Wednesday, January 19, 2011

Sinar dibalik kegelapan...(part 2)


Pusat Bandaraya, Kepong, dan Cheras papan tanda menunjukkan arah yang harus ku pilih untuk aku sampai ke kampus ku. Aku pun terus menekan pedal minyak kereta Datsun yang dihadiahkan oleh bapa kepada ku sempena cemerlangnya SPM tiga tahun yang lalu menghala ke Pusat Bandaraya.

"Eh, betul ke jalan yang aku amek ni? owh jalan dah lain dah sekarang ni semenjak ada highway DUKE ni. Fuh! nasib baik tak masuk DUKE kalo tak , terbang la dua hengget aku."

Keadaan jalan raya pada pagi itu amat memuaskan hati kerana tidak ada sebarang kesesakan lalu lintas. Sebaliknya lancar seperti pada malam waktunya. Aku memandu dengan penuh berhati-hati walaupun fikiranku kusut dengan status pengajian. "Ah! susah-susah aku keje bawak teksi jela macam ni. Apa lah yang susah sangat nak luluskan student, tak boleh ke consider sikit . Kalau betul pun Universiti ni sayangkan aku, bagitau la awal-awal. Memang la aku ni hot stuff dekat U ni." aku membebel seorang diri sambil menitiskan air mata kesedihan.

"Hang ni student ka bukan?" tanya pak guard kampus dalam loghat utara.

"Ya saya student cik, saya nak pi amek result sat kat pejabat sana."

"Kad metrik ada?"

"Tak da cik, saya ni mai dari jauh ni. Dari Sungai Petani cik, mai semata-mata nak tengok result luluih ka dak" aku berpolitik dengan orang kampung.

"S.P kat mana?"

"Kat Taman Ria cik, dekat dengan tol S.P tu ja."

"Nasib baik hang orang kampung aku, kalau tak aku dah saman hang dah ni. Dah! hang pi la buat apa yang patut."

"Wokeh cik, terima kaseh banyak cik. Semoga Allah murahkan rezeki cik." Aku berlalu dengan begitu pilu sekali.

Setibanya di pejabat, Puan Mashitah sedang bermesyuarat dengan Timbalan Dekan lantas tangan aku mencapai buku majalah yang ada di tempat menunggu.

Setengah jam berlalu tiba-tiba "Ha! awak lagi Fauzan, ada apa awak nak jumpa saya ni? "

"Eh, puan kenal saya lagi?"

"Mestilah saya kenal, asyik muka awak je yang muncul depan bilik saya. Ada apa pulak ni?"

"Owh.. saya nak tau result P.K haritu."

"Awak duduk dalam bilik saya sekejap." Puan Mashitah menyuruh aku menunggu di dalam biliknya sambil dia berlalu mendapatkan sesuatu.

"Bagi nama kos dengan paper apa awak ambil?"

"Kos BDD, paper elektronik dua."

Puan pun menyelak kertas yang dipegangnya itu dan menggelengkan kepalanya. "Ish.. Ish.. Ish.. awak ni Fauzan, tak lulus ni."

"Betul ke puan? Apa boleh saya buat puan? Sem ni subjek elektronik dua ni tak ditawarkan puan, sem depan ada la. Saya kena grad jugak sem ni puan." aku merayu untuk dapatkan pertolongan.

"Too bad we cannot do anything for you Fauzan. But, cuba awak pergi tanya dekat Ketua Jabatan Encik Usman Jalal. Mana taw awak boleh buat Independent study." Puan memberi cadangan.

Bilik ketua jabatan terletak di aras satu dari pejabat puan. Aku melangkah masuk ke dalam lif untuk ke aras tersebut. "Haish.. apelah naseb dapat orang-orang yang lurus sebegini rupa, tak ada masalah sebenarnya kalo bagi aku lulus, diorang ni saja merumitkan keadaan." Bisik hati kecil ku.

"Assalamualaikum encik Usman, Puan Mashitah suruh saya jumpa dengan encik untuk tanya pasal Independent Study."

Selepas menjawap salam yang aku berikan encik Usman terus menjemput aku untuk duduk bagi menenangkan perasaan aku yang sedang gusar. Dia seakan-akan dapat mengetahui isi hati dan perasaan aku ketika itu.

"Ha amek pen dengan kertas ni awak tulis nama, nombor telefon dan alamat email supaya senang saya hubungi awak." encik Usman mendapatkan telefon bimbitnya dan menghubungi seseorang.

"Assalamualaikum syeikh, ni ana ada seorang student ni dia mau ambil Independent Study la, anta boleh tolong ? Ana ingat nak assign anta kepada student ni , subjek elektronik dua". Aku teruskan menulis pada kertas yang diberikan sebentar tadi.

Selepas menamatkan perbualan telefon, encik Usman menyuruhku berjumpa dengan pensyarah yang baru ditelefonnya sebentar tadi.

Tanpa membuang masa, aku terus mengucapkan terima kasih kepada encik Usman kerana pertolongan dari beliau dan beredar mendapatkan pensyarah yang diperkatakan oleh encik Usman. Hatiku berasa sungguh lega kerana pensyarah yang dipertanggungjawapkan untuk mengajar subjek ni pernah mengajar aku pada tahun yang sebelumnya. Tambahan lagi beliau begitu peramah orangnya.

"Masuk!" kata pensyarah di dalam bilik.

"Assalamualaikum encik Fahmi, saya Fauzan yang disuruh oleh encik Usman untuk berjumpa dengan encik berkenaan Independent Study tu."

"Owh sila duduk"

"Ni ade kerepek ni Fauzan makanlah, saya pun dah tak larat nak makan sorang-sorang."

"Eh, tak mengapalah encik. Saya baru sahaja lepas makan tengah hari dekat cafe bawah tadi." Aku berpura-pura kenyang dengan menolak tawaran encik Fahmi.

"Kenapa awak nak ambil independent study ni Fauzan?"

"Sebab PK saya gagal encik"

"PK pun boleh gagal?? awak ni biar betul? Saya pernah ajar awak ke sebelum ni?"

"Pernah encik, subjek Teori Litar."

"Owh... Awak seorang je ke yang extend sampai macam ni? Kawan-kawan awak macam mana?"

"Diorang semua dah habis Diploma dah encik, masing-masing dah sambung Ijazah dah."

"Takpelah Fauzan, awak relax la jangan la sedih-sedih. Semua yang berlaku ni mesti ada hikmah. Kawan saya dulu pun sama macam awak jugak, pointer dia 2.6 je pun pegang gaji RM4000-RM5000 jugak. Yang penting kita kena sentiasa bersyukur dan sentiasa kena ingatkan Allah. Belajar pandai-pandai pun kalau tak ingat dekat Allah buat apa kan?"

"Betul tu encik" aku membalas sambil tersenyum.(macam ni =D)

Selepas berbual agak panjang dengan encik Fahmi, aku pun terus berlalu mendapatkan kereta yang telah di parking berdekatan dengan pejabat tadi. Sebaik sahaja melabuhkan pungung di tempat duduk kereta tiba-tiba aku teringatkan kata-kata encik Fahmi "Yang penting kita kena sentiasa bersyukur dan sentiasa kena ingatkan Allah. Belajar pandai-pandai pun kalau tak ingat dekat Allah buat apa kan?". " Eh! pagi tadi aku dah solat subuh ke belum ea??"

nantikan sambungannya... :D

Please comment for me to learn from my mistake.. :D

3 comments:

retop hataf said...

BDD ek. nice! haha. neway god stori. ada perkataan salah eja. tapi still best.

. . . h u s n a . . . said...

aku rse cerpen ni mcm kisah idop ko je dodolllllll.. hahaha..

kaminakueh said...

sabor la dol... lum maseuk lg.. ni baru intro... hahahah!