Friday, February 26, 2010

Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W

Asalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan.

Salam Maulidur Rasul buat teman2 seperjuangan.

Alhamdulillah segala pujian kehadrat pencipta kita Allah S.W.T yg memberi nikmat pada sekalian alam. Bersyukur kepada Allah kerana kita diutuskan seorang insan yang menjadi contoh ikutan sepanjang zaman iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Selawat ke atas baginda.

Di kesempatan ini ana selaku penulis ingin mengajak rakan-rakan semua, marilah kita lihat dan kaji semula ketinggian keperibadian junjungan besar kita. Ketinggian peribadi baginda di akui oleh semua umat manusia di bumi pada hari ini, baik dari golongan yang beragama hindu,budha,kristian, dan lain-lain. Hal ini sungguh jelas menggambarkan bahawa Islam adalah agama yang benar dan sungguh mulia.

Maulidur Rasul mengajak kita mengenang kembali sirah Rasulullah S.A.W sebagai panduan dalam hidup kita. Setiap detik yang dilalui oleh baginda wajar dijadikan ikutan kita sepanjang zaman. Oleh itu marilah kita termasuk diri ana kita nilai sejauh manakah diri kita telah menyimpang dari ajaran baginda. Sejauh manakah kita telah meletakkan baginda di dalam hati kita.

Sekian Assalamualaikum.

1 comment:

Anonymous said...

tk nk ke ko jd mcm rasulullah???...

tk kata apa yg tk pasti krna mgkin mengundang api???