Thursday, March 18, 2010

Kedai Bawah Tangga Blok B

Terlebih dahulu beribu-ribu kemaafan dipohon kepada pembaca-pembaca sebab dah lama aku x update blog keramat yang menjadi banyak kontroversi ni.

Aku tak update blog ni adalah disebabkan kesibukkan yang tak dapat dielakkan, biaselah,, student..

So, berbalik kepada topik kita tadi pasal ade kedai baru kat bawah blok B. Dari perspektif persendirian aku mula2 tu aku memang la rase seronok dapat pelbagaikan makanan dan minuman kat UTM kita ni. Tapi apabila kepala hotak aku yg pesimis ni mula menganalisa kehadiran kedai tu lalu timbul lah beberapa persoalan.

pertama skali ape yang aku nampak pasal penjaga kiosk tersebut terdiri dari kakitangan blok B sendiri yang mana aku confirm ramai student yang tak puas hati dengan dia. Tak ape la pasal tu, aku berfikiran +ve, yela rezeki orang buat apa kita nak kacau. Tapi berdasarkan pemerhatian aku melihat individu tersebut, dia ni macam tak mesra pelajar, asyik nak buat muka kerek je seolah-olah macam dia ni bagus sangat. Jadi ape yg aku risaukan nanti, acam mana layanan dia kat pembeli2 yg datang kat kiost tu nanti. Aku pun xnk komen banyak2 pasal ni, nanti kena serang plak ekekekeke....

Ok yang keduanya hasil dari analisa aku, aku terpikir sebenarnya kiosk ni di bina menggunakan wang peruntukan dari mana? adakah dari kolej kediaman? dari bendahari UTM sendiri? dari penajaan? x pun dari duit staff sendiri?

Tujuan utama pembinaan kios ni dah tentu la utk student2, tapi aku teranalisis kemana keuntungan hasil dari kiosk ini akan dibawa? adakah sebagai dana untuk student supaya akan mendapat pelbagai kemudahan yang lebih baik? or duit tu akan diberikan kepada pengusaha kiosk tersebut.

So kat sini moral of the story nya.. aku just terfikir kalau kiosk ni guna duit UTM sepatutnya keuntungan tu diberi kepada student balik dgn cara tambah kemudahan or g repair water cooler ker...

kalau guna duit staff sendiri, xpa la kalau ang pa nak wat ape pun.. jadi siapa nk g siasat or siapa ada penjelasan pasal isu ni??

sebenarnya x masuk akal pun citer ni.. tapi just nk melatih minda korang supaa berfikir je.. hehehe...

Wednesday, March 3, 2010

MPG Tak Dapat Sambutan

Ape yg aku perhatikan semenjak pembukaan booth untuk penyertaan Malam Pra Graduan 2010 sangat tidak mendapat sambutan. Tak tahulah sebabnya mengapa kerana ade orang yang komplain yuran pendaftaran mahal iaitu RM50. Walaupun bayar RM 50 tu dapat macam2 contohnye baju, sticker kereta dan banyak lagi.

Tak kurang jugak ade budak taun 3 yang mengutuk kenapa x buat kat dewan UTM jimat kos sket, sbb mase ni la nk gunakan dewan sebagai tempat menamatkan zaman diploma ni. Memang payah la nk tukar semua ni biler mase tingggal lagi sminggu lebih ni.

Aku pun x tawu knape bebudak ni x ramai yg nk pegi. Adakah diorang da pakat ramai2 nk boikot UTM ni sebab selama 3 taun duk kat sini diorang x dapat kenangan untuk UTM. Ape yang diorang ade hanyalah kenangan dgn kawan2 tapi UTM x mampu nak bagi kenangan yang manis. Aku rase mungkin ade sumthing wrong sebab kalau xda angin masakan pokok begoyang. huhuhuhu...

Ade lagi satu rintihan yang cakap bahawa kenapa budak2 taun 3 ni kena bayar, sedangkan kalau kat UITM budak2 tahun akhir ni free. Jadi kalau mereka boley buat kenapa kita x boleh? Bajet x cukup ker? ke liat nk kuar bajet?

Ade komen??

Sunday, February 28, 2010

Sambungan Kisah Pelajar Dibuang Asrama

assalamualaikum....

saya adalah rumate kepda slah sorang pelajar utm yang kena buang...namanya xperlulah diceritakan. ape yang saya ingin kongsi
disini ialah cara pentadbir utm yang agak tidak memenuhi tata cara seorang yang bergelar pegawai utm atau universiti
teknologi malaysia. ic.. entahla boleh digelar ke tak ic nye..; ic maksudnye international campus(pergh meluat rase)

kisahnya bermula sekitar pukul 11 mlam... sya sedang membuat ulangkaji pendidikan bahasa arab di dalam bilik...
tiba2 saya terkejut dengan ketukan yang aggak kuat pada pintu bilik.. sya terus membuka pintu bilik.. selepas pintu bilik di buka masuk
la rumate saya. dengan keadaan temengah mengah sedang meyimpan baju dan peralatannya didalam bilik.
beliau diiringi oleh 3 orang lelaki, 2 berpakaian serangam seolah-olah pegawai polis dengan muka masam mencuka dan seorang yang agak baik rupenya
dengan berpakaian biasa. terselit disitu juga seorang perempuan sibuk untu memasuki bilik saya

saya agak terkejut kerana pada waktu itu say agak 'seksi' iaitu ber'boxer'. setelah menyedari kaum yang berlawanan jantina saya terus menutup
sebahagian tubuh sya dengan kain...

bersambung selepas ini.... ngah igat balik

Penulis: Artikel ni di sumbang oleh roomate pelajar yang di buang

Merokok Kat UTM!!


Katakan Tak Nak Pada Rokok!!

hehehehehehe!

Aku bukan pe, just timbul rase bengang ,tensen, dan mcm2 lagi la bila benda ni jadi kat aku sendiri dan jgk bebudak UTM yg laen.

Kesnya terjadik depan mata aku sendiri yg mana aku ternampak staf kolej UTMKL ni merokok, baik kat kampus ngan kolej ke-2. Yang bestnya diorang ni isap rokok dgn rase bangga tapa berselindung or rase takot. Aku sure korang sume pun pernah nampak betul x??? Setawu aku bukan skali aku nmpak tapi da berkali-kali da.

Knape staf boleh isap rokok sedangkan student2 xbley? Aku rase undang2 yang ade cukup jelas skali bahawa kat UTMKL ni dilarang merokok. Jadi bila student isap rokok je x boleh dan dikenakan saman silap2 boley kene buang kolej. Undang2 jelas menyatakan bahawa dilarang merokok, xde pun undang2 tertulis DILARANG MEROKOK KEPADA PELAJAR. Benda ni sepatutnya sama macam kat hospital,masjid,pejabat dan lain2 yang mana undang2 dilarang merokok adalah terhadap kawasan bukannya golongan manusia.

Cuba korang pikir kat hospital boley x merokok? jawapan yang pasti ialah TIDAK! x kire la ko ni doktor ke, kerani ker, patient ker, pelawat ker , setiap individu x dibenarkan merokok. Tapi kat UTM, staf boleh n student x boleh. Undang2 mana depa pakai ni??

Perkara ni jelas menunjukkan pelaksanaan undang tu still x betoi lagi. Jangan la asyik tgk kesalahan student. Staf mcm mane? Law is Law!! tetap kene patuh. Kalau macam tu, aku rase lepas ni baik perokok2 sekalian merokok je kat UTM ni xde hal punye.

Sedey la jgk tengok UTM mcm ni. Benda paling asas iaitu undang2 pn xbole nk dilaksanakan dgn penuh integriti.

Hanya sebagai renungan, jadi renung2kanlah!!

Friday, February 26, 2010

Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W

Asalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan.

Salam Maulidur Rasul buat teman2 seperjuangan.

Alhamdulillah segala pujian kehadrat pencipta kita Allah S.W.T yg memberi nikmat pada sekalian alam. Bersyukur kepada Allah kerana kita diutuskan seorang insan yang menjadi contoh ikutan sepanjang zaman iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Selawat ke atas baginda.

Di kesempatan ini ana selaku penulis ingin mengajak rakan-rakan semua, marilah kita lihat dan kaji semula ketinggian keperibadian junjungan besar kita. Ketinggian peribadi baginda di akui oleh semua umat manusia di bumi pada hari ini, baik dari golongan yang beragama hindu,budha,kristian, dan lain-lain. Hal ini sungguh jelas menggambarkan bahawa Islam adalah agama yang benar dan sungguh mulia.

Maulidur Rasul mengajak kita mengenang kembali sirah Rasulullah S.A.W sebagai panduan dalam hidup kita. Setiap detik yang dilalui oleh baginda wajar dijadikan ikutan kita sepanjang zaman. Oleh itu marilah kita termasuk diri ana kita nilai sejauh manakah diri kita telah menyimpang dari ajaran baginda. Sejauh manakah kita telah meletakkan baginda di dalam hati kita.

Sekian Assalamualaikum.

Wire Less kat UTM lembab??


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perkara utama dlm artikel kali ini adalah persoalan yg timbul pada setiap individu yg tinggal kat kolej ke-2 UTMKL. Kenapa wireless kita x laju?

Pada malam yg aku g jumpe ngn wakil pelajar tu aku ade jgk tanye kat diorang kenapa wireless kita x laju?? MPP x fight perkara ni ke?

Keterangan dari MPP:(

Untuk pengetahuan sedare2 sume, sebenarnya MPP da pun fightkan perkara ni dan telah pun berjaya menaikkan taraf wireless kat UTM kita dari yg sebelumnya kepada yg lebih baik. Tapi kenapa still lembab macam siput khinzir??

So bagi mendapatkan kepastian diorang g tanye kat CICT dan CICT cakap sebenarnya speed da cukup laju, tapi apa yg melembabkan speed tu adalah disebabkan pelajar2 sendiri yg kerap muat turun macam2 bahan. So bila da ramai2 muat turun jadi la masalah ni. Sekiranya di naik taraf sekali pun masalah ni akan sentiasa terjadi. Semakin laju internet semakin banyak dan besar file yg di muat turun.)

Sebagai cadangan, aku mendapatkan pandangan dan keterangan dari sahabat2 aku dari IPTA lain. Sebagai contoh di Universiti Malaysia Pahang mereka x dibenarkan muat turun file dari internet tapi mereka menggunakan file sharing secara wireless. Jadi perkara ni mungkin boleh di ambil oleh pihak UTM sebagai contoh untuk meningkatkan lagi kualiti internet di UTM.

Apa yg baik kita ambil dari orang dan apa yg x baik kita buang jauh2.. Apa salahnya kita tiru mereka sebagai keselesaan di UTM.

Apa komen anda??