Friday, November 4, 2011

What Happen to Me for the Past Few Month??

Banyak yang dah berlaku sebenarnya pada aku beberapa bulan kebelakangan ni. Memang ada jatuh, bangun, tersungkur,tersumbat,tercekik dan terduduk. Dimulakan dengan awal tahun Rizal(result) sem extend aku ade satu subjek failed yang membuatkan aku kena repeat paper selama satu sem ALONE in the dark.

Then bila habis belajor dengan (warna terbang) punya result ,aku dapat kerja seminggu lepas aku habis final exam. Kerja sebagai Sales Application Engineer till present.

Dengan paksaan pergi konvo oleh mak dan ayah aku.. ops! aku cite sampai sini saje dulu tunggu entry lepas ni ok?? memang pecah perut kot.... KAH KAH KAH KAH!! aku gelak dulu sebelum bagi korang gelak... KAH KAH KAH!!

Tapi dalam banyak-banyak week yang aku dah go through aku nak highlight-kan past two week. Ceritanya bermula begini....

Well.. member-member aku yang extend dan yang bekerja semua dapat tawaran belajar dan ada juga yang dah masuk belajar. Jadi timbul satu persoalan dalam kepala hotak aku yang genius ni kenapa mereka memilih jalan untuk belajar??

Aku pun memulakan langkah dengan hanya mengisi permohonan online(secara senyap-senyap) untuk kemasukan bulan Januari 2012 tanpa sebarang perasaan untuk meneruskan pengajian secara sepenuh masa ni. Masa tu aku baru dinaikkan gaji kepada RM1800 basic, tak campur allowance RM400 lagi tu, duit outstation lagi, dan komisyen. Sonang cerito Pak Cik Kayo lah! (Bagi seorang pemegang Diploma)

Then bila dapat keputusan, aku diterima masuk untuk ke IPT tersebut dengan kursus yang aku nak.

Kat sini CornFlakes(konflik/conflict) dalam diri aku bermula.....



Teruskan membaca....lah...

Aku terpaksa membuat keputusan untuk memilih pengajian secara sepenuh masa atau separuh masa. Berikut adalah pertimbangan aku:-

  • Pengalaman bekerja yang akan diperoleh sekiranya belajar sepenuh masa/separuh masa.
  • Kedudukan pendapatan aku selepas 3 tahun bekerja berbanding dengan 3 tahun belajar
  • Kemampuan dan sika diri aku yang membolehkan aku melakukan dua perkara dalam satu masa(dibuktikan aku tak boleh buat dua kerja dalam satu masa oleh bapak aku)
  • Kawen awal.
  • Superbike bila nak pakai
  • Bila nak kumpul duit nak kahwin,nak beli rumah,nak beli kereta.
  • Keadaan kewangan aku semasa pengajian sepenuh masa/separuh masa
  • Faktor umor aku yang masih mentah dan bergetah lagi ni (padahal dah 22(2011)) nak sambung degree makan masa 3 tahun lagi. Fuuuhhhh!
Nampak tak cornflakes yang sedang aku alami ni?
Fikir punya fikir dan berbincang dengan ramai orang, jadi aku memutuskan untuk menyambung pengajian aku secara penuh di IPT tersebut.

Jadi korang mesti nak taw kenapa aku pilih nak ambik full time study?

Haa meh tengok sebab pakcik:-

  • Aku mengharapkan lepas habis belajar aku akan dapat gaji sama macam shafiq fhadly yakni 5 angka y'all. KAH KAH KAH!!! kepada diri aku...
  • Aku mengharapkan aku nak tebus balik kekalahan aku masa diploma tempoh hari dengan mendapat 4.0 pointer setiap sem. aku nak masuk surat khabar. KAH KAH KAH!!! kepada diri aku...
  • Ini adalah peluang terkhir aku untuk nikmati kehidupan sebagai seorang pelajar sepenuh masa. Dimana life tak ada tekanan dan tanggungan.
  • Kos yang aku dapat ni memang aku tahu lepas ni aku nak buat apa dan kemana aku nak pergi.
  • Jeng! Jeng! Jeng! -yang ni xboleh bagitaw kerana melibatkan harta-harta aku diluar negeri- KAH KAH KAH!!!
Jadi tu adalah sebab-sebab pakcik memilih jalan full time study. Kerana bila difikir balik, aku teringat orang selalu cakap "paan, duit boleh dicari.. tapi ilmu... ... . .... ." huh?? pandai-pandai la korang fikir, tak kan la semua benda aku nak sebut.. Hahaha!

Jadi kenapa aku gelak berdekah-dekah setiap kali aku sebut sebab-sebab tu ? Walaupun orang kata aku ni bajet 2012! Tak berpijak dibumi yang nyata!

Sebabnya itu adalah mimpi aku, yang aku tukarkan menjadi impian. Lepas impian kita tukar jadi ?? ha lu tak payah fikir lah..! hahaha!

Next entry aku akan cerita pasal hari-hari menjelang konvo.. memang berdekah!! KAH KAH KAH!!

Kbye!

No comments: