Friday, December 17, 2010

Aku jadik Macam ni sebab Mak Bapak Aku lah!!!




Sebenarnya... aku tak la berape ingat sangat ape kandungan dalam buku ni sebab dah dekat setahun lebih aku tinggalkan buku ni tak bace. Just nak main petik-petik siket la ape yang aku ingat-ingat.
Kebetulan pulak semalam aku baru lepak ngn member lame aku yang da lame tak jumpa. Dia pun mempunyai vision yang sama macam aku lepas baca buku by...

Robert T. Kiyosaki

Hasil penulisan dari mamat Hawai-ian ni memang betul-betul membuka minda aku sebagai seorang manusia tentang perihal kewangan. Sebab apa yang berlaku sekarang ni memang obvious sangat.

Apa dia cakap?

Dari kecik kita dilatih , diasuh, dan di doktrin-kan dengan satu fahaman yang betul-betul menyebabkan kita berada pada tahap kita sekarang ni. Cuba perhatikan betul-betul ayat ni apabila seorang penjaga berkata kepada anaknya "nak.. belajar rajin-rajin dapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan nanti boleh masuk Universiti yang bagus-bagus." Bila budak tu dah masuk Universitas "nak.. kau dapatkan keputusan yang cemerlang CGPA tinggi2 nanti kerja besok lagi senang orang nak ambik kau bekerja..dan bergaji besar"

Aku berani gigit jari kalau family korang tak pernah cakap ayat yang sama maksud macam tu kat korang.....:P

Yes. Hakikatnya sekarang ni ramai manusia yang keluar-keluar dari tamat pengajian masih lagi dibebani dengan pelbagai masalah kewangan.

1) Gaji tak cukup

2) Hutang berlambak-lambak(ptptn, personal loan, loan rumah, kereta)

3) Nak kawen tak ada duit(last2 tangkap basah)

4) Nak bagi keluarga bulan-bulan pun tak cukup

5) Dah kawin tapi terpaksa limitkan anak.

Kita perlu sedar dunia sekarang semakin berubah. Ekonomi ada naik turun. Nilai matawang kita semakin naik. Harga barang meningkat. Harga bahan api meningkat. Harga barang kering meningkat. Harga barang basah meningkat.

Tapi pendapatan/gaji??? Meh lihat lagi senario yang aku nak bagi..

Sekarang ni betul tak Diploma dah tak ade value? Degree pulak dah berlambak-lambak orang amek... Syarikat-syarikat sekarang ni nak minimum requirement Degree. Dulu Diploma. Yes ape pulak akan jadi lepas ni?? Korang dah besar korang pikir lah sendiri.

Memang betul orang kate alah kerja tu semua rezeki yang Allah bagi. AKu tak menafikan langsung. Asalkan kita pun masih ingat akan Allah jugak InsyaAllah dipermudahkan.

Aku nak tekankan pada mentallity sebenarnya. Peristiwa doktrin yang berlaku keatas kita sejak kecil sebenarnya hanya membawa kita kepada satu perkara yagn dinamakan "safe and secure life" hidup yang selamat dan terjamin. Persoalannya ialah adakh ianya benar-benar selamat dan terjamin???

Berhutang untuk beli kereta , berhutang untuk beli rumah , berhutang untuk perkahwinan sendiri , berhutang kredit card , hatta beli kamera DSLR seklipun anda sanggup berHUTANG. Rasa-rasa siape yang selamat dari perkara-perkara macam ni?????

Tapi ada jugak satu lagi golongan yang 'live below their mean'. Maksudnya hidup dengan tidak gigit jari je. Maksudnya, orang pakai kereta kancil dia sanggup pakai motor second hand sebagai pengangkutan utama. Dia tahu dia mampu utk buat loan nak beli kereta. Tapi dia simpan hasrat tu tak nak berhutang so dia hanya menggunakan motor. Dengan berharap bahawa satu hari hujan duit akan turun kat depan rumah dia. Memang gigit jari la kau...

Hipotesis yang boleh aku buat ialah, semakin besar gaji semakin banyak hutang. Adakah ini yang di doktrinkan oleh family kita dari kecik sampai dah kerja ??? Nak salahkan siapa sekarang ni?? Anda adalah ape yang anda fikirkan.

Jadi aku tertanya-tanya jugak ape benda yang aku boleh buat sekarang ni.. Aku tak nak live below my mean. Aku tak nak tersangkut dengan hutang pulak. Jadi ape yang patut aku buat sekarang ni???

Ada yang kata akuakan buakak bisnes. Aku nak buat MLM . Aku nak berniaga internet. Aku nak kerja lebih buat part time. Adakah tu semua slution kepada masalah ni??

Jawapannya kita tunggu pada next post yang akan datang yer... Bukan ape.. aku nak bagi masa siket kepada sesiapa yang ego mereka tinggi pasal alam pekerjaan ni untuk teliti kembali penulisan aku dan turunkan ego anda untuk baca dan bagi ruang untuk terima jawapan selepas ini.

2 comments:

retop hataf said...

yup. semakin besar gaji semakin banyak hutang. kalau inginkan hidup sederhana kene pandai lah manage duit. tapi bila gaji dah besar mula lah nak ikot nafsu pakai keta mewah. umah nak besar. sedar2 gaji tiap2 bulan abis byr utang. sebab tu suma orang kaya kat dunia adalah usahawan dan bukannya kerja bergaji tetap. nasihat orang tua supaya idop kita secure. tp nak jamin kekayaan jauh skali. sungguhpon bila seseorg tu diisyhtiharkan berjaya tp still dibebani ngan masalah. skang ni makin lama manusia semakin ramai golongan cerdik pandai semakin banyak persaingan semakin sengit. paham2 lah


tp dalam buku tu apa yang dia cakap?

kaminakueh said...

mau taw ape yg die cakap ker?? ha nanti aku sambung lagi... InsyaAllah.. ana baru balek dari kem Ibadah ni.. so harap korang sume bersabar ye.. :D