Saturday, January 22, 2011

The rise of the fallen.. (part 3)

Selesai solat Zohor di Masjid yang berdekatan aku duduk bersandar pada dinding sambil meneruskan aktiviti biasa iaitu merenung ke suatu titik fokus dengan lama. Dalam erti kata lainnya ialah termenung. Fikiranku yang kusut pada awal pagi tadi sudah berganti menjadi kosong macam tin milo yang dah habis serbuknya. Pemandangan dari Masjid ini sungguh indah kerana dapat melihat keadaan kota Kuala Lumpur yang begitu pesat membangun.

Fikiranku yang kosong dipenuhkan dengan persoalan di mana patut aku mendapatkan tempat bermalam. Kerana pada keesokan harinya aku harus ke kampus semula bagi menyelesaikan urusan pendaftaran subjek. "kat KL ni siape je member aku yang ade, yang boleh bagi tempat perlindungan untuk aku ni. Hmmmm..."

Aku cuma ada dua pilihan sahaja iaitu di Cheras dan di Gombak. Memandangkan sudah lama tidak ketemu dengan sahabat yang berada di Gombak. Dengan handphone ditangan dan earphone di telinga terus aku mendail Syeikh gelaran sahabatku yang berada di Gombak.

"Assalamualaikum Syeikh, ada mana?"

"Walaikumussalam Fauzan.. aku ada kat ofis ni tengah kerja. Ada apa hang call aku ni? "

"Owh tak ada apa pun. Ingat nak lepak dengan hang sat minum-minum ka?"

"Aku abeh kerja pukui 5 sat lagi, la baru pukui 3 ni zan."

"Ha tak pa lah aku bleh tunggu hang."

"Hang nak balik rumah teruih ka lepas ni?"

"Tak dak lah, esok aku ada hal sikit kat kampus nak kena settlekan. Aku tak balik kowt"

" Ha kalau tak balik hang ada tempat nak bermalam ka?" ujar Syeikh.

"Buat masa ni tak dak lagi lah syeikh. Sebab aku tak bawak apa-apa pun ni. Sehelai sepinggang ja ni."

"Ha tak pa lah hang tidoq kat madrasah tahfiz dengan aku pun buleh. Makan pakai semua hang tak payah risau. Mau?"

"Kalau hang dah kata macam tu, aku on ja. Tapi aku tak tau tempat"

" Owh hang tungu kat Petronas dekat MRR2 menghala ke Kuantan tu boleh? Pukui 5.30 nanti aku sampai"

"wokeh jumpa kat sana nanti lah. Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam" Syeikh menamatkan perbualan telefon kami.

Masih terlalu awal untuk bergegas ke Petronas di MRR2 tersebut kerana jam baru menunjukkan pukul 3. Oleh itu aku memutuskan untuk berlegar-legar ki kedai buku MPH yang paling dekat di Jaya Jusco Alpha Angle Wangsamaju.

Sebelum meninggalkan pusat membeli belah, sempat juga aku membeli sebuah buku untuk dijadikan santapan rohani. Sejurus selepas ak terus bergegas ke tempat yang telah dijanjikan untuk ketemu sahabatku.

Syeikh membawaku ke suatu kawasan yang belum pernah aku lalu bahkan tidak pernah aku tahu bahawa masih ada kawasan perkampungan berhampiran pusat bandar Kuala Lumpur yang begitu pesat membangun. Perjalanan ke destinasi memakan masa lebih kurang 10 minit dari tempat perjumpaan aku dan Syeikh tadi. Akhirnya kami tiba disuatu madrasah Tahfiz yang mana kelihatan serba lengkap.

Aku diarahkan oleh sahabatku untuk meletakkan kereta ku di tempat parkir kereta yang masih kosong.

"MasyaAllah Syeikh lama tak jumpa hang. Hang macam mana sehat ka?"

"Aku macam ni la Fauzan, Alhamdulillah.. Meh aku bawak hang pi jumpa dengan Ustaz Fazli pengetua madrasah ni." ujar Syeikh.

Kami berjalan menuju ke arah Ustaz dengan aku mengekori dibelakang Syeikh tadi. Tiba-tiba mata ku terpandang sesuatu yang belum pernah ku lihat sebelum ni.

Hati kecil ku berkata "MasyaAllah!" ...

Bersambung ye sedara.. huhuhu.. sila komen...

1 comment:

Anonymous said...

nice one.. cepat2 wat sambungannye ye.. :D