Saturday, January 22, 2011

The rise of the fallen.. (part 3)

Selesai solat Zohor di Masjid yang berdekatan aku duduk bersandar pada dinding sambil meneruskan aktiviti biasa iaitu merenung ke suatu titik fokus dengan lama. Dalam erti kata lainnya ialah termenung. Fikiranku yang kusut pada awal pagi tadi sudah berganti menjadi kosong macam tin milo yang dah habis serbuknya. Pemandangan dari Masjid ini sungguh indah kerana dapat melihat keadaan kota Kuala Lumpur yang begitu pesat membangun.

Saturday, January 8, 2011

Down untuk beberapa hari

Aku rasa, aku akan down untuk beberapa hari, selagi matters yang membelenggu diri aku ni tak settle lagi.

Nak ku cerita kepada korang semua tapi, biarlah rahsia itu adalah lebih baik. Orang kata simpan lelame pun nak buat hape kan, so aku dah story mory kat kawan aku semalam masa g tengok ikan Alligator Gar tu.

Terubat la siket luka dihati ni, tapi still down lagi. Rasenye nak ubat luka ni dah tak ada cara lain lagi dah, kena solat sunat banyak-banyak lepas ni dan banyakkan membaca. So kalau aku tak post or terlampau banyak post tu korang jgn ler marah yer. Ini semua adalah masalah emosi aku yang tengoh tak stabil tapi bukan datang bulan der.. hahaha!

daa~~

Assalamualaikum

Aduih minat nak bela ikan la pulak..

Hahahaha!

Aku ni pelik jugak la kadang-kadang, ape orang buat sumenye aku nak ikut buat. Tapi aku bukan jenis yang ape yang orang ade aku pun nak ade jugak contohnya kalau member aku baru beli motor, aku tak ikut pun. Ada member aku beli baju dekat butik-butik terkenal, aku tak de selera pun. Tapi benda pelik-pelik ni yang aku suka ikut siket. hehehe!

Contoh macam tadi aku baru je balik lepak jumpe member yang dah lame jugak la tak lepak dengan dia. Taw-taw je dia ade bela satu spesis ikan yang stylo jugakla aku tengok. Korang pun tak kan sangka ikan macam ni pun ada orang bela letak kat rumah. Ikan ape tu john??

Ni ha ikan nye!

Thursday, January 6, 2011

Bengang macam kat radio tu..

Cite ni tak de la lame sangat baru 3 - 4 hari lepas berlaku kat aku waktu pagi - pagi pulak tu.

Korang kalau tengah tido pastu ade orang kaco korang bengang tak? Lagi - lagi bila baru je tido tak sampai 2 jam pun. Memang perggghh!!


So ceritanye camni....