Wednesday, November 17, 2010

Perutusan Aidil Adha

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dapat lagi kita bertemu di hari yang mulia ini iaitu hari raya Aidil Adha semoga dengan adanya sambutan hari raya ini kita mendapat penghayatan penuh.

Hari raya aidiladha ini disambut besempena dengan peristiwa junjungan besar kita Nabi Ibrahim A.S dan puteranya Nabi Ismail A.S. yang mengikuti perintah Allah iaitu Allah memerintahkan Ibrahim supya menyembelih Ismail.


Penghayatan korban untuk kita aplikasikan dalam kehidupan kita dizaman moden ini dapat kita lakukan denga menginfakkan sebahagian daripada harta kesayangan kita untuk mendapat keredhaan Allah. Sebagai contoh kita mengeluarkan sedikit harta kita untuk membeli binatang sembelihan dan diagihkan daging-dagingnya kepada fakir miskin.

Namun bagi seorang pelajar seperti saya apa yang mampu untuk kita lakukan ialah dengan menyumbangkan tenaga kita untuk bersama-sama bergotong royong melakukan upacara korban. Jika bagi sesiapa yang berkemampuan, juga digalakkan bersedekah.

Oleh yang demikian saya selaku seorang insan yang jahil lagi daif ingin mengajak rakan-rakan renung kembali kemana hala tuju kita selama ini sebagai hamba Allah. Adakah kita telah melakukan segala perintah yang telah disyariatkan kepada kita. Mari kita sama-sama nilai kembali supaya apa yang kita lakukan dari setiap perbuatan kita itu ikhlas kerana Allah, DAN APAKAH SELAMA INI PERBUATAN SEHARIAN KITA NIAT KERANA ALLAH??

Sekian Wassalam...

No comments: