Tuesday, December 21, 2010

Sambungan:Sedikit falsampah aku pasal duit (based on my experience and my research)


Alhamdulillah syukur kita keatas Allah S.W.T kerana diberi peluang untuk sama-sama berfikir... dan membaca artikel aku kali ni.

Sebelum aku teruskan dengan lebih lanjut bab duit ni amatlah perlu bagi aku untuk menegaskan perkara ini kepada kamu semua ini kerana demi untuk mengelakkan kita daripada kesesatan di dunia ini. Yang mana boleh memudaratkan kita di akhirat kelak.

Kita sebagai umat Islam lebih2 lagi ummat Nabi Muhammad S.A.W adalah ummat yang paling awal di hisab amalannya di akhirat kelak. Kita perlu bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah memperkenankan doa Nabi Muhammad S.A.W bahawa Allah tidak akan membiarkan ummat Nabi S.A.W ini mati kebuluran. Jadi dengan sebab ini perlu untuk kita tahu serba sedikit tentang perkara muamalah ni.

Sebagai seorang Islam kita perlu benar-benar beriman dan yakin bahawa segala yang datang kepada kita adalah dari ketentuannya termasuklah dari hal kewangan dan rezeki ini. Kita hanya usahakan sahaja segala jalan yang ada di hadapan kita, tetapi Allah sahaja yang memberikan kepada kita.

Jom start!!

Hahaha.. ini falsampah aku je.. kalau korang nak ikut, ikut lah.. kalau korang tak nak. Sila diam dan komen yang baik-baik je ye.. :D

Dalam kita mencapai tahap yang tinggi dalam kewangan ni yang mana sebenarnya kita mencari kebebasan kewangan @ 'financial freedom' aku gariskan sedikit step lah untuk korang get the idea ye..

Step 1: proses cari duit/gali/korek/generate(kederat) -"+"-

Step 2: proses rolling duit/pusing/(automation) -"x"-

( + - x / )

YES dua ni sahaja proses untuk kita carik duit.

(+ & x sahaja operasi yang relevan)
Step 1

Proses ni melibatkan ape yang ade pada korang sekarang ni. Korang ade kederat? kalau menggunakan jenis ni.. korang mestilah kena rajin dan istiqamah dengan mengamalkan konsep 1/3, 1/3, 1/3... ade bakat?menyanyi, berlakon,menari,bermain musik dan lain2... ade rupa yang hensem/lawa?(gigolo, jadi anak ikan, modelling dan lain2) ada keturunan baik-baik? ( kahwin dengan orang kaya2 or bapak korang sendiri dah memang kaya so tak payah pikir).

Step 1 ni tak menjaminkan kebebasan kewangan lagi. Ye ni betul korang belum lagi bebas kewangan dengan step 1 ni. Jangan ingat kau dah jadi pelakon terkenal kau dah stabil kewangan, jangan ingat kau kerja 24jam kau dah stabil kewangan, jangan ingat bapak kau Menteri kau dah stabil kewangan. Sebab ini baru proses "+" tambah sahaja.

arrrrgghh ngantuknye... (@_@)!!

Macam yang aku tulis kat atas tadi.. hanya operasi tambah dan darab sahaja yang relevan untuk kita kekal dalam proses title financial freedom. So aku tangguh sampai sini dulu... nanti aku sambung lagi yer...

Sekarang ni korang dapat idea sikit-sikit x pasal ape yang aku nak sampaikan ni???

C ya nxt time.. Assalamualaikum.

3 comments:

belog|amiyo said...

wow...nice falsampah..keh3

kaminakueh said...

hahaha thanks2... bese2 jer tu

Mr Agogo said...

follow blog saye