Sunday, February 28, 2010

Sambungan Kisah Pelajar Dibuang Asrama

assalamualaikum....

saya adalah rumate kepda slah sorang pelajar utm yang kena buang...namanya xperlulah diceritakan. ape yang saya ingin kongsi
disini ialah cara pentadbir utm yang agak tidak memenuhi tata cara seorang yang bergelar pegawai utm atau universiti
teknologi malaysia. ic.. entahla boleh digelar ke tak ic nye..; ic maksudnye international campus(pergh meluat rase)

kisahnya bermula sekitar pukul 11 mlam... sya sedang membuat ulangkaji pendidikan bahasa arab di dalam bilik...
tiba2 saya terkejut dengan ketukan yang aggak kuat pada pintu bilik.. sya terus membuka pintu bilik.. selepas pintu bilik di buka masuk
la rumate saya. dengan keadaan temengah mengah sedang meyimpan baju dan peralatannya didalam bilik.
beliau diiringi oleh 3 orang lelaki, 2 berpakaian serangam seolah-olah pegawai polis dengan muka masam mencuka dan seorang yang agak baik rupenya
dengan berpakaian biasa. terselit disitu juga seorang perempuan sibuk untu memasuki bilik saya

saya agak terkejut kerana pada waktu itu say agak 'seksi' iaitu ber'boxer'. setelah menyedari kaum yang berlawanan jantina saya terus menutup
sebahagian tubuh sya dengan kain...

bersambung selepas ini.... ngah igat balik

Penulis: Artikel ni di sumbang oleh roomate pelajar yang di buang

Merokok Kat UTM!!


Katakan Tak Nak Pada Rokok!!

hehehehehehe!

Aku bukan pe, just timbul rase bengang ,tensen, dan mcm2 lagi la bila benda ni jadi kat aku sendiri dan jgk bebudak UTM yg laen.

Kesnya terjadik depan mata aku sendiri yg mana aku ternampak staf kolej UTMKL ni merokok, baik kat kampus ngan kolej ke-2. Yang bestnya diorang ni isap rokok dgn rase bangga tapa berselindung or rase takot. Aku sure korang sume pun pernah nampak betul x??? Setawu aku bukan skali aku nmpak tapi da berkali-kali da.

Knape staf boleh isap rokok sedangkan student2 xbley? Aku rase undang2 yang ade cukup jelas skali bahawa kat UTMKL ni dilarang merokok. Jadi bila student isap rokok je x boleh dan dikenakan saman silap2 boley kene buang kolej. Undang2 jelas menyatakan bahawa dilarang merokok, xde pun undang2 tertulis DILARANG MEROKOK KEPADA PELAJAR. Benda ni sepatutnya sama macam kat hospital,masjid,pejabat dan lain2 yang mana undang2 dilarang merokok adalah terhadap kawasan bukannya golongan manusia.

Cuba korang pikir kat hospital boley x merokok? jawapan yang pasti ialah TIDAK! x kire la ko ni doktor ke, kerani ker, patient ker, pelawat ker , setiap individu x dibenarkan merokok. Tapi kat UTM, staf boleh n student x boleh. Undang2 mana depa pakai ni??

Perkara ni jelas menunjukkan pelaksanaan undang tu still x betoi lagi. Jangan la asyik tgk kesalahan student. Staf mcm mane? Law is Law!! tetap kene patuh. Kalau macam tu, aku rase lepas ni baik perokok2 sekalian merokok je kat UTM ni xde hal punye.

Sedey la jgk tengok UTM mcm ni. Benda paling asas iaitu undang2 pn xbole nk dilaksanakan dgn penuh integriti.

Hanya sebagai renungan, jadi renung2kanlah!!

Friday, February 26, 2010

Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W

Asalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan.

Salam Maulidur Rasul buat teman2 seperjuangan.

Alhamdulillah segala pujian kehadrat pencipta kita Allah S.W.T yg memberi nikmat pada sekalian alam. Bersyukur kepada Allah kerana kita diutuskan seorang insan yang menjadi contoh ikutan sepanjang zaman iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Selawat ke atas baginda.

Di kesempatan ini ana selaku penulis ingin mengajak rakan-rakan semua, marilah kita lihat dan kaji semula ketinggian keperibadian junjungan besar kita. Ketinggian peribadi baginda di akui oleh semua umat manusia di bumi pada hari ini, baik dari golongan yang beragama hindu,budha,kristian, dan lain-lain. Hal ini sungguh jelas menggambarkan bahawa Islam adalah agama yang benar dan sungguh mulia.

Maulidur Rasul mengajak kita mengenang kembali sirah Rasulullah S.A.W sebagai panduan dalam hidup kita. Setiap detik yang dilalui oleh baginda wajar dijadikan ikutan kita sepanjang zaman. Oleh itu marilah kita termasuk diri ana kita nilai sejauh manakah diri kita telah menyimpang dari ajaran baginda. Sejauh manakah kita telah meletakkan baginda di dalam hati kita.

Sekian Assalamualaikum.

Wire Less kat UTM lembab??


