Monday, June 25, 2012

Perlumbaan Tikus (Rat Race)

Hari ni ramai di kalangan kita berlumba-lumba untuk kejar pekerjaan yang berpendapatan tinggi dengan belajar bersungguh-sungguh dengan harapan tamat daripada pengajian mereka akan memperolehinya. Begitu juga bagi mereka yang sedang bekerja, bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk naik pangkat dan mendapat pendapatan yang tinggi.




Ungkapan-ungkapan seperti "aku nk belajar rajin-rajin nanti kerja dapat gaji tinggi boleh hidup senang", "aku nak kerja sungguh-sungguh nanti dapat naik pangkat dan bergaji tinggi nt boleh hidup senang", "nanti umur 40tahun aku berhenti kerja aku nak bukak perniagaan sendiri mesti boleh jadi kaya dan hidup senang punya". Bagi ungkapan-ungkapan dan ideologi sperti ini tak boleh dipakai(no offense) . Realiti hidup mereka yang bermentaliti seperti ini adalah sebenarnya membesarkan lagi jurang diantara si kaya dan miskin.

Yang kaya akan makin kaya dan yang miskin akan terus miskin. golongan berpendapatan sederhana akan mulai lenyap sedikit demi sedikit dimakan waktu. Aku sendiri pun sekarang ni tengah dibelenggu masalah kewangan sama seperti orang lain juga, tapi perbezaan aku adalah aku tidak mempunyai mentaliti seperti ungkapan-ungkapan diatas.

Kenapa mentaliti macam ni dah tak boleh pakai lagi dah adalah disebabkan oleh apa yang golongan kaya ni namakan iaitu "RAT RACE". Korang pernah tengok kan yang hamster lari dalam gelung tu. Laju macam mana pun dia lari tetap berada di tempat yang sama dan kondisi yang sama. Aku bagi contoh dalam situasi sebenar yang macam ni:-

Zack merupakan seorang graduan yang mempunyai CGPA 4.0 lepasan universiti luar negara mendapat pekerjaan yang berpendapatan RM5000 sebulan. Dia membeli rumah yang berharga RM500,000, beli sebuah kereta Honda Civic type R ,  perkakasan rumah, melancong, dan perbelanjaan lain. Tiba masa dia hendak berkahwin tetapi duit tidak mencukupi dia pun membuat pinjaman peribadi bernilai RM50000 bagi menampung perkahwinannya. Dia berazam untuk membayar pinjaman tersebut dengan bertukar ke tempat kerja baru dengan kenaikan pangkat dan gaji sebanyak RM7000.

Kini dia sudah mula menimang anak dan sekali lagi perbelanjaan bulanannya meningkat, isterinya memerlukan kereta baru untuk ke pejabat, dan dia baru sahaja berpindah ke rumah baru yang dibeli bersama isterinya , dia sudah mempunyai 2 buah rumah . SEKALI lagi dia berazam untuk kerja lebih keras dan untuk dinaikkan pangkat...

Nampak tak macam mana Rat race ni?? lagi besar gaji, lagi besar pendapatan. Itu aku x tolak lagi segala macam jenis cukai, kenaikan harga barang, kenaikan harga minyak, kereta rosak, duit bagi mak ayah lagi, hutang kad kredit, saman trafik, servis kereta, renovation rumah, adik beradik nak pakai duit, ha anak dia belum sekolah lagi tu... kalau dah sekolah macam mana? ???

Sebab tu prinsip aku bukan duit yang menyelesaikan masalah kewangan tapi financial literacy. Fahamkan apa itu pendapatan, perbelanjaan, liabiliti, dan aset. Ilmu tentang duit itu penting, sebab benda ni tak diajar di sekolah mahupun universiti. Ini, orang kita bila berbicara tentang duit je, "ah tak payah la sembang duit dengan aku, ko tu bukan kaya sangat pun... aku tahu la apa yang aku buat. Susah-susah aku duit KWSP aku ada bila aku pencen nanti."

hurmmm..... ego..

No comments: