Wednesday, December 15, 2010

Ada apa dengan Facebook??


Perghhh! dah dekat dua hari dah kawan tak post something kat blog ni. Maklumlah banyak sangat kerja la. Bukannya ape pun, tetibe je rasa cam nak post pasal Facebook .

Cerita fasal Facebook?? Cerita ape tu??

Baru aku teringat la cerita pasal Facebook ni yang terjadi kat aku sendiri dan mungkin juga kat You all semua. Tak lain tak bukan la ni mesti cerita pasal tabiat bila berFacebook kan??

And the answer is YES!

Aku sebenarnya tak tawu nak mula dari mana tapi bila bercakap pasal tabiat Facebook ni aku menyirap siket la. Hari ni ramai giler orang yang ade Facebook sampai tadi tetibe ade orang add aku, dan bila aku da approve terus keluar kat chatbox aku "hi" , "dah kawen?" , "saya single lagi". Fuhhh... seram sejuk aku beb..

Bila aku tengok profile die betul betul balik. Rupa-rupanye tu makcik aku yang dah beranak 3 dah. Hahahaha! Terus aku jadi down jap.

Tu mukadimah je ok?

Cube kita tengok balik la diri kita ni kalau berFacebook tu macam mana? Yang aku menyirapnye bila tengok kengkawan aku yang berfacebook ni, sanggup mengadap depan pc/lappy sampai berjam-jam. Aku boleh tawu ape yang diorang buat dekat Facebook tu. Berikut adalah aktiviti mereka di Facebook(bukan semua yer).

1) suka tengok gambar2 perempuan2/laki2 yang hot stuff+comment skali on the picture.

2) like post semua orang yang keluar dekat wall die

3) comment2 dengan jantina yang berlainan panjang2. (menggunakan ayat siot cth: jew,mekasyeh, napew, koeteow)haha.

4) chat dengan ramai giler orang(terutama lain2 jantina). Benda penting kah??

5) Post dekat wall benda yang tah ape2. Cth: "penat baru balik keje". "apekah?" . "arrrrggghhh!!" . Is it important?? what is the purpose.

6) Upload gambar2 untuk tontonan umum. Hati2 yer perempuan2 kat luar tu..

7) tengok2 video yang orang post. Kalau video ilmiah wa x kesah der. Tapi video.. hmm... malas nk ckp...

Semua yang diatas aku sebut tu dah menelan masa sebanyak 2-3 jam. What is this?? Apa perkembangan yang diorang dapat??

Conclusion is.....

Yes Malaysian youth memang suka bersosial which is very nice. Sebab tu la banyak kes2 rogol ngan kes buang baby.. I'm sure this is the main reason to all of that happen. Jadi berpada-pada lah bila bermain Facebook ni.

Kalau setakat nak hantar post pendek2 yagn cam ayam-ayam tu korang sepatutnya kenal twiiter lagi bagus. Twitter pun diorang tak taw. Just taw facebook je camne nak maju john??

So..no hard feeling to all of you guys who are reading this post. Sebab aku sayangkan korang la aku post camni... hehehehe..

daaa~~

Assalamualaikum.

7 comments:

retop hataf said...

nasib baik aku takde fb!

kaminakueh said...

same la ngan aku retop oit.. hahah

Anzur Anuar said...

aku guna fb nieh untuk marketkan belog dan post video2 lawak. ntah la bro. tgk niat jugak kot. :)

Live Blog: belog! my Oxygen

kaminakueh said...

yes.. kalau utk market blog tu sume xde salah.. aku pun wat cmtu... Tapi stakat tgk2 gmba sampai berjam-jam.. komen2 berjam jam...

Syazana Ismail said...

oh. aku tak sgt berfb ni. kalau ada pun, gossip terbaru je. ahahha. lagi best main tumblr. aha

kaminakueh said...

tumblr tu hape??? best ka???

edot said...

kalau photographer comment gambar2 salah ke?
kena fikir on positive side jgk bro~