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perkara utama dlm artikel kali ini adalah persoalan yg timbul pada setiap individu yg tinggal kat kolej ke-2 UTMKL. Kenapa wireless kita x laju?

Pada malam yg aku g jumpe ngn wakil pelajar tu aku ade jgk tanye kat diorang kenapa wireless kita x laju?? MPP x fight perkara ni ke?

Keterangan dari MPP:(

Untuk pengetahuan sedare2 sume, sebenarnya MPP da pun fightkan perkara ni dan telah pun berjaya menaikkan taraf wireless kat UTM kita dari yg sebelumnya kepada yg lebih baik. Tapi kenapa still lembab macam siput khinzir??

So bagi mendapatkan kepastian diorang g tanye kat CICT dan CICT cakap sebenarnya speed da cukup laju, tapi apa yg melembabkan speed tu adalah disebabkan pelajar2 sendiri yg kerap muat turun macam2 bahan. So bila da ramai2 muat turun jadi la masalah ni. Sekiranya di naik taraf sekali pun masalah ni akan sentiasa terjadi. Semakin laju internet semakin banyak dan besar file yg di muat turun.)

Sebagai cadangan, aku mendapatkan pandangan dan keterangan dari sahabat2 aku dari IPTA lain. Sebagai contoh di Universiti Malaysia Pahang mereka x dibenarkan muat turun file dari internet tapi mereka menggunakan file sharing secara wireless. Jadi perkara ni mungkin boleh di ambil oleh pihak UTM sebagai contoh untuk meningkatkan lagi kualiti internet di UTM.

Apa yg baik kita ambil dari orang dan apa yg x baik kita buang jauh2.. Apa salahnya kita tiru mereka sebagai keselesaan di UTM.

Apa komen anda??

Thursday, February 25, 2010

NoTiS TeRgEmPaR!!

Lebih kurang jam 6pagi tadi selum sempat aku nk lelapkan mate tiba2 ak dikejut oleh member ak yg smlm bersama aku jumpa dgn wakil MPP tu. Ada cite yg x brapa sedap didengar yg disampaikan kat aku. Aku xnk ulas panjang cite tu.

Diorang ajak aku utk membuat pertemuan semula dgn wakil MPP dan Darren Lai bagi mendapatkan kepastian. So pehatian kepada Wan Hazem dan Darren Lai, pertemuan semula akan diadakan kemungkinan pada hari isnin malam.

Sekian...

Pembetulan MPP RM230,000

Jam menunjukkan pkul 4:57 am n aku still lom tido.. so aku rase cam nk writting je... Papehal sorry kalo xde kick cket writting waktu cmnik sbb ak pun ngah kuyu haha!!
Ok back on track!
Smalam aku g jumpe ngn MPP bersama 2 org lagi member aku yg aku kire pandai bersuara n suara dorang ni ade message, sbb tu aku caye giler kat dorang. Kalo 1 hari nt dorang jadi wakil rakyat pn aku akan sokong gile2. Kami g bejumpe ngn Wan Hazim ngn Darren Lai. Jadi berlaku lah penjelasan yg amat terperinchi oleh 2 orang tokoh kpd kami.

Nilai sebenar ialah RM207,000 sebagai kos keseluruhan termasuklah kos penginapan,tour guide, makan, dan lain2. Nilai wang sebanyak ini adalah dilaksanakan oleh mereka sendiri. Seramai kurang lebih 20 orang peserta yg layak mengikuti program ini. Kesemua peserta adalah terdiri daripada pelbagai kelompok pelajar termasuklah pelajar biasa dan pelajar yg berjawatan.Program ini yg dipimpin oleh saudara Darren Lai telah memilih peserta dgn cara temuduga dan iklan berbentuk poster telah di letakkan merata-rata tempat sebagai pemberitahuan kepada orang ramai. Jadi kepada sesiapa yg tersalah anggap sila perbetulkan balik anggapan anda.

Oleh yg demikian pada post yg pertama ak ade kata yg diorang ni gunakan duit UTM tapi sebenarnye diorang menggunakan duit yg diorang cari sendiri. Macam biase diorang cari dgn care penajaan, 1orang peserta diwajibkan mencari paling kurang RM7000.00. Tahniah diucapkan kat diorang.
Bukan senang nk wat program ni, sbb byk benda yg perlu di selesaikan 1 demi 1. Ape2 pun aku sebagai penulis mintak maaf atas kesilapan yg menyebabkan pihak2 tertentu tersinggung. Secara Ikhlas aku katakan xde niat pn nk menyinggung mama2 pihak sesungguhnya artikel2 dlm blog ni mmg penuh dgn kotroversi. Jadi tugas anda sebagai orang yg tawu kebenaran untuk perjelaskan kepada orang ramai supaya info-info ini dapat disebarkan kat sume student2 UTMKL.

Kenapa perlunya terjadi perkara-perkara sebegini, disebabkan aku da 3 taun kat cni n aku tgk student2 mcm xde tmpat diorang nk dpt info. Dan lg 1 sbb, aku xnk tgk dan orang kata student UTMKL ni student yg pasif. U know what I mean!!

Da panjang sgt aku ngarot ni. ...nYte2!!!