Monday, November 22, 2010

Prinsip....

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada pembaca yang dikasihi.

Hari ni atau malam ni aku tengah sakit kepala sebenarnya tapi aku tak boleh tido sebab asal pejam mate aje otak aku bejalan dan terhasil lah satu cetusan minda aku nak menulis pasal tajuk PRINSIP ni.

Sebenarnya tujuan aku nak menulis pasal prinsip ni adalah disebabkan hasil pengamatan aku selama beberapa tahun a.k.a ketika aku dah mumayyiz(berakal) hik3!! Apa yang aku lihat dan perhatikan ialah ramai orang yang tak tahu apa itu prinsip dan bagaimana cara nak menggunakannya.

Baik.




Prinsip ini dari segi bahasa yang senang untuk kita faham ialah pegangan yakni pegangan dalam menentukan hala tuju sesuatu matlamat kita itu. Prinsip inilah yang akan mengelakkan kita dari sifat-sifat TAKSUB atau EXTREMIST.

Sebagai contoh kita ambil senario politik yang dikhususkan kepada penyokong-penyokong parti politk diluar sana. Cuba anda pergi jumpa mana-mana penyokong parti politik dan anda tanya apakah sebab mereka menyokong entiti tersebut atau pun tokioh politik itu. Disini anda akan dapat tahu sama ada mereka ini berperinsip atau pun tidak. Aku ada jugak tanya kawan-kawan aku "kau sokong parti mana" dan diorang cakap aku tak sokong mana-mana. Aku tanya lagi "kenapa kau tak sokong mana-mana?" dan diorang jawap aku benci politik dan aku keliru sekarang ni siapa yang betul dan siapa salah. Ha korang dapat tak apa yang aku nak sampaikan??

Senario diatas menunjukkan jawapan seseorang yang mengambil mudah sesuatu perkara tapi mari kita lihat dari perspektif berbeza. Sebenarnya orang yang memberikan jawapan sedemikian adalah disebabkan kekurangan pengetahuan tentang politik sebab itu mereka tidak memutuskan untuk menyokong mana-mana pihak.

Bagi golongan extremist ni pulak, mereka ini kebanyakkannya hanya mengikut sahaja faham bukan maksud aku. Yes betul! golongan ini hanya mendengar pandangan dan hujah dari sebelah pihak sahaja sebab itu mereka ini menjadi taksub dan extrimist. Jangan jadi golongan yang macam ini kerana golongan yang macam ni kurang berfikir dan menyebabkan akal mereka lemah. hehehehe...

Baik.


Jadi bagaimana nak jadi seorang yang berprinsip??? Jawapannya mudah aje... Biar betul senang?? Ye jawapannya senang!!

Sebab kalau anda mengaku anda Islam, prinsip kita senang aja, semuanya dah digariskan dalam agama iaitu prinsip kita mestilah berasaskan Al-Quran dan Sunnah. Senang kan?? Meh aku bagi contoh.

Ha lagi cerita pasal politik. Aku suka cerita pasal politik sebab ianya best.. hehehe.. Tengok balik pada golongan extremist tadi apa yang diorang ni patut buat dalam menentukan hala tuju sokongan diorang tu. Dah tentu dengan tengok kepada AlQuran dan Sunnah. Ada dalilnya tapi aku dah lupa tapi maksud yang lebih kurang, kita disuruh adil dalam menilai dan mempertimbangkan sesuatu. Ya! dengar hujah-hujah kedua-dua belah pihak yang mana hujah-hujah tersebut mestilah juga berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. Senangkan?? Confirm tak sesat dan tak ragu-ragu.

Baik.

Sebenarnya kenapa perlu kita berprinsip ni??

Prinsip ini adalah satu pegangan hidup kita sama ada baik atau buruk, susah atau senang prinsip kita itulah yang menentukan matlamat kita. Sebagai contoh matlamat aku nak dapatkan satu juta sebelum umor 24 tahun. Apakah prinsip aku dalam cara untuk mendapatkan satu juta tu? Hati aku kata aku kena buat apa saja yang boleh dibuat duit termasuklah merompak, curik moto, curik basikal, jadi pembunuh upahan dan lain-lain. Tapi Prinsip hidup aku kata mesti cari yang halal dan dibenarkan syarak. Ha dah paham kan?? bagus... itu adalah prinsip.

Prinsip ni boleh dipengaruhi dengan banyak cara terutama sekali dengan cara pembacaan. Ingat pesan aku, prinsip kita tak boleh lari dari Al-Quran dan Sunnah that's it ok??

Kenapa aku suka sangat dengan prinsip ni, sebab kerana perinsip inilah seorang imam tersohor dipenjarakan iaitu imam Nawawi , seorang bekas timbalan perdana menteri dipenjarakadan dibebaskann tetapi masih tetap dengan perjuangannya. Oleh kerana prinsip ini lah kalau seorang itu sanggup dipukul hatta diugut bunuh pun maka tiada apa yang dapat merobah prinsip mereka itu. Ini adalah fakta tengok balik tokoh-tokoh seperti syeikh Al-Hadi, hatta Dr. Asri sekalipun kita boleh lihat prinsip beliau. ok?? tak kan la tu pun aku nak cerita.. korang baca dan nilai sendiri la kan, sebab aku da bagitau tadi camne nak tengok prinsip orang tu kan.

Ha pikir ni, yang korang tengok suicide bomber tu diorang ada prinsip tak?? Apa prinsip diorang ea?? heh3 aku dah taw.. korang la pulak pikir hehehhe...

Lastly dari aku,

Jadikanlah prinsip ini sesuatu yang syummul(menyeluruh) didalam kehidupan korang tak kesah la prinsip akaun ke, prinsip berkawan, prinsip cari duit, hatta prinsip bercinta pun boleh tetapi ingat selagi korang beragama ISLAM, jadikanlah AL-Quran dan Sunnah sebgai teras prinsip korang. Sekian wassalam.

2 comments:

Anonymous said...

huh..masih segar dlm ingatan baik-baik setia para keluahan kamu!!!..teruskan berjuang...walau bukan dengan jalan yang penah dilalui dulu...jumpa anda di puncak,,,

kaminakueh said...

menuju puncak adalah segala yang ingin digapai oleh setiap manusia mahupun entiti politik... ayuh kita berjuang!!