yang telah mereka lakukan??
- Adakah mereka ini benar-benar memperjuangkan hak pelajar??

Apa pun persoalannya, jawapan itu tidak ada pada penulis(aku). Tapi yg pasti pada tarikh pembuangan undi, kesemua pelajar UTMKL di wajibkan mengundi untuk calon-calon UTM Skudai. Bagi penulis, mengapa kita perlu mengundi calon yang tidak kita kenal? Apakah kebaikan dan kelebihan kepada pelajar-pelajar? Setidak-tidaknya berilah peluang kepada calon-calon skudai untuk berkempen.

Penulis mengandaikan bahawa tempoh berkempen adalah terlalu singkat atau, calon-calon ini lambat berkempen. Begitu banyak kelemahan yang penulis lihat. Antaranya ialah 2,3 malam sebelum pembuangan undi, barulah flyers dan kertas yang disebarkan bagi memberitahu dakyah-dakyah calon-calon.hahaha!!

Berbalik pada kes menang tanpa bertanding. Penulis x berpuas hati kerana x dpt memilih calon yang betul-betul berani memperjuangkan hak pelajar. Calon yang berani bercakap di hadapan khalayak ramai. Penulis mahukan pemimpin yang lantang bersuara. Ada sahaja hal yang pelajar tidak berpuas hati terhadap pengurusan UTM, Calon ini berani kehadapan bercakap dikhalayak ramai menyebarkan berita.

Wahai student UTMKL adakah anda berpuas hati dengan perkara ini?? Adakah anda berpuas hati dengan kelengkapan yang di peruntukan kepada anda?? sampai bila anda nk jadik seorang yang pasif yakni seorang yang x berani bersuara hanya sekadar menerima apa yang diberi. Anda seorang manusia ada akal fikiran mampu menilai betul dan salah. Yang betul kita sokong yang salah kita TENTANG HABIS-HABISAN!!!

Kepada pemenang tanpa bertanding, jalankanlah tugas anda dengan baik. Banyakkan dekati pelajar-pelajar dan mengambil tahu keperluan mereka. Jangan biarkan hak pelajar diselewengkan oleh pihak-pihak yang berkuasa. Ketahui HAK anda!!

Sila komen di blog ini atau di facebook.

pembuka cerita: "pelajar dibuang asrama"

hmmmm...... cmner nk mula ek??

Cite bermula pada mlm kami baru nk maen takraw kat blok B, lbey kurang 3 - 4 orang da trun bwah tgh siap2 pkai kasut. Tgh kami bersiap2, member ak ni nama dia A (bkn nama sebenar) pekik kat kitorang tanye nk amek bola kat bilik yg mane satu sbb bola takraw ade yg tersangkut kat balcony tuh. So slh sorg dari kami yg kat bawah ni ckp la kat bilik no.3 dari hujung. Taw2 je si A ni lesap.

Belum sempat permainan di mulakan, si B(bkn kawan kami) menggelupor jerit tanye kami "korang ade nmpk org lari x?". Kami x tawu menawu da tentu kami cakap "xde pn!".

Nak di jadikan cite... rupenya member ak si A ni tesalah bukak bilik UNTUK MENGAMBIL BOLA TAKRAW aku ulang UNTUK MENGAMBIL BOLA TAKRAW!!. A bukak bilik B dgn menggunakan *** . Dia menyangkakan bahwa blik tu xde org, tp blik tu rupenya blik B. A menggelabah lalu melarikan diri.

X berapa lama lpas tu, A berjumpa dgn B. A mtk maaf kpd B dan menerangkan yg dia sangka blik tu x berpenghuni, dan niat A adalah utk mengambil bola takraw, buktinya A telah pn berpakaian sukan utk bermain takraw. B x puas hati! dia tduh A menceroboh blik dia lantas menelefon pengetua kolej yg sungguh berwibawa(Mr.N)!! A trun bawah n nain takraw dgn kitaorang.

Tgh kami syok main takraw, Mr.N dtg court takraw ngn koncho2(P.G) dan panggil A. A pegi kat Mr.N. Mr.N tanya A "betul ke kamu yg pecah masuk bilik B??" . A jawap " saya cuma nk amek bola je cik". Mr.N tanye lg"Betul ke kamu yg pecah masukbilik B??". A jawap" ye! tapi sy cuma nk amek bola takraw je cik". Mr.N jawap " owh! kalau mcm tu, saya pecah masuk rumah BAPAK awk mcm mana?". A trus dipanggil ke atas ke biliknya.

persoalan:-
-Adakah patut A didakwa pecah masuk bilik sedangkan dia belum masuk bilik @ sepatutnya A didakwa CUBAAN memecah masuk??!!

- Di manakah sikap profesional yg SEPATUTNYA ditunjukkan oleh Mr.N dengan berkata " owh! kalau mcm tu, saya pecah masuk rumah BAPAK awk mcm mana?".

- tidak kah Mr.N terfikir tentang keadaan penjaga pelajar tersebut sama ada dia masih mempunyai kedua ibu bapa ?

Kami nk ikut kmana Mr.N nk bwk A, tapi Mr.N ckp "xperlu, sy bkn nk pukul kawan kamu pn".
Kami meneruskan permainan tanpa beranggapan bahawa A akan dibuang. Selepas beberapa ketika, kami dpt tau bhawa A telah dibuang kolej dan diberi tempoh sbelum 12.30 tgh hari esok(Jumaat) sedangkan A tinggal di negeri Perak. A mengambil kputusan menelefon abgnya dan keluar pd malam itu jgk.

Nantikan sambunganya....

persoalan:-
- Bukankah pelajar tersebut sepatutnya dibicarakan dahulu?

- Bukankah pelajar tersebut sepatutnya dikenakan hukuman yg lebih ringan sbagai contoh gantung kolej kerana A tidak mencuri, B tidak mengalami kehilangan barang , A x jejak kaki kedalam bilik B, tiada saksi A menceroboh.


- A sepatutnya didakwa atas cubaan menceroboh, bukan menceroboh.

salam perkenalan!!

Assalamualaikum semua!!

Tanggal 190210 maka siaplah blog ni.. Jadi sebagai intro kpd org ramai.. Blog ni adalah berkisar tentang UTMKL..

berikut adalah contoh-contoh post yang akan dikeluarkan:-
-kisah tentang pelajar dibuang asrama
-kisah tentang ketidak-puas-hati-an terhadap:
. pak guard
. pengetua
. M.P.P
. PMI
. bas
. bumbung kat blok A
-kisah tentang accident.

Oleh itu kepada saudara2 yg ade idea or crita.. sila emel kpd xilem89@gmail.com

Thursday, February 18, 2010