Monday, December 6, 2010

Perutusan Maal Hijrah


Maksudnya:Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui. (Iaitu) orang-orang yang sabar dan hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal..
Surah an-Nahl 16: 41-42.

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian. Semoga anda berada di dalam keadaan sihat sejahtera.

Hari ni merupakan hari yang bersejarah didalam taqwim umat Islam iaitu peristiwa Hijrah oleh Nabi Muhammad dari kota Mekah ke Madinah.

"Justeru, memperingati Peristiwa Hijrah ertinya membelek semula lembaran sejarah untuk melihat dan mempelajari bagaimana pengorbanan yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat demi menegakkan ketuanan Islam di muka bumi ini seperti mana di perintahkan oleh Allah SWT."

Petikan di atas adalah dipetik dari kata-kata Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz melalui laman web resmi beliau. Mari kita hayati kata-kata beliau itu.

Bginda Rasulullah SAW dan para sahabat berjuang di atas muka bumi ini adalah tidak lain tidak bukan untuk membawa kalimah "tiada tuhan yang disembah melainkan Allah" atau dalam kata lain untuk menegakkan KETUANAN ISLAM.

Oleh itu tiada istilah ketuanan Melayu, ketuanan cina, ketuanan india, ketuanan mat saleh, dan lain-lain diatas muka bumi ini melainkan ketuanan Islam. Ini adalah perkara benar dan tidak boleh disangkal lagi.

Sebab itu Allah SWT maha adil. Allah tidak jadikan jin dan manusia melainkan hanya untuk menyembah-Nya. Jadi tidak kira anda bangsa apa sekali pun, hanya amalan anda yang akan dihitung diakhirat kelak.

Oleh itu saya menyeru diri saya dan rakan-rakan untuk bersama-sama kita berhijrah daripada yang kurang baik kepada baik, daripada baik kepada yang lebih baik sejajar dengan Maal hijrah kali ini.

Bertarikh : 1 Muharam 1432H / 7 Disember 2010M

No comments: