Wednesday, January 19, 2011

Cerpen: Sedeh tak berkesudahan....(part 1)


Pagi itu aku mangkit(bangun) dengan perasaan riang ria bersama chef Ismail. Mata ku tepat memerhatikan pada dekoder astro yang memaparkan waktu sekarang "uish! dah pukul semmilan pagi ke?? dah boleh dah aku rase ni..." bisik hati kecilku. Tanganku dengan pantas mencapai telefon bimbit yang diletakkan dibawah bantal, lalu mendail kepada pensyarah di pusat pengajian untuk mengetahui keputusan peperiksaan yang telah aku duduki tempoh hari.

Trooott..trooott..

Trooott..trooott..

"Hello Assalamualaikum puan Shamsiah"aku memulakan perbualan."Waalaikumsalam, siapa ni?" jawap puan Shamsiah di hujung talian. "saya Fauzan Bin Alias yang baru lepas menduduki peperiksaan khas hari Rabu tempoh hari puan. Saya nak tau la result saya macam mana lulus ke tak lulus puan?" aku memulakan pertanyaan dengan nada yang lembut lagi berbudi pekerti tinggi. "Ohh I'm sorry to say Fauzan you didn't get through" puan membalas dengan nada yang tidak begitu molek sebagai seorang pensyarah berkata kepada anak murid . Sedangkan aku tidak pernah pun menduduki kelas yang diajar beliau sepanjang pengajian ku di menara gading hingga lah tahun akhir ini.

Dengan perasaan seperti ditinggalkan kekasih aku pun terus berkata "Habis tu puan apa status saya? Apa yang boleh saya lakukan untuk saya tolong diri saya puan?" . "Saya tak tahu lah, itu you deal dengan admin la " sekali lagi hatiku ditikam apabila puan berkata demikian. "tak..." aku ingin meneruskan pertanyaan tiba-tiba dihujung talian berbunyi "toooottt....." puan telah meletakkan ganggang telefonnya sebelum sempat aku menghabiskan ayat aku.

Bayangkan betapa remuknya hatiku bila diperlakukan sedemikian rupa. Sebagai seorang hamba Allah patutkah aku dilayan seperti ini? Patutkan dia memperlakukan aku seperti ini?

Sedih membelenggu diriku, setidak-tidaknya ucaplah salam dahulu sebelum menghentikan perbualan telefon. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaanku ketika itu. Dengan handphone masih di tangan aku terduduk dengna sendirinya di atas kerusi. Aku diam membisu buat beberapa ketika, fikiranku tidak mampu untuk berfikir secara waras dengan kuasa maksimum seperti mula-mula aku bangun tidur tadi.

Bak kata orang "tiada kata dapat menggambarkan rasa", begitulah keadaan aku pada masa itu.

"Alooooonggg! banguunnn.. Semalam kau kata nak pergi ke kampus amek result!!" jerit Umi aku yang sedang sibuk mengemas rumah di tingkat bawah. Hebat bukan Umi? sambil mengemas boleh mengejutkan seorang anaknya yang sedang tidur.

"Ye Umi, Along dah bangun ni. Jap lagi Along mandi" Aku menjawap seperti biasa tanpa menunjukkan kesedihan aku sebenarnya kepada Umi.

Kalau di ikutkan hati, aku dah tak sanggup nak pergi ke kampus dengan apa yang telah aku alami sebentar tadi. Aku teringatkan pendrive ex-girlfriend yang dipinjamkan kepada Joe rakanku yang tinggal di Kampus. Pendrive orang pun buat macam harta sendiri, tanpa segan silu bagi pinjam kepada orang lain. Adakah disebabkan sikapku ini menjadi punca "Ohh I'm sorry to say Fauzan you didn't get through" ??

bersambung lagi yer... :D

Sila lah komen untuk aku perbaiki penulisan aku ni...

6 comments:

~Si Pemanis HeartY~ said...

not bad...:)

kaminakueh said...

sebenarnye bad ni... bahase truk giler.. hehehe... pape pun thanks... :D

Zulaikha Nurdin said...

ini mukadimah kn..? cepatla tulis episod seterusnye..

kaminakueh said...

hehehe... ok2.. coming soon..

retop hataf said...

not bad. umpama cerita benar. sgt ikhlas cerpen ni. nice. aku suka.

kaminakueh said...

kisah benar ye?? hik3!