Monday, December 6, 2010

Jom Buang Bayi!!


Hahahahaha! ganas tak tajuk aku?? Jom buang bayi jom!!

Sebenarnya aku bukan nak kempen suruh buang bayi ramai-ramai, tapi aku nak ajak kome semua ni berfikir tentang apakah cara yang sepatutnya diambil bagi mengelak kejadian buang bayi ni.

Ish! banyak gila aku jumpa gamba buang bayi bila aku search kat google tadi korang nak tengok?? ha klik sini dan sini lagi. Kat sini pun ade lagi.. Aku tak sampai hati nak letak kat blog ni, sedih teramat sangat.

Jom start!

Betul ke macam-macam langkah yang dah diambil nak tangani masalah buang bayi ni john??

Memang betul masalah ni dah macam-macam cara dah diorang ubat sejak dari tahun 2009 lagi aku dah follow dah. Tapi tahun 2010 ni makin banyak pulak orang buang bayi. Ingat ni kempen buang bayi beramai-ramai ape??

Baik!

Menurut pandangan aku yang setahun jagung ni, masalah buang bayi ni bukannya orang tua yang buat. Orang tua nak buat hape, diorang dah ade bini masing. Ini kerja orang muda. Dalam bahasa kalkulator saintifiknya ialah orang yang belum berkahwin tapi nak anak sangat kowt. Ahaks!

Masalah ni, memang masalah besar. Memandangkan segala usaha yang diambil belum lagi membuahkan hasil, terdetik di hati aku untuk berfikir sejenak tentang cara nak atasi masalah ni. Jawapannya mudah je kawan-kawan. Kita berbalik kepada Islam balik, kahwin aje pada usia muda ni. Apa masalahnya??? Sumpah tak ada masalah!

Itulah, rakyat Malaysia. Semua ustaz-ustaz cakap bagi kahwin aje usia muda-muda ni. "weh paan ko cakap senang la buat tengok! esok lusa dah kahwin siapa nak bagi makan?? Dah ada anak besok siapa nak jaga???..."

Kenapa semua orang suka fikir yang susah. Apa jadi bila tak dikahwinkan usia muda macam ni??

-sex berleluasa
-pasangan laki dan perempuan semakin ramai
-kes buang bayi semakin meningkat
-kes gugurkan bayi lagi meningkat
-hubungan kekeluargaan merosot
-pegangan Agama lemah
-ekonomi merosot
-nilai-nilai manusia hilang(nilai binatang yang naik)
-Kurang beribadat
-tiada rasa tanggungjawab
-hanya tahu mencari keseronokan
-kedua ibu-bapa hatinya tak tenang
-dan banyak lagi kesan negatif...

Kalau tak ada handset/handphone/iphone/ masalah ni semua tak akan terjadi. Tengok la orang dulu-dulu masa tak ada telefon bimbit, mana ada masalah buant bayi teruk-teruk, masalah tangkap basah sangat... Bila budak-budak pegang handset, YES! masalah ni yang jadi!! Ini semua kerja siapa??? YAHUDI la.. siapa lagi...

Masalah nak kahwin usia muda ni...

-mak bapak tak bagi
-tak ada duit
-nanti siapa nak bela(anak&isteri)
-belum cukup matang
-nak tinggal mana
-ha siapa boleh senaraikan lagi sila senaraikan dekat bahagian komen.

Masalah ni semua macam nonsense la bagi aku. Ok biar aku jawap satu persatu.

-mak bapak tak bagi(ini masalah parent yang tak kuat pegangan agama, mereka tak faham yang mana patut diletakkan dihadapan. Agama or yang lain?? Aku jumpa ramai kawan-kawan aku yang dah kawin usia muda-muda macam ni. Semua latar belakang keluarga mereka memang (A) dalam hal-hal agama. Sepatutnya orang yang tak kuat pegangan agama ni lah yang patut kahwinkan anak mereka supaya dia sendiri tak payah risau sangat perihal sosial anak mereka). Sorry pedas siket.:)

-tak ada duit( Ya, Allah permudahkanlah rezeki semua umat Islam Ya Allah. Dalam Al-Quran ada disebut bab berkahwin ni. Balik pegi bukak balik bab-bab kahwin ni. baca terjemahan ni.. Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
( سورة النور , An-Noor, Chapter #24, Verse #32)
ada sesiapa nak sangkal bab rezeki mendirikan rumah tangga???? )

-nanti siapa nak bela(anak&isteri) (kalau belum bekerja dan masih belajar, takkan la family tak bertolak ansur nak bela anak sendiri. Kepada ibu bapa, sila lah berbangga dengan anak anda kerana menegakkan hukum Allah. Apa salahnya ketika kedua-dua masih belajar sediakan tempat tinggal bagi mereka dirumah ibu-bapa mereka sendiri)
-belum cukup matang(dah kahwin nanti mereka ada rasa tanggungjawap- automatic akan matang)

-nak tinggal mana( kalau maseh belajar, elok tinggal asing2 dulu. Duduk la hostel masing-masing. Tinggal dengan family pun xda masalah)

-ha siapa boleh senaraikan lagi, sila senaraikan dekat bahagian komen.

Nanti aku cerita kisah pasal member aku punya lecturer yang kahwin semasa belajar, yang mana mak bapak lelaki tak bersetuju tapi perempuan setuju. heh3!!

Kesimpulannya letakkan agama dihadapan dalam melaksanakan apa jua perkara. Memang tak semudah tu nak kahwin aku sendiri pun tak dapat lagi kahwin walaupun dah berpuluh kali percubaan aku menyatakan hasrat aku kepada orang tua. :( :( :(

So kalau ada ape-ape sila komen ye... :) Assalamualaikum...