Tuesday, November 30, 2010

Tak Sangka Sampai 5-0 Kene Bedal... uhuhuhu!!


Hah! Tatkala aku masih belum bisa melelapkan mataku tadi tergerak hati aku nak tengok keputusan bola BARCELONA VS REAL MADRID. Tapi aku mampu tengok rizal(result) je kat livescore.com., al maklumlah kat umah xder astro boy, nak lepak layan bola khai pulak tak ada kat rumah. So terpaksa lah aku lepak2 blogging sambil tunggu rizal perlawanan tersebut.

5 - 0 Barcelona menang. "Biar betul!!" ha besok kalau korang dengar sapa-sapa yang cakap macam ni mesti dia x tengok bola ler mlm tadi hahahahaha! Betul la 5- 0 ni bukan cobaan lagi dah. Kepada penyokong-penyokong Real Madrid harap bersabar ye.... Mourinho baru lagi kat situ hahahaha!!

Tapi aku tak nak citer la sangat pasal detail bola ni sebab aku pun bukannya arif sangat. Tapi aku berminat nak kupas moral of the story tentang bola sepak dalam kehidupan.Jom start....

Sekali lagi diingatkan bahawa ini adalah hasil buah pikiran aku sahaja yer... Kalau tak setuju cakap, kalau setuju pun kene cakap jugak. Cmne nak cakap? ha klik jer comment kat bawah post ni.

Sebenarnya realiti kehidupan seharian kita ni tak jauh dari situasi permainan bola sepak. 11 orang pemain bola ini membawa nama mereka dan nama kelab/negara untuk menang dalam apa-apa pertandingan. Sama je macam kita manusia biasa.Sebagai seorang Islam, apa yang kita bawa adalah kalimah "tiada tuhan melainkan Allah" untuk disebarkan ke seluruh pelosok dunia. Sebagai individu, kita membawa nama kita untuk mendapat balasan syurga dengan mematuhi segala perintah-Nya.

Betul tak?? cuba korang fikirkan sejenak. 10 orang pemain tu mereka berjuang. Kita sebagai umat Islam pun tidak lari dari istilah untuk berjuang. Jika anda seorang bapa, anda akan berjuang untuk mencari nafkah hanya kerana Allah. Jika anda seorang pelajar, anda akan berjuang untuk cemerlang hanya kerana Allah. Jika anda seorang pemimpin, anda akan berjuang untuk orang dibawah anda hanya kerana Allah. Istilah BERJUANG itu perlu kita semai dalam diri kita sendiri supaya hidup kita tidak sia-sia diatas muka bumi...!! Bagi aku sendiri.. Aku tak mahu dikala sakaratul maut datang menjemput aku dan pada ketika itulah baru aku akan menyesal. Apakah yang telah aku juangkan untuk agama aku!! untuk tanah air ku!! untuk bangsaku!! (pergh berpidato plak aku hahahaha!!)

Aku memang pelik bila tengok orang main bola, dia memang bersungguh-sungguh termasuklah aku. Tapi dalam solat kenapa kita tak bersungguh-sungguh nak menghadap pencipta kita. Tengok pakaian kita, khusyuk kita, bacaan kita, rukun solat dan banyak lagi. Aku cuma mengingatkan diri aku je, kalau korang semua nak jaoin skali ikut aliran pemikiran yang macam aku ni untuk berubah silakan. Jangan segan-segan.

Tengok tajuk aku tu tak sangka 5-0 kena bedal. Team yang kuat macam Real Madrid pun boleh kena bedal sampai 5-0 dengan Barcelona, kalau 2-0 ke 3-0 boley terima lagi betul tak? Ak pun tak nak diri aku jadi camtu, yang mana kalau kita fikir selama ni amalan kita dah kuat last-last nanti sebenarnya semua tu salah disebabkan sebab kecil je amalan kita tak diterima. Sebagai contoh selama ni kita maen tibai je mandi wajib tak pernah nak bertanya kat orang betul atau salah, tawu2 je dihari pengadilan semua salah. Ha tak ke 5-0 jugak kena tibai tu??? hahahaha!!

Aku ni pun bukan baik sangat dan tak mustahil jugak ada orang yang nampak baik tu tak suka kita jadik baik. Sebagai contoh macam aku tulis blog ni semuanya seru kepada kembali kepada Islam, tak mustahil kawan-kawan aku yang kenal siapa aku bising-bising cakap aku ni poyo lah,pyro lah, ape lah... Yela dia dah 20 tahun solat tak pernah tinggal yang aku ni ha baru stahun jagung je tapi dah nak nasihat orang... Biar aku jelaskan yer.

Aku ni dari zaman gelap ke zaman terang. Maknyanya potensi aku untuk kembali ke zaman gelap semula adalah tinggi disebabkan atas 2 perkara. Pertama tak ada pembimbing seperti kawan rapat or family. Kedua disebabkan oleh aku lupa, jadi dah terang-terang aku ni pelupa, so aku ambik inisiatif aku sendiri untuk aku muatkan dalam blog. Bila aku tulis blog semua orang boleh tahu yang aku ni nak berubah, Jadi bila aku tesilap or terlupa tugas anda adalah untuk menegur saya ya.... jangan diam.. tegur..

Ha agak boring jugak la posting kali ni, sebab aku pun tak ada nak tulis sangat .Cuma nak tulis jugak sebab tengok Real Madrid kena bedal tu yang semangat siket tu.. heeee...

Jumpa lagi, Assalamualaikum.

2 comments:

Cik Su said...

tu dia liputan pasal bola..sungguh panjang..tapi cik su tak berani komen..tak pandai pun..hahaha

kaminakueh said...

hehehe.. memang panjang.. tapi saya x cite sgt pasal bola... saya cite pasal bnda laen... heeee :D