Sunday, June 24, 2012

Hari-Hari Masalah Duit

Salam buat semua, hari ni aku sebenarnya nak kongsi la dengan apa yang aku alami beberapa hari yang lepas dengan duduk seminggu kat Bangi ni tanpa buat apa-apa, dan memang aku melayan internet je kerja aku. Cuma apa yang aku buat memang mengimbau nostalgia lama masa aku masa sem satu tahun pertama aku dekat UTMKL(2007).



Masa tu bebudak dekat UTM sekitar bilik aku semua menggila pasal nak berniaga MLM ni sebab nak buat duit, termasuk la dengan aku terpengaruh sekali bila ada seorang member aku closing pasal MLM ni. Masa tu aku nak buat sangat sebab nak cari duit untuk survive duit makan dekat UTMKL tu tapi modal nak mula dia suruh bayar RM2000. Untuk seorang budak berumur 18 tahun pada masa itu memang besar gila nilainya (sekarang pun sama tapi dengan perspektif yang berbeza huhu), Jadi aku pun menolak tawaran tu dengan hati yang terbuka dan berazam nanti aku ada duit aku join.

Nak dijadikan cerita, cuti semester satu tu bapak aku kenalkan aku dengna seorang mamat yang bernama Irfan Khairi yang mana pada ketika itu dia merupakan seorang jutawan internet yang muda dalam lingkungan +- 25 tahun masa tu, dia dah ada dalam akaun RM1juta hasil daripada perniagaan online. Pendek kan lagi cerita, aku pun cuba membeli ebook(electronic book) dia yang ni rahsiainternet.com dan mula menjalankan perniagaan internet ni.

Pada usia 18 nak masuk 19 waktu tu, aku dah mula berniaga internet dan ada satu produk yang mana aku hasilkan sendiri iaitu aku menulis ebook berkenaan bagaimana nak main gitar secara profesional. Tapi apa yang aku jangka kan untuk dapat pendapatan bulanan hasil daripada jualan ebook tu memang tidak seindah apa yang di ceritakan. Berbulan aku siapkan website dan ebook tapi aku hanya berjaya membuat jualan 3 unit sahaja.

Perasaan mula-mula masa ada pembelian tu memang seronok sangat tapi bila dihitung dengan kos yang aku keluarkan memang tak berbaloi sebab tak break even pun kos dengan pendapatan. Last-last aku akhirnya terjebak dengan MLM tu juga dan pada masa yang sama perniagaan internet aku masih ada tapi aku biarkan je x update dan buat tak tau.

Nak tau kisah masa aku berniaga MLM nantikan post yang akan datang huhuhu!

Pokoknya, aku tak merasa menyesal dan rugi pun aku beli ebook Irfan Khairi tu sebab ilmu tu aku masih pegang lagi sampai sekarang dan tak tahu bila masa aku akan gunakannya. Sekarang 4 tahun selepas peristiwa tu, aku saja riki-riki balik dunia online ni memang jauh berbeza dan semakin bertambah maju pulak.     Antaranya benda baru yang aku jumpa ialah ni ha buat duit dengan blog. Buat duit dengan  menulis ebook . Buat duit dengan berniaga ebay1 ebay2  ebay 3. Dan banyak lagi sebenarnya untuk aku senaraikan. Korang boleh tengok satu-satu dengan klik dekat tulisan yang warna biru tu nanti dia akan direct pergi ke website tu.

Persoalannya, kenapa diorang boleh buat duit kaw kaw dan kenapa aku ni x dapat-dapat lagi ikut jadi macam diorang dan mungkin korang jugak??

Any idea?

p/s:jangan lupa lepas baca wajib komen, sebab aku nak kaitkan komen korang dengan post akan datang. 


No comments: