Friday, November 4, 2011

Sesat Jalan Tak Tanya


Haiiiyyooo!! Pekara ni baru je aku bincangkan dengan sepupu aku semalam masa makan kat Nandos, dan tadi terjadi dekat aku masa aku tengah beli burger ayam special dekat stall belakang sana.

Semalam duk tengah syok sembang pasai camera dslr dan fungsi-fungsinya tiba-tiba terselit pulak cerita sesat jalan dekat Lembah Klang ni. Jangan tipu la korang tak pernah sesat kat Kolumpoq dengan Selangor ni....

Ungkapan yang biasa didengar "Hmh! Kolumpoq tu tempat aku main guli dulu masa Jepun tawan Malaysia dulu, hampa semua toksah risau la pasai aku. Taw lah aku nak hidup macam mana kat Kolumpoq tu."(loghat utara).

Then hari ketiga sampai Kolumpoq dah kena pergi kerja sendiri selepas hari pertama dan hari kedua ada orang lead jalan pergi dan balik...

(T_T!)... "Alamak aku dah kat mana ni?? Tadi masa pi kerja lalu kot lain. Putrajaya ke Puchong ja pun, sepatutnya aku dah kat rumah tengah layan belog utmklunderground ni. Ni awat signboard ke Tanjung Malim ni?? "

Haaa.. nampak tak apa dah jadi?? Dia punya sembang... KAH! KAH! KAH!

Tu baru satu kes yang aku nak story kat korang semua. Banyak lagi kes yang sebegini, berlaku diluar sana. Contohnya ada kes dah 6 bulan pergi kerja balik kerja ikut jalan yang sama pada siang hari dan tak pernah balik malam. Sekali bila balik malam je terus sesat.

Apa komen korang untuk bendung masalah macam ni??

Jadi bak kata Johan :-

  • "Asal!!! tak tengok google map dulu sebelum begerak"
  • "ASAL!! tak tanya orang kalau dah sesat tu!"
  • "Asal!! dari kampung!"

:)

No comments: