Sunday, February 28, 2010

Sambungan Kisah Pelajar Dibuang Asrama

assalamualaikum....

saya adalah rumate kepda slah sorang pelajar utm yang kena buang...namanya xperlulah diceritakan. ape yang saya ingin kongsi
disini ialah cara pentadbir utm yang agak tidak memenuhi tata cara seorang yang bergelar pegawai utm atau universiti
teknologi malaysia. ic.. entahla boleh digelar ke tak ic nye..; ic maksudnye international campus(pergh meluat rase)

kisahnya bermula sekitar pukul 11 mlam... sya sedang membuat ulangkaji pendidikan bahasa arab di dalam bilik...
tiba2 saya terkejut dengan ketukan yang aggak kuat pada pintu bilik.. sya terus membuka pintu bilik.. selepas pintu bilik di buka masuk
la rumate saya. dengan keadaan temengah mengah sedang meyimpan baju dan peralatannya didalam bilik.
beliau diiringi oleh 3 orang lelaki, 2 berpakaian serangam seolah-olah pegawai polis dengan muka masam mencuka dan seorang yang agak baik rupenya
dengan berpakaian biasa. terselit disitu juga seorang perempuan sibuk untu memasuki bilik saya

saya agak terkejut kerana pada waktu itu say agak 'seksi' iaitu ber'boxer'. setelah menyedari kaum yang berlawanan jantina saya terus menutup
sebahagian tubuh sya dengan kain...

bersambung selepas ini.... ngah igat balik

Penulis: Artikel ni di sumbang oleh roomate pelajar yang di buang

Merokok Kat UTM!!


Katakan Tak Nak Pada Rokok!!

hehehehehehe!

Aku bukan pe, just timbul rase bengang ,tensen, dan mcm2 lagi la bila benda ni jadi kat aku sendiri dan jgk bebudak UTM yg laen.

Kesnya terjadik depan mata aku sendiri yg mana aku ternampak staf kolej UTMKL ni merokok, baik kat kampus ngan kolej ke-2. Yang bestnya diorang ni isap rokok dgn rase bangga tapa berselindung or rase takot. Aku sure korang sume pun pernah nampak betul x??? Setawu aku bukan skali aku nmpak tapi da berkali-kali da.

Knape staf boleh isap rokok sedangkan student2 xbley? Aku rase undang2 yang ade cukup jelas skali bahawa kat UTMKL ni dilarang merokok. Jadi bila student isap rokok je x boleh dan dikenakan saman silap2 boley kene buang kolej. Undang2 jelas menyatakan bahawa dilarang merokok, xde pun undang2 tertulis DILARANG MEROKOK KEPADA PELAJAR. Benda ni sepatutnya sama macam kat hospital,masjid,pejabat dan lain2 yang mana undang2 dilarang merokok adalah terhadap kawasan bukannya golongan manusia.

Cuba korang pikir kat hospital boley x merokok? jawapan yang pasti ialah TIDAK! x kire la ko ni doktor ke, kerani ker, patient ker, pelawat ker , setiap individu x dibenarkan merokok. Tapi kat UTM, staf boleh n student x boleh. Undang2 mana depa pakai ni??

Perkara ni jelas menunjukkan pelaksanaan undang tu still x betoi lagi. Jangan la asyik tgk kesalahan student. Staf mcm mane? Law is Law!! tetap kene patuh. Kalau macam tu, aku rase lepas ni baik perokok2 sekalian merokok je kat UTM ni xde hal punye.

Sedey la jgk tengok UTM mcm ni. Benda paling asas iaitu undang2 pn xbole nk dilaksanakan dgn penuh integriti.

Hanya sebagai renungan, jadi renung2kanlah!!

Friday, February 26, 2010

Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W

Asalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan.

Salam Maulidur Rasul buat teman2 seperjuangan.

Alhamdulillah segala pujian kehadrat pencipta kita Allah S.W.T yg memberi nikmat pada sekalian alam. Bersyukur kepada Allah kerana kita diutuskan seorang insan yang menjadi contoh ikutan sepanjang zaman iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Selawat ke atas baginda.

Di kesempatan ini ana selaku penulis ingin mengajak rakan-rakan semua, marilah kita lihat dan kaji semula ketinggian keperibadian junjungan besar kita. Ketinggian peribadi baginda di akui oleh semua umat manusia di bumi pada hari ini, baik dari golongan yang beragama hindu,budha,kristian, dan lain-lain. Hal ini sungguh jelas menggambarkan bahawa Islam adalah agama yang benar dan sungguh mulia.

Maulidur Rasul mengajak kita mengenang kembali sirah Rasulullah S.A.W sebagai panduan dalam hidup kita. Setiap detik yang dilalui oleh baginda wajar dijadikan ikutan kita sepanjang zaman. Oleh itu marilah kita termasuk diri ana kita nilai sejauh manakah diri kita telah menyimpang dari ajaran baginda. Sejauh manakah kita telah meletakkan baginda di dalam hati kita.

Sekian Assalamualaikum.

Wire Less kat UTM lembab??


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perkara utama dlm artikel kali ini adalah persoalan yg timbul pada setiap individu yg tinggal kat kolej ke-2 UTMKL. Kenapa wireless kita x laju?

Pada malam yg aku g jumpe ngn wakil pelajar tu aku ade jgk tanye kat diorang kenapa wireless kita x laju?? MPP x fight perkara ni ke?

Keterangan dari MPP:(

Untuk pengetahuan sedare2 sume, sebenarnya MPP da pun fightkan perkara ni dan telah pun berjaya menaikkan taraf wireless kat UTM kita dari yg sebelumnya kepada yg lebih baik. Tapi kenapa still lembab macam siput khinzir??

So bagi mendapatkan kepastian diorang g tanye kat CICT dan CICT cakap sebenarnya speed da cukup laju, tapi apa yg melembabkan speed tu adalah disebabkan pelajar2 sendiri yg kerap muat turun macam2 bahan. So bila da ramai2 muat turun jadi la masalah ni. Sekiranya di naik taraf sekali pun masalah ni akan sentiasa terjadi. Semakin laju internet semakin banyak dan besar file yg di muat turun.)

Sebagai cadangan, aku mendapatkan pandangan dan keterangan dari sahabat2 aku dari IPTA lain. Sebagai contoh di Universiti Malaysia Pahang mereka x dibenarkan muat turun file dari internet tapi mereka menggunakan file sharing secara wireless. Jadi perkara ni mungkin boleh di ambil oleh pihak UTM sebagai contoh untuk meningkatkan lagi kualiti internet di UTM.

Apa yg baik kita ambil dari orang dan apa yg x baik kita buang jauh2.. Apa salahnya kita tiru mereka sebagai keselesaan di UTM.

Apa komen anda??

Thursday, February 25, 2010

NoTiS TeRgEmPaR!!

Lebih kurang jam 6pagi tadi selum sempat aku nk lelapkan mate tiba2 ak dikejut oleh member ak yg smlm bersama aku jumpa dgn wakil MPP tu. Ada cite yg x brapa sedap didengar yg disampaikan kat aku. Aku xnk ulas panjang cite tu.

Diorang ajak aku utk membuat pertemuan semula dgn wakil MPP dan Darren Lai bagi mendapatkan kepastian. So pehatian kepada Wan Hazem dan Darren Lai, pertemuan semula akan diadakan kemungkinan pada hari isnin malam.

Sekian...

Pembetulan MPP RM230,000

Jam menunjukkan pkul 4:57 am n aku still lom tido.. so aku rase cam nk writting je... Papehal sorry kalo xde kick cket writting waktu cmnik sbb ak pun ngah kuyu haha!!
Ok back on track!
Smalam aku g jumpe ngn MPP bersama 2 org lagi member aku yg aku kire pandai bersuara n suara dorang ni ade message, sbb tu aku caye giler kat dorang. Kalo 1 hari nt dorang jadi wakil rakyat pn aku akan sokong gile2. Kami g bejumpe ngn Wan Hazim ngn Darren Lai. Jadi berlaku lah penjelasan yg amat terperinchi oleh 2 orang tokoh kpd kami.

Nilai sebenar ialah RM207,000 sebagai kos keseluruhan termasuklah kos penginapan,tour guide, makan, dan lain2. Nilai wang sebanyak ini adalah dilaksanakan oleh mereka sendiri. Seramai kurang lebih 20 orang peserta yg layak mengikuti program ini. Kesemua peserta adalah terdiri daripada pelbagai kelompok pelajar termasuklah pelajar biasa dan pelajar yg berjawatan.Program ini yg dipimpin oleh saudara Darren Lai telah memilih peserta dgn cara temuduga dan iklan berbentuk poster telah di letakkan merata-rata tempat sebagai pemberitahuan kepada orang ramai. Jadi kepada sesiapa yg tersalah anggap sila perbetulkan balik anggapan anda.

Oleh yg demikian pada post yg pertama ak ade kata yg diorang ni gunakan duit UTM tapi sebenarnye diorang menggunakan duit yg diorang cari sendiri. Macam biase diorang cari dgn care penajaan, 1orang peserta diwajibkan mencari paling kurang RM7000.00. Tahniah diucapkan kat diorang.
Bukan senang nk wat program ni, sbb byk benda yg perlu di selesaikan 1 demi 1. Ape2 pun aku sebagai penulis mintak maaf atas kesilapan yg menyebabkan pihak2 tertentu tersinggung. Secara Ikhlas aku katakan xde niat pn nk menyinggung mama2 pihak sesungguhnya artikel2 dlm blog ni mmg penuh dgn kotroversi. Jadi tugas anda sebagai orang yg tawu kebenaran untuk perjelaskan kepada orang ramai supaya info-info ini dapat disebarkan kat sume student2 UTMKL.

Kenapa perlunya terjadi perkara-perkara sebegini, disebabkan aku da 3 taun kat cni n aku tgk student2 mcm xde tmpat diorang nk dpt info. Dan lg 1 sbb, aku xnk tgk dan orang kata student UTMKL ni student yg pasif. U know what I mean!!

Da panjang sgt aku ngarot ni. ...nYte2!!!

Wednesday, February 24, 2010

"Perutusan Dari Penulis"

Assalamualaikum dan salam sejahtera ak ucapkan pd semua pembaca. Pagi tadi telah berlaku sedikit salah faham antara penulis dan org tertentu.

Xde pape pn yg berlaku, cuma pihak tersebut ingin membetulkan tentang perkara yg diceritakan ak di blog ni, iaitu berkenaan dgn MPP menang tanpa bertanding dan RM230,000 utk MPP.

Kat cni ak xnk kupas lg tentang perkara tersebut sbb ak ade test sok jadi ak xde byk mase,InsyaAllah mlm esok lepas test aku akan coretkan utk pembacaan umum.

Jadi berkenaan dgn post arini, ape yg aku nampak ade jugak sesetengah orang salah paham tentang kewujudan blog ni. Untuk pengetahuan umum blog ni memang menceritakan pasal ape yg student alami dan lihat. Oleh itu bergantung pada penilaian anda untuk menilai. Sekiranya perkara yg dipostkan di dlm blog ni didapati x benar maka anda sebagai orang yg tawu kebenaranya sila postkan citer sbenar kat xilem89@gmail.com.

Atau sila buat aduan pada MPP dan MPP akan berursan secara direct ngn aku. Tujuan aku wat bende cmni adalah utk student2 UTM ni ade ruang utk bersuara n ade ruang untuk luah perasaan dan share pengalaman masing2. Sila jangan salah faham.

Ape-ape pun semua cerita yg dipostkan bergantung pada penilaian anda sendiri. Aku akan cuba sedaya upaya untuk komen dari sudut yg positif. Seperti yg aku cakap "yang salah kita tentang yg benar kita ikut!!".

