Bagi mereka yang baru hendak berjinak-jinak dalam bidang penulisan atau bidang blogging ni, post ini akan dapat membantu anda dengan membuka minda dan menambah keyakinan diri sendiri supaya dapat menulis di internet.
Dunia hari ini berkembang dengan pesat.
Maklumat dapat diperolehi melalui hujung jari sahaja dengan adanya smartphone. Begitu juga maklumat dapat diberi dengan pantas sekali walaupun dengan keadaan kita sedang menaiki LRT.
Saya akan cuba kupaskan mengapa pentingnya menulis dalam bentuk point supaya mudah dihadam dan difahami oleh setiap lapisan umur yang membaca post ini.
Kepentingan menulis:
- Dapat menjana pemikiran yang kreatif
- Berkongsi idea dan pandangan sera bersedia untuk dikritik secara sopan dan beradab.
- Menguatkan daya ingatan
- Muhasabah diri sendiri
- Proses mematangkan cara berfikir
- Menambah pahala dengan berkongsi perkara bermanfaat untuk semua orang
Tapi sebelum korang pergi lebih lanjut dan lebih mendalam, korang kena faham dulu apa itu internet dan bagaimana ia bantu kehidupan seharian korang. Belajar tentang apa itu internet dekat blog yang bertajuk Apa itu internet
No comments:
Post a Comment