Sunday, May 6, 2012

PTPTN Lagi Best! [UPDATED]

Hahaha! dah macam MyVi Lagi Best la pulak kan... huhu!

Okeh semalam aku dah cakap aku akansambung cerita pasai isu PTPTN ni lagi tapi aku rasa post kali ni tak ada lah panjang macam yang dulu-dulu sebab aku pun tak nak cakap banyak. Dah jom mula!

Sebenarnya isu kali ni aku nak menyatakan pandangan dan pendapat aku yang mana sekiranya PTPTN ditarik dan diberi biasiswa maka kualiti pelajar dan keputusan akan menurun lantas menyebabkan ranking universiti itu turut merudum semakin menjunam sehingga terbenam kedalam tanah. haha hiperbola la pulak.

Persoalan pertama yang timbul dari akal aku yang noob ni, adakah selama ini dengan sistem PTPTN dan segala bentuk pinjaman pelajaran yang ada ini membuatkan ranking universiti Malaysia ini semakin naik sehingga tahap yang membanggakan? Adakah selama wujudnya PTPTN ini kualiti pelajar-pelajar yang terhasil dari universiti ini amat membanggakan?? Sampai tahap aku tak boleh digest apa kaitan PTPTN dengan kualiti dan ranking ni.. somebody please help me....

Ya! ada jawapan yang aku dengar mereka membandingkan antara hospital kerajaan dan hospital swasta dah tentu hospital swasta yang memberi perkhidmatan yang terbaik. Dunia pengajian tinggi dan dunia hospitality adalah satu dunia yang berbeza. Hospital kerajaan is a non profit organization where else the private hospital is vice versa.

Persoalan utama, patutkah dunia pengajian ini menjadi satu profitable industry or what so ever???? Should we think that educational stream should be profitable?? (just a thought)

.... eh dah jadi panjang pulak post ni.. nanti aku sambung lagi yer... korang komen la dlu...nanti aku boleh perbetulkan ape yang salah...

[UPDATED]

Bagi aku, kualiti pendidikan di mana-mana negara memang sepatutnya tak dikaitkan dengan bantuan kewangan. Jika anda mendakwa bahawa sekiranya bantuan kewangan secara percuma ini menyebabkan perstasi seseorang itu semakin merudum dan akan lebih mudah lupa diri. Habis kawan aku yang dapat biasiswa dar kerajaan dan sebagainya tu makin gempak pulak aku tengok diorang malah jauh lebih baik dari yang menerima PTPTN.

Kualiti pendidikan adalah lebih tepat jika kita kaitkan dengan aplikasi sistem pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Sistem pengajian di institusi swasta dan institusi awam amatlah ketara perbezaannya malah jika kita banding sistem di Malaysia dan sistem di luar negara juga jauh perbezaannya. Anda juga boleh lihat kenapa aku menggunakan teori ini dengan membandingkan sistem yang digunakan oleh pihak swasta dengan sistem yang digunakan oleh pihak kerajaan terutama dalam urusan perniagaan. Yang mana lebih baik? Adakah disebabkan faktor bayarannya??

kbai!Banyak lagi yang perlu ditekankan kepada sistem pentadbiran dalam urusan pendidikan negara. Tujuan mengkritik adalah bukan untuk menjatuhkan tetapi untuk sama-sama mengimarahkan roses pembaikan. Jika pihak tertentu merasa kritikan itu adalah sesuatu yang membunuh dan menjatuhkan , sememangnya tiada pembaharuan dan kemajuan yang akan dicapai.
sekian

1 comment:

Anonymous said...

dlm islam pendidikan tidak boleh diniagakan..dan menjadi tanggungjawab pemerintah