Sekali lagi segala salah silap harap dimaafkan oleh sesiapa saje yg terasa sbb penulis sendiri adalah manusia biasa yg menjalani kehidupan biase seperti korang.

Lastly enjoy reading U guys!! Salam..

Monday, February 22, 2010

Aku BaNgGa ngn UTMKL!!

Syukur kpd Allah S.W.T kerana mempermudahkan perjalanan kita utk smpai ke UTM. Semoga rakan-rakan kite yg blom lagik sampai di UTM nih jugak slamat sampai.Amin!!

Aku bangga ngan UTM?? hahaha!!! bace tajuk pun da tertawa sendirian hik3!! Well ape yg aku ckpkan ni adalah perkara yg betul dan ikhlas dari hati kecil ku ini.

Jadi ape yg ak banggekan sgt ngn UTMKL ni?? sebenarnya xdela mcm2 bnda yg nk dibanggakan.. Tapi lepas ak perhatikan keadaan dari sem 1 smpai sem 6 neyh, 1 bnda yg ak bangga just keadaan sosial bebudak UTMKL nih agak membaggakan kalau nk dibandingkan ngn U laen mmg xde tolok tandingnye.. huhuhu!!

So ni menggambarkan x byk sgt masalah maksiat n PMI juga telah menjalankan keje dekrang dgn baek. Congratz!!

Tapi ade jgk la sesetengah belangkas yg still bertempiaran kat cafe sume tuh. Itu mungkin atas urusan pelajaran barangkali jadi kita bresangka baik selagi dekrang x melakukan perbuatan yg menyakitkan mata.. hahaha...

weh MPG da dekat... adddeehhh!!! Adios!!

Saturday, February 20, 2010

(+-)RM 230,000 untuk MPP!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

RM230,000 untuk MPP betul ke?? well aku pn xtawu berapa ni lai sebenar yang di peruntukan kpd MPP kita. Jumlah sebanyak ini diperuntukan oleh management atas sebab pihak MPP akan mengadakan lawatan ke Dubai. Duit peruntukan ni hanya diberikan kepada MPP sahaja. Cmne ngn student???

Sejauh manakah kebenaran perkara ini aku sendiri x dapat pastikan, oleh kerana cerita ini disampaikan melalui penceritaan oleh seorang member kepada ku. Ini bermakna kalo die tipu aku n aku tipu korang. Kalau die benar dgn aku maka aku benar ngn korang. Tapi member ak tu cakap die da siap tgk kertas kerja TRIP smbil belajar ke Dubai tuh. Kalo korang xcaye gak, nanti ak suh die dapatkan kertas tu. Kalo x pn, seiapa yg ley dptkan kertas tu sila emelkan kat aku.

Tujuan aku menulis artikel ni bukan nk memburukkan atau nk membesarkan sesiapa, tapi sebagai renungan utk kita pertimbangkan bersama. RM 230,000 bukannye nilai yg kecik bai dpt beli kereta Subaru Impreza ver8 sbijik bai. Aku jgak difahamkan yg salah seorang dari management akan ikut dan nama dia akan dicanang-canangkan sebagai habuan untuk TRIP ke Dubai ni. Siapa org tu?? You know who!!

Cube korang pikir ade macam2 jenis proposal dah di utarakan kat management kita, antaranya wat bumbung kat parking motosikal. Korang rase wat bumbung untuk motosikal sampai x nilai RM230,000?? Bayangkan la dak2 yg naek moto g klas pagi2, seat moto basah sumer. Tapi projek ni blum dpt kelulsan or da kne reject da?

Banyak yg boleh digunakan duit RM230,000 tu utk kebaikan semua student. Tapi duit tu diperuntukan kepada beberapa kerat orang je bagi kebaikan mereka dan sesetengah pihak atasan. Aku rase kalao aku jadik orang kanan pihak atasan ni, bukan stakat Dubai tapi Korea,Jepun,Cairo, Afghanistan,Pakistan, Kenya, Timur Leste pn ak dpt g. Bahkan ak siap ley dpt elaun sara hidup lagi.

