Friday, February 4, 2011

Anjing-anjing menunggu peluang di Egypt

Sebenarnye apa yang aku nak tulis ni lahir dari pemerhatian aku yang singkat dan peneletian aku terhadap perkara ini yang cetek. Tapi apa-apa hal pun sebelum aku meneruskan lagi penulisan aku dan korang meneruskan pembacaan korang mestilah amek tahu dulu kes yang berlaku di Middle East sana. klik kat sini.

Aku tak nak kupas sangat sebab tu semua dah ramai orang yang cerita pasal tu dekat website2 yang ada sekarang ni. Aku nak cerita apa yang bakal berlaku dari sudut pendapat aku je. Kalou korang tak setuju cakap la ye.

OK dah baca story pasal middle east?

Pertama sekali korang mesti dah tau sekarang kat sana tengah hangat duk tunjuk perasaan pasal nak suruh Hosin Mubarak turun takhta kan? dan juga baru-baru ni berlaku pertempuran antara penyokong Mubarak yang sedikit tu dengan anti-Mubarak. Bertempur guna ape je john??? Perang baling batu kowt! Kat Malaysia ni kalo baling batu dalam air pun orang dah takut2, kat sana orang baling batu kat manusia amacam???

Sebenarnya biasalah bila tengah gaduh ni masing-masing akan cuba cari jalan nak menang atau jalan keluar bagi memeterai pergaduhan ni. Seperti biasa ada 3rd party yang akan memerhati dari jauh menunggu peluang je, da 3rd party ni aku panggil ANJING. Korang pergi search kat youtube cerita DO RE MI arahan Allahyarham P. Ramlee ada satu scene kat situ yang patut kita belajar. Scene tu menunjukkan P.Ramlee dan A.R Tompel baru nak mulakan pergaduhan, da seorang mamat ni tiba-tiba datang cakap "nanti dulu! ha ni kepala, bapak kau dan ni epala bapak kau. Kalau berani pijak lah!" A.R tompel cakap balik kat mamat yang tiba2 masuk line tu " kepala bapak kau tak ada??" Terus P. Ramlee bagi penumbuk kat mamat penyampuk line tu.

YES! orang ketiga tu adalah ANJING!! Kalau korang becinta pun ada orang ketiga tiba-tiba kacau. Golongan ini patut digelar ANJING sebab nak ambil kesempatan dan memecah belahkan lagi keadaan.

Sama macam kes di Timur Tengah sekarang ni. ANJING2 ni tengah tunggu peluang je nak ambil kesepatan. Kita tengok sejarah Melayu pun cukup, macam mana British boleh masuk Tanah Melayu?? Dah tentu la sebab ANJING ni kan??

Ada yang kata Malaysia tidak sepatutnya jadi macam dekat Timur Tengah dan siapa yang mulakan itu adalah terkutuk. Kita tak mintak nak jadi macam tu, tapi yang akan menyebabkan terjadinya macam tu adalah disebabkan Pemerintah itu sendiri bukan?? Malaysia tidinya perkara akan terjadinya perkara sedemikian selagi mana rakyat hidup dibawah keselesaan dan keamanan serta diberi gula-gula sambil mata, telinga dan mulut dikunci untuk tidak berbuat apa-apa.

Jadi masa yang ada sekarang sepatutnya digunakan untuk Mengubah dengan tangan sendiri iaitu dengan bijak MENGUNDI. Kalau sistem undi kita CORRUPT! tak mustahil kita akan capai satu tahap macam Timur Tengah.

OK BYE..

No comments: