Saturday, January 8, 2011

Aduih minat nak bela ikan la pulak..

Hahahaha!

Aku ni pelik jugak la kadang-kadang, ape orang buat sumenye aku nak ikut buat. Tapi aku bukan jenis yang ape yang orang ade aku pun nak ade jugak contohnya kalau member aku baru beli motor, aku tak ikut pun. Ada member aku beli baju dekat butik-butik terkenal, aku tak de selera pun. Tapi benda pelik-pelik ni yang aku suka ikut siket. hehehe!

Contoh macam tadi aku baru je balik lepak jumpe member yang dah lame jugak la tak lepak dengan dia. Taw-taw je dia ade bela satu spesis ikan yang stylo jugakla aku tengok. Korang pun tak kan sangka ikan macam ni pun ada orang bela letak kat rumah. Ikan ape tu john??

Ni ha ikan nye!Nama ikan ni alligator gar. Kat Malaysia pun memang ada ikan ni. Giginya tajam dan sisik pun seakan-akan buaya. Perrgghhh! memang stylo la aku tengok tadi. Tapi gambar yang ni gimik je, member aku bela tu kecik je. Ade la dalam stengah kaki panjangnye. Memang eksotik kowt, lepastu comel pulak tu masa kecik-kecik. Bila dah besar takut makan tuan pulak. :D

Kalau korang nak taw pasal alligator gar ni pegilah search sendiri kat pakcik GOOGLE tu. Aku malas nak celoteh, masing-masing pun dah besar dan pandai guna internet kan....

Sebenarnya aku dah lama menyimpan hasrat nak bela ikan, tapi bukanlah alligator gar ni. Aku cadang nak bela ikan kelah. Sebab ikan kelah ni memang smart, lepas tu ada macam-macam kaler pulak tu. Skali letak dalam akuarium memang puas hati la tengok aggressive giler.

So ape pandangan korang alligator gar or Kelah??

3 comments:

akmalhilmi said...

bele belut je
hahaah

kaminakueh said...

baik bela sotong kn?? :D

Anonymous said...

bela toman harimau la bro.. lagi aggresive dan garang.. hohoho! :-P