Tuesday, June 26, 2012

Malas Membaca Ini Makan Dia

Dah berbuih aku berleter pasal duit kat korang dalam dua post yang sebelumnya, dan akhirnya aku nak kongsikan sikit la mengenai apa yang boleh kita ambil pelajaran dari kisah-kisah tersebut.

Pertama
Ilmu tentang kewangan adalah sangat penting kerana ianya adalah asas kepada kebijaksanaan seseorang dalam mengurus kewangan dia.




Kedua
Ideologi lama bahawa belajar rajin-rajin dan dapat keputusan yang cemerlang bukanlah menjadi nadi kepada pnyelesaian masalah kewangan seseorang individu itu sendiri. Sekiranya korang tidak bersetuju dengan falsafah ini , terpulang kepada korang.

Aku sendiri banyak memerhatikan orang-orang di sekeliling aku dari pelbagai aspek. Ada seorang member aku ni dia mempunyai pendapatan yang agak tinggi di sebuah syarikat besar. Yang baiknya ialah dia sudah tidak mengikut pengajaran yang kedua di atas yakni tidak mahu kerja makan gaji buat selamanya. Dengan wang yang ada di tangan, dia mula mengorak langkah mencuba pelbagai jenis medium untuk membuat duit.

Dia mencuba melabur dalam saham, melabur dalam emas, dan ingin menceburi bidang perniagaan. Tapi satu pun dari percubaan dia itu tidak berjaya. Bermula dengan saham , beribu wang dia habis lenyap dilaburkan begitu sahaja. Emas pula tidak menjadi kerana ditipu oleh syarikat lanun ni. Sekarang nak berniaga secara fizikal pulak. Kemudian setiap kali dia gagal, pelbagai alasan dan rungutan yang di sajikan kepada aku.

Jadi kenapa dia gagal setiap kali dia mencuba sesuatu medium untuk membuat duit??

Senang je jawapannya, tengok balik pada pengajaran kita yang pertama di atas. Sememangnya dia tak cukup ilmu pasal apa yang dia lakukan. Dia hanya membuat sedikt sahaja telaah terhadap apa yang ingin dia buat. Hasilnya memang kegagalan yang datang kat engkau. Nasib baik dia tak hilang kerja dia.

Jadi perlu ke kita jadi macam kes yang aku cerita tadi? Jawapannya pun mudah. Buat apa kita nak susah-susah ikut jalan dia. Kita cari lah ilmu kita sendiri. Kat sini ada lagi satu kisah seorang mamat yang macam kes tadi jugak, tapi dia ni berjaya dengan gempak. klik sini sini lagi sini  pun boleh .

bagi aku memang aku suka baca buku pasal financial ni, jadi apa yang dia nak sampaikan tu bagi aku memang berbaloi lah dan kena pada tempatnya. Nama dia Ammar Zahar.

Kesimpulannya, jangan malas membaca. haha!

No comments: