Aku tak update blog ni adalah disebabkan kesibukkan yang tak dapat dielakkan, biaselah,, student..
So, berbalik kepada topik kita tadi pasal ade kedai baru kat bawah blok B. Dari perspektif persendirian aku mula2 tu aku memang la rase seronok dapat pelbagaikan makanan dan minuman kat UTM kita ni. Tapi apabila kepala hotak aku yg pesimis ni mula menganalisa kehadiran kedai tu lalu timbul lah beberapa persoalan.
pertama skali ape yang aku nampak pasal penjaga kiosk tersebut terdiri dari kakitangan blok B sendiri yang mana aku confirm ramai student yang tak puas hati dengan dia. Tak ape la pasal tu, aku berfikiran +ve, yela rezeki orang buat apa kita nak kacau. Tapi berdasarkan pemerhatian aku melihat individu tersebut, dia ni macam tak mesra pelajar, asyik nak buat muka kerek je seolah-olah macam dia ni bagus sangat. Jadi ape yg aku risaukan nanti, acam mana layanan dia kat pembeli2 yg datang kat kiost tu nanti. Aku pun xnk komen banyak2 pasal ni, nanti kena serang plak ekekekeke....
Ok yang keduanya hasil dari analisa aku, aku terpikir sebenarnya kiosk ni di bina menggunakan wang peruntukan dari mana? adakah dari kolej kediaman? dari bendahari UTM sendiri? dari penajaan? x pun dari duit staff sendiri?
Tujuan utama pembinaan kios ni dah tentu la utk student2, tapi aku teranalisis kemana keuntungan hasil dari kiosk ini akan dibawa? adakah sebagai dana untuk student supaya akan mendapat pelbagai kemudahan yang lebih baik? or duit tu akan diberikan kepada pengusaha kiosk tersebut.
So kat sini moral of the story nya.. aku just terfikir kalau kiosk ni guna duit UTM sepatutnya keuntungan tu diberi kepada student balik dgn cara tambah kemudahan or g repair water cooler ker...
kalau guna duit staff sendiri, xpa la kalau ang pa nak wat ape pun.. jadi siapa nk g siasat or siapa ada penjelasan pasal isu ni??
sebenarnya x masuk akal pun citer ni.. tapi just nk melatih minda korang supaa berfikir je.. hehehe...