Saturday, November 5, 2011

Seksualiti Merdeka Terbaik!!

Pening aku tengok Ambikkau(Ambiga) ni nak buat Seksualiti Merdeka lah pulak... Hari tu BERSIH 2.0 dan sekarang...

Aku tak pandai nak mengulas isu-isu macam ni
(sebenarnye aku malas...) tapi aku rasa terpanggil jugak nak menulis isu ni. Bukan Ambikkau yang panggil ye...

OK korang boleh baca ulasan demi ulasan dekat belog-belog yang ada di sekitar kawasan yang sewaktu dengannya. Ramai dah belogers-belogers yang dah ekseplaination kat korang pasal program ni.
Aku just nak talk pasal bola piala Malaysia dengan Piala AFF Suzuki hari tu je sebenarnya...tak pun cerita pasal K-Pok.

KAH! KAH! KAH!!!

hikhikhik! Gurau aje...

Ok jom kita diskusi sikit pasal
SM(Seksualiti Merdeka) ni..


Bagi aku la kan.. Bila kita lihat kepada tajuk SM itu sendiri sebenarnya sedikit sebanyak memberikan gambaran yang jelas kelihatan mencemarkan keadaan sosial di negara kita.

Raya haji Ahad ni dekat kampung masing-masing, cuba korang sebut SM dekat orang-orang kampung terutama kepada warga emas. Just pergi dekat diorang dan tanya macam ni "Pakcik/makcik! . Pernah dengan SM tak??". Korang rasa apa diorang akan balas??
(korang fikir sendiri lah, aku dah tak larat nak ubat dialog lawak lagi)

Cuba kita bayangkan dah 50 tahun plus-plus
(ni mesti kes tak ingat ni) kita merdeka, kenapa program seperti ini mesti dikaitkan dengan nama mulia MERDEKA itu??? Adakah kita ni sebuah negara yang menggalakkan perhubungan sex bebas, sex sejenis dan lain-lain??

Apakah seksualiti pun perlu merdeka?

Mengikut perlembagaan, Agama Islam merupakan agama rasmi Malaysia dan kita semua tahu majoriti penduduk di negeri ini adalah Melayu. Mengapa pertubuhan mahupun program seperti ni berani mengorak langkah untuk menjalankan kegiatan yang melanggar sensiviti perlembagaan dan kaum ni.

Apakah pihak tersebut tidak mengambil kira faktor sensitiviti perlembagaan dan kaum?

Apabila memperkatakan seksualiti merdeka, apa yang akan terlintas di dalam benak akal fikiran itu tak akan lari daripada:-
  • Seks bebas
  • Homoseksual (Seks sejenis) bebas
Kedua-dua point di atas jelas menunjukkan kita bahawa SM ini dengan pelbagai cara atau alasan sekalipun akan membawa kita ke arah perkara tersebut.

Perlukah kita mempertahankan SM ini?

Aku tak nak mengulas panjang lagi sebab aku pun tak faham dan tak habis baca mengenai SM ni di laman sesawang diorang. Reason yang paling kukuh sekali aku tak habis baca adalah disebabkan aku termuntah bila habis baca pendahuluan yang ditulis dalam Bahasa Inggeris
a.k.a MUET aku teruk a.k.a aku tak paham bahasa Inggeris... KAH KAH KAH!!!

"Merdeka is Malaysia's Independence Day, so Seksualiti Merdeka means "Sexuality Independence". We use this term to highlight the fact that even all these years after our independence, not all Malaysians are free to be who they are"

Amacam coki-coki?

No comments: