Tuesday, May 1, 2012

BERSIH ke Kotor?

Good day to all and Assalamualaikum to all readers.

Asyik-asyik cerita pasal bersih je, lagi-lagi cerita bersih naik meluat aku. Sebenarnya aku pun terpanggil jugak nak kongsikan pendapat aku pasal politik ni, tak taw la aku nk cerita pasal bersih atau pasal politik. Kita tunggu je la ape post ni akan jadi nanti ok?? haha!!

Aku tak tahu nak sembang panjang sebab aku pun bukan orang politik, ahli keluarga aku pun bukan orang politik, tapi kawan aku ada yang ahli politik tak perlu tahu la siapa dan dia di pihak yang mana.

Ok jom start!

BERSIH 3.0 sejauh mana kita paham pasal bersih. Tak perlu cerita secara halus pasal apa tuntutan mereka yang penting mengapa mereka adakan perhimpunan ini jugak? Semua orang tahu yang BERSIH 3.0 ni tuntut semua yang baik. Tak ada pun BERSIH ni tuntut nak bukak lebih banyak disko kat KL tu. Ok step pertama aku pasti semua orang setuju yang BERSIH ni tuntut benda baik. Tak ada argument kat situ kan?? Kalau ada pun simpan dulu dalam kepala hotak korang jangan nak melenting tak tentu pasal.

Tuntutan dah baik , niat dah baik, tuntutan yang jelas tapi memilih cara untuk turun ke jalan dan berdemonstrasi/berarak berkumpul di Dataran Merdeka. Kenapa mesti turun ke jalan tapi tak turun ke laut?? Mengapa mesti berdemonstrasi?? Mengapa mesti nak berarak jauh-jauh ramai-ramai ke Dataran Merdeka??Kita kan ada banyak saluran yang halal yang jauh lebih baik, kenapa tak gunakan?? Kalau tak puas hati sekalipun tentang tuntutan tu kenapa tak bawak masuk sembang dalam parlimen je? Kenapa mesti nak turun ke jalan jugak ni????



- Ni jawapan pada pandangan aku yang tak berapa cerdik ni di sisi korang la tapi bagi aku, aku ni genius hahaha! gurau je boh! Ok kenapa diorang turun ke jalan raya ni dan bekeras jugak untuk berdemonstrasi adalah di sebabkan isu dan tuntutan bersih ni dah bertahun di utarakan dan di mainkan di parlimen dan segala macam jenis saluran yang ada. Kalau korang ada saluran paip yang lain lagi sila bagi tahu kat aku yang noob ni. Isu dan tuntutan ni dah berlarutan sejak belasan tahun yang lalu tapi kenapa sekarang baru nak buat demonstrasi ni. Setelah berkali-kali dimainkan dalam parilimen dan segala proses yang halal tu digunakan tapi tak ada satu pun tindakan keras yang di ambil untuk menjalankan apa yag mereka tuntut itu. Bagi pihak pemerintah mereka mungkin sekali beranggapan ini permainan pembangkang semata-mata untuk menumpaskan kerajaan oleh kerana itu mereka mengendahkan.

    Jadi demi membuktikan kepada kerajaan bahawa bukan hanya kehendak pimpinan parti pembangkang,
    mereka mula menunjukkan bukti kepada pemerintah bahawa rakyat marhaen yang menyokong
    pembangkang pun mahukan tuntutan BERSIH itu dilaksanakan. Tapi satu je yang sampai sekarang aku
    tak nampak la, ok let say tak ada gangguan polis. Lepas dah ramai-ramai kumpul kat Dataran Merdeka
    tu, diorang nak buat apa??? Sembang-sembang lepas tu balik? addeehhh... otak aku still tak dapat digest
    la somebody please help me... haha!

[updated]
Ade jugak yang claim ni adalah satu propaganda pembangkang dengan meiklankan bahawa bersih ni adalah gabungan semua NGO-NGO yang mahukan pilihanraya yang bersih dan adil. Bahawa BERSIH ini bebas dari segala pengaruh pembangkang. Ada yang claim ini adalah dakyah pembangkang untuk memperalatkan rakyat marhaen bagi merampas takhta kerajaan yang mana sepatutnya BERSIH ini adalah bebas dari pengaruh parti politik pembangkang mahupun pemerintah.

    Bagi aku, aku tak expect sekiranya ada golongan penyokong dari parti pemerintah yang akan turun sertai
    demonstrasi ni. Dah tak payah nak fikir , memang terang lagi bersuluh BERSIH ini memang anjuran dari
    pembangkang. Do you expect a pro ruler party people to join this activity which is demanding for a free
    and fair election?? Kau expect ke?? Bagi aku dah tentu pro pemerintah ni sudah ditanamkan dalam jiwa
    mereka bahawa (alaaa.. mana ada negara yang tak free dari election, semua negara pilihanraya diorang
    pun kotor kot) wajib menentang BERSIH ni.

Point racist kat Ambiga ni pun jadi masalah jugak. BERSIH ni dikepalai oleh Ambiga yang mana dulu mempunyai rekod menentang Islam. Ambiga ni mempunyai satu niat yang jahat yang mana kalau tuntutan BERSIH ni dijalankan maka kita akan ada free media, bila media dah free dia akan tukar bible dari tulisan english ke Bahasa Melayu lepas tu habis kita semua orang Islam akan menjadi bertambah ramai yang akan murtad. addeehhhh!!


    Aku tak faham la. Kat US tu bible die tulis dalam bahasa ape? Terjemahan Al-Quran tu ditulis dalam
    bahasa ape? Dekat arab lagi la bible ditulis dalam bahasa ape? Ini jadi isu kau ke? Are we that stupid
    sampai tak boleh beza Al-Quran dan Bible?? Whatever the reason yang korang nak benci BERSIH
    adalah disebabkan Ambiga aku rasa ini sesuatu yang tak intelektual. You can hate Ambiga but is it
    necessary to hate BERSIH because of Ambiga dude? BERSIH 1.0 bukan Ambiga yang lead tak ada
    orang persoalkan pun pasal siapa yang lead.
[updated]



Malas nak tulis dah. Korang komen dulu baru aku sambung. Kalau aku cerita panjang lagi kang korang bukan boleh tangkap pun.. hahaha! gurau je boh!

Ingat bang aku cuma bagi pendapat aku je. Jangan korang nak gaduh pulak ngn aku kat sini. Kalau kau rasa pandangna kau betul, komen la elok-elok. Kadang menyampah jugak aku baca komen yang tunjuk bagus ni memang aku tak layan la.

-till next post-

No comments: