Monday, November 15, 2010

Antara Sahabat Dan Awek???

Yeah! Kita bertemu lagi dalam penulisan kali ini tapi papehal pun sebelum tu Assalamualaikum dan salam sejahtera aku ucapkan kepada pembaca-pembaca semua.

Well dah beberapa hari aku tak menulis rase macam kejong dah jari ni bila nak start menulis balik, jadi hari ni penulisan aku berkisar tentang ANTARA SAHABAT DAN AWEK. Dalam bahasa mudahnya kita sebut antara memember ngan cewek.. hahahhaa!

Fuhh! kes ni kes berat bang long oi.. Yela mana tak nya pasal seorang perempuan yang korang baru kapel or baru kenal-kenal ayam tu je korang dah lupakan member yang dah lama kau kenal. Ni apa cerita sebenaqnya ni?? Ha meh sini cheq habaq siket kat hampa semua adab-adab bercouple nih heh3!!Biasenye benda camni jadi kat kaum adam la yer! yer!

Baik! mari kita mulakan.



Bagi mengingatkan diri aku dan juga hampa semua sekali, asas yang pertama adalah kita kena kembali rujuk kepada agama kita dulu. Ini adalah perkara asas iaitu Al-Quran dan hadis. Betul memang tak ada istilah berkaple or berchenta sebelum kahwin ni! Perkara ni memang aku tak sangkal langsung tak ada apa yang boleh disangkal lagi bab ni.

Tapi memandangkan kita ni adalah berasal dari golongan yang jahil yakni dah terlanjur kita berkaple apa cara yang sepatutnya kita buat sekarang ni?? Puas aku duk mikir(bahasa pantai timur=fikir) seorang diri. Last-last aku dapat la solution untuk kita kembali balik mengikut syarak yang ditetapkan agama. Tapi ianya memerlukan sedikit kekeringan, pengorbanan dan keikhlasan. Tapi itu nanti aku sembangkan heh3! Sekarang ni kita cerita pasal adab antara awek dengan sahabat dulu okay??

Bukan ape, aku dah banyak sangat da pengalaman ngan member2 yang baru kaple ni or orang cakap baru nak UP pasal awek ni perangai die memang pelik dan menjengkelkan . Symptom-symptom orang yang macam ni ialah:-

- belagak power or telebih belagak dari keadaan asal die(kerek).
- Sanggup x kemana-mana bila orang ajak
- angin laen macam(perangai)
- asyik maen sms sampai rosak keypad or rosak henset.
- tak peduli nasihat orang
DLL.

Banyak sebenarnya symptom tapi tak larat nak sebut cukuplah sekadar perkara diatas. Baik, kesan keatas symptom yang dialami oleh pesakit-pesakit ini adalah terdapat beberapa contoh yang akan aku kepilkan antaranya ialah terlampau mengikut cakap awek sehinggakan hari-hari dia sepatutnya maen bola sepak tapi bila awek tak bagi maen dia tak maen. Kalau sekali dua tak mengapa tapi sudah berkali-kali.

Contoh yang kedua, didapati apabila sanggup kunci bilik oleh kerana bergayutan dengan buah hati mereka itu dah la kunci, tutup lampu plak tu adddeehh... Ini yang sangat vital skali yer. Sampaikan memember ajak lepak kuar or pegi memana dia tolak atas dasar awek tak bagi and ikut cakap awek.

Dengar sini yer... Islam suruh kite menjaga hubungan baik sesama manusia yakni rakan-rakan, orang tua, antara laki dan permpuan dan lain-lain. Perempuan/lelaki yang kamu cintai itu belum lagi halal untuk mu maka mengapa perlu kamu mendahulukan dia sedangakan sahabat kamu yang sesama kaum kamu tidak menjaganya. Adakah perkara ini meraikan syiar Islam??

Aku tak ada idea nak komen lebih jauh lagi sebab kepala hotak aku ni nak tulis benda lain ni. So renung-renugkan dan selamat beramal. Nice :).... Assalamualaikum.

2 comments:

Anonymous said...

bgs la paan. Aku kool je. Haha...

retop hataf said...

kalau post ni wujud time aku kapel dulu memang aku terasa sgt2. skang dak lagi. im free! haha