Tuesday, May 1, 2012

Penaraju Tua, negara Lembap!

Baik, post kali ni mungkin agak pedas atau agak tak kena dengan pemikiran dan aliran yang korang anuti. Ini hanya sekadar pandangan, anda boleh setuju dan tidak setuju dengan saya. Tetapi anda tidak boleh menghina pandangan dan pendapat saya. Sekiranya saya salah dan ada yang tidak mencukupi sila tegur dan perbetulkan jangan nak melenting macam fans MU yang kalah semalam. hik3!

Gurau je boh!

Berkenaan dengan tajuk post aku kali ni Peneraju tua, negara lembab. Ini hanyalah kepercayaan aku dan apa yang aku fikirkan sahaja. Bagi aku pemimpin atau peneraju sesuatu institusi tidak seharusnya dikepalai oleh orang yang sudah tua. Umur 60 lebih dan anda masih lagi mahu jadi Perdana Menteri? Umur 60 lebih anda masih lagi mahu menjadi ketua pembangkang? Umur 60 lebih anda masih lagi mampu mengepalai angkatan tentera?
??

Anda mungkin mampu, tetapi perkembangan dan kemajuan dalam sesuatu institusi itu akan menjadi lembap. Sebagai satu buah fikiran yang mudah. Do you expect a 60 year old grandfather understand what a 20 year old grand children needs and wants? Same goes to any institutions especially our democracy institutions.

Kau dah tua duduk rumah jaga cucu lagi baik dan enjoy life. Aku paham kamu orang tua ni mempunyai satu darah dan semangat bahawa perjuangan takkan selesai. Bagaimana perjuangan mahu selesai jika tiada darah muda yang disuntik dengan api perjuangan itu?? Adakah hanya kau orang tua sahaja yang layak? Adakah hanya kerana kami orang muda tidak mengerti?? Well jika kami tidak mengerti, salah siapa??? Perlukah 100% kesalahan diletakkan di atas bahu kami sebagai anak muda?? Lupakah kamu dengan gula-gula dan kesenangan berikan demi mengalih perhatian dan pandangan kami??
(Kalau tak paham tak mengapa, maknanya korang kena kaji lebih dalam lagi)

Untuk menjadi sebuah institusi yang hebat, ianya mesti diutamakan orang muda terlebih dahulu. Tetapi tak bermaksud untuk ketepikan kaum tua ni. Kaum tua wajib duduk tepi sebagai penasihat supaya kaum muda ni tidak bertindak mengikut hawa nafsu. Sincerely I am not expecting a 50 year old and above man or woman to be our leader of this country.

Kat Malaysia ni banyak talented youngsters, mengapa kau menolak mereka ini?? Sebagai contoh lelaki sehebat KJ hanya diberikan jawatan sebagai Ketua Pemuda tanpa jawatan dalam Kabinet. The result, tengok la BN sekarang semua orang tua yang tak pandai nak jawap isu. Balik-balik KJ yang pergi jawap. Some goes to the opposition.

-just a thought-

No comments: