Assalamualaikum... ha da solat lum?? hehehehe.... jd baik plak kawe...
Addeehh tadi baru dpt ilham nk tulis ape tapi biler duk depan laptop da xtaw nk tulis haper.. hurmm... :(
Ha ape kata kita diskusi sikit pasal video The Arrival yang di dokumentarikan oleh Noreaga, korang semua da tengok da video tu?? Barang siapa yang belum menonton dan mengkaji video tersebut sila lah berbuat demikian then datang balik ke post ak ni dan comment la sikit ea.. hehe :D
Baik!
Tajuk video tu The Arrival ianya berkisar tentang the arrival of DAJJAL AL-Maseh yeah!! Dajal kowt.. Baik sebelum aku mula, korang mestilah paham ape yang aku nak perkatakan ni hanyalah pandangan aku berdasarkan sedikit ilmu dan pengalaman aku sahaja ok?? kalau ada salah tegur baik-baik.
Jom kita mula.
Mengikut kefahaman aku ape yang disampaikan oleh video-video dokumentari tu banyak berkisar tentang konspirasi oleh seorang yang mereka gelar THE GREAT ARCHITECT. Ini bermaksud dia nilah yang merancang segala konspirasi yang seperti mana yang berlaku sekarang.
Sebelum aku cerita detail lg pasal konspirasi tu, aku nk tambah sikit cerita. Kenapa berlakunya konspirasi yang macam ni, dulu masa perang salib puak-puak kafir ni asyik kalah je berperang dengan tentera islam. Jadi diorang ni dah dapat satu conclusion bahawa diorang tak boleh serang Islam dengan cara berperang secara terang-terangan jadi diorang mengambil inisiatif nak serang secara rohani. YES! IT IS TRUE, THEY ARE ATTACKING US FROM THIS 3 PRINCIPLE WHICH IS MIND, BODY AND SOUL!!!
Baik, sila baca terjemahan ayat Al-Quran ni...
"Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. " (Al-Quran; Albaqarah ayat 102)
Menurut cerita dari mulut ke mulut yang disampaikan kepada aku, ilmu sihir ini telah disimpan oleh Nabi Sulaiman(sejauh kebenarannya aku hanya menyampaikan sahaja ini bukan aku yang cakap dan kalau aku dah jumpa maklumat dan kesahihan cerita ni aku akan bagitau balik) dalam bentuk kitab. Dan kitab ni dijumpai oleh orang-orang yahudi.(tengok the arrival versi Indonesia). Menurut mereka, kitab ni dapat menghubungkan si pengamal dengan SYAITAN, JIN ATAU DAJJAL SENDIRI.
Jadi disini aku merumuskan bahawa, The Great Architect yang dimaksudkan ialah antara 3 makhluk ni(syaitan,jin,dajjal) dan ianya diterjemahkan dalam bentuk MIND,BODY AND SOUL.
Manusia sekarang ni disesatkan dengan 3 perkara yang aku sebutkan diatas. Korang mesti rasa panas gak kan bila taw cite ni, rase macam nak gi letup je Israel, tapi apa guna buat tu semua sebab sekarang ni semuanya dah termaktub. Jadi apa yang boleh kita buat ialah DEFENCE,DEFENCE, DEFENCE!!!
Orang2 kafir sekarang ni dalam mode attacking (mind, body and soul) dan kita sekarang ni kena dalam mode DEFENSIVE dengan cara yang macam mana???
Perbetulkan diri kita, dengan menigkatkan ilmu dan kefahaman tentang ISLAM. HA! YES! aku dah nampak!
Sebenarnya diorang ni serang kita dari segi IMAN. Apakah maksud iman??
-mengaku dengan lidah(mind)
-percaya dengan hati(soul)
-mengamalkan dengan perbuatan(body)
Nanti aku kupas lebih lanjut pasal ni.....
Sekarang ni sekali lagi aku ingatkan, zaman kita ni adalah zaman dimana mode defensive perlu dilakukan iaitu dengan mempersiapkan diri kita dengan kefahaman tentang Islam dengan lebih mendalam, TAUHID, AKIDAH, AKHLAK, dan lain2 perlu diperkemas. Jom sama2 kita perkemaskan elok-elok sesungguhnya aku sendiri pun masih lemah lagi, bila kita sama2 kuat, serangan serangan ni semua tak kan dpt penetrate kat diri kita InsyaAllah.
Hanya sebagai pandangan....yang baik dan yang benar amik, tapi kalau xbaik sila tegur.
Ha, kalau ada sesiapa yang nak aku kupaskan pasal isu ape2 sila lah letakkan diruangan komen tu yer... :D Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment