Saturday, May 5, 2012

PTPTN je pon....!

Sebenarnye da lamo den tak menulih pasal isu-isu semasa ni, sebab makin hari makin ridiculous bila kita tengok media-media mainstream ni, tak kisah la dari pembangkang ke dari pemerintah. (eh jap ea ade sms la plak). Hari ni aku nak bercerita pasai PTPTN ni pulak. Rasa macam best je isu ni.

Ayuh mula! (hik3!)

Korang jangan melenting pulak, masing-masing ada pandangan dan masing-masing boleh bagi pandangan. Tapi perlu dingat hendaklah saling menghormati pandangan orang lain. Jangan jadi ekstrimis. Setahu aku PTPTN ni dah 15 tahun ditubuhkan sehingga ke hari ini. Tujuan utama PTPTN ni adalah untuk membantu golongan marhaen bagi membiayai kos sara hidup dan kos pengajian mereka sepanjang pengajian. OK sampai sini aku harap semua orang faham ok?



Isu PTPTN ni bukan baru dimainkan oleh pihak pembangkang, sebenarnya aku pernah tengok satu video di parlimen diorang berbahas mengenai PTPTN ni bertahun yang lalu. Cuma isu ni baru popular dalam tahun ni sebab ade budak-budak IPT mereka berdemonstrasi mendesak untuk hapuskan PTPTN. Aku dah cuba cari video parlimen mengenai PTPTN tu dulu tapi masih belum jumpa sebab aku nak kepastian adakah waktu itu mereka menuntut untuk mansuhkan PTPTN atau sekadar untuk menghapuskan bunga.

Jadi jika diteliti semula dahulu PTPTN mengenakan 3% sebagai bunga dan pada hari ini telah berkurang dan juga satu dasar baru sudah dibuat bahawa sekiranya pointer atas 3.5 ianya akan menjadi biasiswa yakni tidak perlu membayar wang sebanyak 1 sen pun. Tahukah anda mengapa keadaan ini berlaku?? Ini semua anda patut berterima kasih kepada desakan pembangkang yang membawa isu PTPTN ini didalam parlimen dahulu. Sebab itu aku cakap ini bukan isu baru. Ini isu lama.

Tapi baru-baru ni pula pembangkang bertambah garang dengan mengeluarkan satu pandangan baru dan pendirian baru bahawa mahukan PTPTN ini dimansuhkan pula. Ya betul pemikiran korang ini semua adalah disebabkan political willing dan kesempatan yang di ambil bagi mengutip undi untuk PRU nanti. Tapi perlu diingat mereka juga mengeluarkan satu pendapat atau buah fikiran bagi merealisasikan tuntutan ini.

Tengok video ini...

Ok video ini menunjukkan betapa komited pembangkang terhadap isu ni.

Tapi bagi pendapat aku sendiri. Sungguhpun PTPTN ini dimansuhkan aku masih tak nampak lagi bagaimana pelajar-pelajar ini mahu menampung kos perbelanjaan sara hidup mereka di IPTA?? Kos rumah sewa lagi??
Berapa ramai pelajar yang mampu sesebuah IPTA sediakan tempat tinggal atau asrama? Jadi dalam video tersebut tidak ada satu cara atau penyelesaian bagi menjawap persoalan aku ni.

Bagi aku persoalan yuran pengajian itu bukan satu permasalahan yang membebankan tetapi permasalahan untuk kos sara hidup dan penginapan itu yang menjadi masalah utama. Jadi dari mana pelajar-pelajar hendak mendapatkan sumber kewangan bagi menampung ini semua sekiranya PTPTN dimansuhkan?? Adakah perlu diberi wang sara diri setiap bulan? Sekiranya begitu berapa banyak pula wang yang harus diberikan secara percuma itu?

Kesimpulannya ialah, kita jangan terburu-buru untuk menyokong atau menentang pemansuhan PTPTN ini kerana semua yang hendak terjadi ini ada kebaikan dan keburukannya. Jadi Keluarkan pendapat anda dan kongsikan bersama tanpa perasaan ekstrimis terhadap sesuatu parti. Parti-parti politik akan terus mempermainkan isu-isu yang berlegar kerana memang itu kerja mereka untuk membina negara. Jangan nafikan pula anda menafikan kerajaan 100% dan juga jangan anda menafikan pembangkan 100% kerana mereka ini yang bekerja untuk sistem demokrasi kita.

Ada lagi satu isu pasal PTPTN ni, iaitu berkenaan Kualiti pendidikan berkait rapat dengan PTPTN. Nanti aku ulas sikit. :D

2 comments:

Anonymous said...

duit PTPTN tu jd biasiswa la... semua student dpt duit biasiswa.. dpt duit..pastu xyah bayar balik.. itu yg cuba dilakukan.. tu yg pembangkang mention tu.. kali kes 600 juta boleh bill out... xkn kat srudent xleh kot.. inilah harapan mahasiswa

kaminakueh said...

well aku agree..
tapi berapa lama dan sampai bila tu aku lebih nak tengok kepada financial plan yang akan mana-mana parti yang nak fight isu ni. Sebab tak kan nak guna duit petronas aje.

Betul jgk kalo duit tu tak disalah gunakan untuk bail out sykt2 besar ni aku rasa kita tak ada masalah.