Thursday, January 6, 2011

Bengang macam kat radio tu..

Cite ni tak de la lame sangat baru 3 - 4 hari lepas berlaku kat aku waktu pagi - pagi pulak tu.

Korang kalau tengah tido pastu ade orang kaco korang bengang tak? Lagi - lagi bila baru je tido tak sampai 2 jam pun. Memang perggghh!!


So ceritanye camni....

Malam tu aku sedang sebok membuat research dan kerja depan laptop memang sangat meletihkan. Dah la tak cukup tido pada siang harinya, malam tu pulak kena buat kerja sampai lebam.

Ye memang aku buat kerja sampai lebam. Jam dah pun menunjukkan sudah pukul 4 pagi. Aku buat derk lagi dengan meneruskan kerja - kerja aku. Tak lama lepas tu tiba- tiba kedengaran bunyi yang memang membuatkan sesiape sahaja bangun bila dengar bunyi tu. "Allahuakbar..Allahuakbar!" bunyi azan berkumandang. "Ya Allah dah subuh da... jam aku rosak rupenye ish3!".

Selesai menunaikan solat subuh aku mneruskan lagi kerja aku semula sambil melihat adik aku 2 orang sudah tergolek tido dan sorang lagi masih berjaga main Facebook. Ah aku tak tahan sangat ak pun tido dekat ruang tamu. Yes memang penuh dah ruang tamu ni tak ada ruang untuk adik aku yg lagi sorang untuk tido.

Tido aku tak cukup syok sebab adik aku yang tak tido tu selsema pulak. Kejap-kejap bersin lepas tu hembus hingus pulak. arrggh..! Tpi aku gigihkan diri untuk tido jugak. Yes bejaye jugak aku tido. uhuhuhu!

zzzzZZZzZzzZ....zzZZ...

"Haacchhuumm!!" tiba - tiba aku pulak bersin dan aku rase sejuk semacam je, dah la tak ada selimut, aku bungkus pakai kain pelikat jer. Itu pun sejuk tahap alaska lagi. "haaaaccchhhuuummm!" aku bersin lagi. Aku pun ketandas nak bersihkan lebihan-lebihan *** ngan kencing skali.

Keluar daripada tandas je aku rase pelik kenape la seju sangat sampai ke ruang tamu ni. Tengok2 adik aku pasang airkond kat dalam bilik lepas tu die tak tutup pintu. Perghhh! tensen giler aku. Dah la die tido lambat, lepas tu tido dalam bilik yang tak ada kipas tu dia terpaksa bukak aircond.

Dengan menyumpah adik aku "ko dah tawu pasang aircond tu sejuk , yang ko g bukak pintu tu buat hape nyol! orang kalo sejuk slowkan temperature ni ko g bukak pintu. Bodoh ko ni betingkat - tingkat! " suara aku memecah keheningan pagi rumah. Adik ak yang dimaki hanya mampu gelak macam sudin gelak dalam cerita P.Ramlee babak "itu kubor tempat kau nak mampos!" .

"Pagi-pagi dah buat aku bising-bising. Adoi ko ni Inn...." sambil menutup pintu bilik. Aku pun terus sambung tido.

Bengang kowt.

Sorry korang terpaksa bace cite ni.. hahaha!

daaa~~

Assalamualaikum!

3 comments:

Yu'Yu said...

bodoh bertingkat-tingakat!!! kahakahakah.....jahat~

kaminakueh said...

hahahahaha!

@taufiqhelios said...

lama xdengo ayat 'bodoh btingkat-tingkat' tuh