Sunday, May 15, 2011

Lame bebenor kawan x menulis

Assalamualaikum..

Agak lame jugakla aku x menulis ingatkan aku nak quit terus dari bidang penulisan ni, tapi memandangkan ni sahajalah tempat untuk aku memerah otak dan kreativiti aku. Aku pun menangguhkan hasrat aku untuk tutup belog ni.

Ada la dekat 3, 4 bulan aku x update blog ni. Memang macam-macam yang berlaku sepemergian aku dari arena penulisan blog ni. Dengan fenomena Kak Limahnya, Osama Laden mati, Tsunami kat Nippon lagi, Royal Wedding lagi, dan macam-macam lagi yang berlaku.

Dunia berubah dan aku pun turut berubah dalam jangka masa yang agak singkat ini. Nak ku story udah tidak ada keinginan untuk menulis lagi. Tunggulah di suatu masa nanti akan ku pulang dengan kejayaan untuk dikongsikan bersama dengan teman-teman.

Wassalam...~~~

Friday, February 4, 2011

Anjing-anjing menunggu peluang di Egypt

Sebenarnye apa yang aku nak tulis ni lahir dari pemerhatian aku yang singkat dan peneletian aku terhadap perkara ini yang cetek. Tapi apa-apa hal pun sebelum aku meneruskan lagi penulisan aku dan korang meneruskan pembacaan korang mestilah amek tahu dulu kes yang berlaku di Middle East sana. klik kat sini.

Saturday, January 22, 2011

The rise of the fallen.. (part 3)

Selesai solat Zohor di Masjid yang berdekatan aku duduk bersandar pada dinding sambil meneruskan aktiviti biasa iaitu merenung ke suatu titik fokus dengan lama. Dalam erti kata lainnya ialah termenung. Fikiranku yang kusut pada awal pagi tadi sudah berganti menjadi kosong macam tin milo yang dah habis serbuknya. Pemandangan dari Masjid ini sungguh indah kerana dapat melihat keadaan kota Kuala Lumpur yang begitu pesat membangun.