Korang nilai la sendiri, knape peruntukan untuk student bkn maen susah lagi nk dapat tapi peruntukan untuk golongan tertentu yg menaikkan nama golongan tertentu sgt cepat dan pantas mereka luluskan. Perkara yg aku story kat korang ni untuk korang berfikir dan menilai. Adakah ak dpt hak aku sebagai student kat UTM ni, adakah aku sronok dgn facilities yg diberi kat aku??

Stakat ni je la geng aku larat nk tulis. nanti aku post lagik. Lastly!! INTEGRITY IS THE ROOT OF OUR BRAVERY!!! ADIOS AMIGOS!!

Friday, February 19, 2010

MPP UTMKL menang tanpa bertanding???

Terlebih dahulu setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pemenang kerusi tanpa bertanding di UTMKL.

Di sini penulis terlintas beberapa soalan antaranya:-
- Kenapa mereka tidak perlu bertanding??
- Siapa yang melantik mereka??
- Apakah kelayakan mereka??
- Apakah sumbangan yang telah mereka lakukan??
- Adakah mereka ini benar-benar memperjuangkan hak pelajar??

Apa pun persoalannya, jawapan itu tidak ada pada penulis(aku). Tapi yg pasti pada tarikh pembuangan undi, kesemua pelajar UTMKL di wajibkan mengundi untuk calon-calon UTM Skudai. Bagi penulis, mengapa kita perlu mengundi calon yang tidak kita kenal? Apakah kebaikan dan kelebihan kepada pelajar-pelajar? Setidak-tidaknya berilah peluang kepada calon-calon skudai untuk berkempen.

Penulis mengandaikan bahawa tempoh berkempen adalah terlalu singkat atau, calon-calon ini lambat berkempen. Begitu banyak kelemahan yang penulis lihat. Antaranya ialah 2,3 malam sebelum pembuangan undi, barulah flyers dan kertas yang disebarkan bagi memberitahu dakyah-dakyah calon-calon.hahaha!!

Berbalik pada kes menang tanpa bertanding. Penulis x berpuas hati kerana x dpt memilih calon yang betul-betul berani memperjuangkan hak pelajar. Calon yang berani bercakap di hadapan khalayak ramai. Penulis mahukan pemimpin yang lantang bersuara. Ada sahaja hal yang pelajar tidak berpuas hati terhadap pengurusan UTM, Calon ini berani kehadapan bercakap dikhalayak ramai menyebarkan berita.

Wahai student UTMKL adakah anda berpuas hati dengan perkara ini?? Adakah anda berpuas hati dengan kelengkapan yang di peruntukan kepada anda?? sampai bila anda nk jadik seorang yang pasif yakni seorang yang x berani bersuara hanya sekadar menerima apa yang diberi. Anda seorang manusia ada akal fikiran mampu menilai betul dan salah. Yang betul kita sokong yang salah kita TENTANG HABIS-HABISAN!!!

Kepada pemenang tanpa bertanding, jalankanlah tugas anda dengan baik. Banyakkan dekati pelajar-pelajar dan mengambil tahu keperluan mereka. Jangan biarkan hak pelajar diselewengkan oleh pihak-pihak yang berkuasa. Ketahui HAK anda!!

Sila komen di blog ini atau di facebook.

pembuka cerita: "pelajar dibuang asrama"

hmmmm...... cmner nk mula ek??

Cite bermula pada mlm kami baru nk maen takraw kat blok B, lbey kurang 3 - 4 orang da trun bwah tgh siap2 pkai kasut. Tgh kami bersiap2, member ak ni nama dia A (bkn nama sebenar) pekik kat kitorang tanye nk amek bola kat bilik yg mane satu sbb bola takraw ade yg tersangkut kat balcony tuh. So slh sorg dari kami yg kat bawah ni ckp la kat bilik no.3 dari hujung. Taw2 je si A ni lesap.

Belum sempat permainan di mulakan, si B(bkn kawan kami) menggelupor jerit tanye kami "korang ade nmpk org lari x?". Kami x tawu menawu da tentu kami cakap "xde pn!".

Nak di jadikan cite... rupenya member ak si A ni tesalah bukak bilik UNTUK MENGAMBIL BOLA TAKRAW aku ulang UNTUK MENGAMBIL BOLA TAKRAW!!. A bukak bilik B dgn menggunakan *** . Dia menyangkakan bahwa blik tu xde org, tp blik tu rupenya blik B. A menggelabah lalu melarikan diri.

X berapa lama lpas tu, A berjumpa dgn B. A mtk maaf kpd B dan menerangkan yg dia sangka blik tu x berpenghuni, dan niat A adalah utk mengambil bola takraw, buktinya A telah pn berpakaian sukan utk bermain takraw. B x puas hati! dia tduh A menceroboh blik dia lantas menelefon pengetua kolej yg sungguh berwibawa(Mr.N)!! A trun bawah n nain takraw dgn kitaorang.

Tgh kami syok main takraw, Mr.N dtg court takraw ngn koncho2(P.G) dan panggil A. A pegi kat Mr.N. Mr.N tanya A "betul ke kamu yg pecah masuk bilik B??" . A jawap " saya cuma nk amek bola je cik". Mr.N tanye lg"Betul ke kamu yg pecah masukbilik B??". A jawap" ye! tapi sy cuma nk amek bola takraw je cik". Mr.N jawap " owh! kalau mcm tu, saya pecah masuk rumah BAPAK awk mcm mana?". A trus dipanggil ke atas ke biliknya.

persoalan:-
-Adakah patut A didakwa pecah masuk bilik sedangkan dia belum masuk bilik @ sepatutnya A didakwa CUBAAN memecah masuk??!!

- Di manakah sikap profesional yg SEPATUTNYA ditunjukkan oleh Mr.N dengan berkata " owh! kalau mcm tu, saya pecah masuk rumah BAPAK awk mcm mana?".

- tidak kah Mr.N terfikir tentang keadaan penjaga pelajar tersebut sama ada dia masih mempunyai kedua ibu bapa ?

Kami nk ikut kmana Mr.N nk bwk A, tapi Mr.N ckp "xperlu, sy bkn nk pukul kawan kamu pn".
Kami meneruskan permainan tanpa beranggapan bahawa A akan dibuang. Selepas beberapa ketika, kami dpt tau bhawa A telah dibuang kolej dan diberi tempoh sbelum 12.30 tgh hari esok(Jumaat) sedangkan A tinggal di negeri Perak. A mengambil kputusan menelefon abgnya dan keluar pd malam itu jgk.

Nantikan sambunganya....

persoalan:-
- Bukankah pelajar tersebut sepatutnya dibicarakan dahulu?

- Bukankah pelajar tersebut sepatutnya dikenakan hukuman yg lebih ringan sbagai contoh gantung kolej kerana A tidak mencuri, B tidak mengalami kehilangan barang , A x jejak kaki kedalam bilik B, tiada saksi A menceroboh.


- A sepatutnya didakwa atas cubaan menceroboh, bukan menceroboh.

salam perkenalan!!

Assalamualaikum semua!!

Tanggal 190210 maka siaplah blog ni.. Jadi sebagai intro kpd org ramai.. Blog ni adalah berkisar tentang UTMKL..

berikut adalah contoh-contoh post yang akan dikeluarkan:-
-kisah tentang pelajar dibuang asrama
-kisah tentang ketidak-puas-hati-an terhadap:
. pak guard
. pengetua
. M.P.P
. PMI
. bas
. bumbung kat blok A
-kisah tentang accident.

Oleh itu kepada saudara2 yg ade idea or crita.. sila emel kpd xilem89@gmail.com

Thursday, February 18, 2010