Tuesday, November 23, 2010

Lagi-lagi Politik!! Please laa!!


Hai, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Adoi ape ni?? Lagi-lagi politik 9999x!! Menyirap aaa!! Bukak surat khabar cite politik, bukak radio cerita 1 Malaysia, bukak berita cerita politik, duduk kedai kopi cerita politik, duduk kampus aje tak cerita politik.. heh3..

Yes! betul tak aku cakap ni yang semak hari-hari dalam kehidupan korang tapi kalau duduk kat kampus je tak ade sangat cerita politik yela kat kampus jarang tengok tv, jarang bukak radio, jarang lepak kedai kopi betul tak?? heee...

Aku sebenarnya dulu menyirap gak dah hari-hari disuapkan perkara-perkara politik ni sampai aku dah mual dan mengambil satu langkah mudah dengan menyatakan perkara-perkara politik ini semua adalah retorik(wayang). Sampaikan malas dah nak pikir.

Akan tetapi wahai sedara-sedara semua, memang keadaan politik sekarang ini agak kotor sedikit malahan kita sebagai mahasiswa dan mahasiswi terutamanya dibatasi dengan akta AUKU dengan dilarang berpolitik. Biaselah batasan-batasan yang diperkenalkan ini ada baik dan buruknya.

Aku tak nak cerita lebih-lebih pulak lagi sebab nak jaga kepentingan sesetengah pihak yes aku cakap awal-awal ye.. Aku nak just nak tekan kan pada angka 21 iaitu umur yang dibenarkan untuk mengundi. Sudahkah anda daftar undi?? Kalau belum please do so after reading my post ok??

Baik.

Sekarang ni aku ambil situasi di mana aku boleh katakan most of Malaysian student think of. Dimana mereka mengambil keputusan atas pagar dalam memilih pemimpin(mengundi). Betul anda dilarang untuk terlibat dalam mana-mana parti politik seperti yang tercatat di dalam AUKU akan tetapi bagi mereka yang sudah mencapai umur 21 tahun anda tidak dilarang mengundi bahkan ianya menjadi satu tanggungjawab penting bagi anda ketika ini. Anda tidak akan dikenakan tindakan AUKU sekiranya anda mengundi mana-mana pihak ok? So jangan takut.

Correct me if i'm wrong for the statement above.

Sekarang apa tunggu lagi pergilah daftar undi dekat pejabat pos tu, senang je sebab proses untuk nama ada dalam data makan masa berbulan-bulan jugak. Election dah nak dekat baik pergi daftar sekarang ok? YES NOW!! Lepas dah daftar baru datang balik sambung baca.. hahahaha!!

OK sekarang saya dah daftar apa yang patut saya buat??

Laaa... nak buat apa lagi, sit back and relax la.. tak pun sambung baca posting ni.. dan juga blog ni.. hehehehe!!

Masa lepas daftar ni lah korang tunggu akan tunggu. Bila ada General Election(Pilihanraya Umum) or PRK(pilihanraya kecil) . Mesti korang fening lalat kan sapa yang aku patut undi ni? Nak undi parti ke nak undi individu (calon) tu sendiri.

Ada diantara sahabat berkata pada aku supaya melihat pada calonnya dahulu. Apakah rekod yang pernah mereka lakukan yakni sejarah silam mereka, tak kan la perompak pun kita nak undi dia betul tak?? Bagi aku yang ini adalah betul dan bertepatan sekali, sikit pun aku tak sanggah.

Bagi untuk posting ni aku tak nak cerita lebih lagi dalam bab tu, nanti aku kene gam nanti hehehe!

Aku terus skip kepada kepentingan untuk kita mengundi. Well bagi aku mengundi ni penting terutama bagi golongan muda macam kita berumur 21 tahun ni. Kenapa penting sangat aku mengundi masa umur aku 21 ni penulis??? Adui tak kan korang tak dapat lagi?? Macam ni la, apa gunanya makcik umor 55 tahun mengundi? Yang mana sepatutnya mengundi, umo 21 ker umo 55?? Bukankah makcik yang berumur 55 tu pernah mengundi jugak dimasa muda dia?? Mereka dah pernah mengambil keputusan untuk menentukan apa yang mereka mahu. Sekarang ni mereka mahu apa lagi?? Sekarang ni jawap soalan aku penting ke tak penting umor 21 sekarang ni korang mengundi??

Sebab bayangkanlah dengan tangan korang ni, korang boleh menentukan masa depan negara iaitu perkara2 spt berikut :-

1- Corak pemerintahan yang macam mana yang korang nak?? Islamic or tak Islamic?
2- Apakah dasar baru yang lebih kehadapan sesuai dengan peredaran semasa? Pihak mana yang
mampu bawa dasar ini?? (lihat pada misi dan visi parti or calon tersebut)
3- Apakah yang kamu mahu 20 tahun dari tarikh kamu mengundi ini?? (sebuah negara Islam
tersohor misalnya)
4- Apakah nasib generasi selepas kita??
5- Kemana hasil sumber bumi negara kita?? (cthnya tol free)
6- Dasar pendidikan ( yuran free ke )
7- Tahap pertumbuhan ekonomi yang sepatutnya pada masa akan datang yang kamu nak.

Well these are some of the things that you have to consider whenever you are deciding to vote( ini adalah diantara perkara yang kamu sepatutnya mengambil kira semasa kamu hendak mengundi).

Senang kata, apa yang anda mahu dimasa akan datang untuk Malaysia. Semuanya bermula dengan tangan anda pada hari ini iaitu ketika anda berusia 21 tahun. Jadi, sekiranya dengan tangan-tangan golongan muda yang mengundi ini mampu melakukan perubahan besar daripada yang ada sekarang, maka barulah dipanggil REVOLUSI(in another upcoming posting).

Macam biasa, letakkan Al-Quran dan Sunnah dihadapan dahulu sebelum melakukan apa-apa perkara, termasuklah dalam perihal mengundi ini.

Akhir kata,

"think forward , and change it with your hand "- qoute by me :)
Assalamualaikum..

No comments: