Monday, June 14, 2010

Internet adalah satu anugerah!!

Hari ni aku nak bercakap sikit mengenai satu anugerah yang hampir semua orang terlepas pandang iaitu INTERNET!

Bia aku brief sket pasal penetration internet kat Malaysia ni. Jumlah penduduk Malaysia ada lebih kurang 25 juta orang tapi hanya 60% daripada jumlah penduduk Malaysia yang dapat dan tahu menggunakan INTERNET iaitu sebanyak16 juta orang sahaja. Daripada 16 juta orang ni kebanyakkan pengguna terdiri dari umur berapa???

Dah tentulah golongan belasan tahun dan awan 20-an!!

Kalau kita fikir secara logik melalui akal yang ulung kurniaan Allah kepada manusia ini, umur seawal belasan tahun dan 20-an ni ape yang mereka lakukan dengan internet??? Anda sendiri yang tahu jawapannya.

Di Amerika, seorang manusia bernama Mark Zuckerberg berumur 25 tahun telah tahu bagaimana untuk menjadikan internet ini sebagai satu 'port lepak' a.k.a tempat untuk bersosial. Siapa dia makhluk ni?? dia ni lah founder Facebook! haah! facebook yang korang dan aku guna hari ni dia lah yang hasilkan!

Tapi bebudak umo 20-an dan belasan tahun kat Malaysia ni tak sampai lagi tahap yang mcm tu. Apa yang mereka tahu ialah untuk hanya menggunakan internet je.

Kawan2, internet ni bukan satu tempat untuk korang lepak2 bersosial, main game ngn carik bahan assignment je..... Internet ni jauh daripada tu..lebih besar skopnya...

kita sambung nanti....... aku ade keje nk wat jap... daa~~~

Monday, June 7, 2010

part 2...

hmm... kat mana kita berhenti aritu?? ha pasal takut untuk lakukan sesuatu..

Aku pun pening jgk tengok mahasiswa kat Malaysia ni kebanyakanya memang terlalu takut untuk lakukan sesuatu benda selain daripada belajar,belajar, belajar.. Maksud aku diorang ni hanya tahu nak belajar ilmu kursus masing-masing je.. tapi nak belajar sesuatu perkara yang baru , takut..

Mahasiswa kena proaktif tidak hanya tertumpu kepada satu perkara sahaja.. Bagi aku ahasiswa tu takut nak belajar benda lain tapi result dia 'flying colours' takpe jugak.. ini tak, da la tak berani nak belajar satu benda yang baru lepas tu result pun macam haram... RUGI TAK TUAN2 DAN PUAN2??

Mintak maaf sebab bahasa aku pedas sikit...

Ape yang aku nak tekankan pada anda semua ialah.. janganlah kita asyik terlalu fokus dengan satu perkara kerana ianya akan merugikan pada kita... aku ambik satu contoh seorang pelajar yang siang malamnya penuh dengan beramal ibadah kepada Allah yang Maha besar... tak pernah ponteng surau... tapi pelajar ini tidak bergaul dengan sahabat-sahabat yang lain.. hanya orang yang dikenalinya sahaja... dia lupa tuntutan Hablumminannas(menjaga hubungan baik antara manusia dengan manusia)...

Rugi tak jadi orang yang macam ni?? esok lusa kalau die rosak motor ke tepi jalan kawan2 mesti buat tak tawu je... (kisah ni tak ada kena mengena dengan hidup atau pun telah mati)..

ambik iktibar la daripada contoh yang diberikan... carik sesuatu bahan ilmiah lain yang boleh dipelajari... lebih2 lagi kalau ilmu yang dpt memperbaiki interaksi antara manusia dengan manusia... sekian...

Saturday, June 5, 2010

Dah Bekurun Aku Tak Post.... (part 1)

Sebenarnya sepeninggalan terhadap blog yang palain aku cintai ni.. aku telah melalui banyak perkara. Suka atau pun duka itu bukanlah persoalannya... tapi apa yang aku dapat daripada perjalanan aku ini ialah pengalaman dan pengajaran.

Ya betul! pengalaman dan pengajaran adalah dua perkara yang amat berkait rapat dalam meniti arus dewasa ini. Aku rasa kalau nak diceritakan pengalaman dan pengajaran yang aku dapat ni memang kawan-kawan semua memang tak akan dapat dan tak berani pun masuk ke gelanggang sepertimana yang aku lalui.

Aku tak nak cerita pasal itu semua, tapi apa yang aku nak cerita hari ini ialah pasal apa tujuan kita sebenar pada usia 20-an dan belasan tahun ini?? Apakah kemampuan kita setakat ini sahaja??

Dalam kita membaca posting aku yang indah ini, cuba kawan2 ambil masa 3 - 4 minit berhenti membaca posting aku dan berfikir tentang persoalan yang aku ajukan tadi...........................
.....
............
..........................

Jauh bukan, anda berangan?? hahaha!!

Bagi pandangan penulis sendiri sebagai seorang lelaki dan pelajar yang masih berumur 20-an aku rasa seperti aku ni berada di dalam zon yang sangat selesa berbanding dengan tokoh-tokoh ternama. Mana taknya, kerja aku bangun pagi, pergi kelas, makan, buat assignment rowai2 ngn member2 dan tido....

Cuba kita renungkan balik tokoh2 ternama dunia terutama tokoh Islam, di zaman muda mereka apa yang mereka lakukan??

Kalau di Malaysia sendiri kita ada Syeikh Al-Hadi yang menerbitkan akhbar untuk menentang british... kita pada usia ini bukanlah untuk menentang kerajaan mana2(itu pun kalau tak cukop berani) tetapi kita lihat zaman ini memerlukan apa??? Apa yang Malaysia perlukan dari kaum muda seperti kita ini pada masa ini, pada ketika ini, pada detik ini, pada zaman ini????

Apakah sumbangan kita dengan hanya belajar,belajar,belajar,belajar dan belajar,terus belajar, kerap belajar dapat membantu Malaysia??

Well let me tell you sedikit kenyataan mengenai manusia yang faham dan nampak tentang apa yang mereka boleh sumbangkan pada negara mereka pada usia seawal 20-an...

1-Mark Zuckerberg(pengasas Facebook-Millionaire) dia mula mencipta facebook pada umur 23 tahun..
2-Bill Gates(pengasas Microsoft-Billionaire) mula menghasilkan software untuk komputer pada awal 20-an..

Apa yang aku boleh rumuskan ialah, mereka ini sebagai satu penyumbang besar buat amerika malahan dunia kerana mereka melihat era teknologi informasi merupakan satu peluang untuk memajukan rakyat. Malahan mereka ni juga merupakan manusia yang blah dari Universiti... Harvard pulak tu...

Kita di Malaysia ni setakat wat program dalam universiti pun dah bangga dah... Aku menyeru kawan2 aku yang bijak pandai..... supaya mari kita sumbangkan sumthing untuk negara kita...

Tapi sebeluam kita main nak hentam keromo ajer.. diri kita ni mesti penuh dengan informasi.. aku sebagai pelajar kat UTM... aku dah habis bace berpuluh-puluh buku pasal perniagaan dalam masa 4 bulan...berpuluh-puluh majalah pasal perniagaan... tapi lepas aku baca tu aku tak pun jadi jutawan.....n ramai gak member2 aku pertikaikan bnda ni....

Sebenarnya aku baca sebagai penambahan maklumat mengenai kepentingan kewangan dalam idup aku.. aku tak tau pun lagi bila aku akan guna... tapi sekarang kita sebagai mahasiswa yang proaktif...

pertama sekali aku nak terangkan bahawa kita sebenarnya dah dibutakan dengan keadaan sekeliling kita dengan bahan pembacaan kita... sebab tu Mahasiswa Malaysia ni lembab.. Anda mungkin dapat 4flat dan ape kejadah haram anugerah dari universiti anda.. tapi percaya cakap aku... kita masih lembab dan jauh ketinggalan berbanding mahasiswa diluar negara.......

YA!! jangan marah bila aku cakap pasal ni.... 4 flat yang anda dpt is nothing to me!! anugerah , jawatan,pangkat serta darjat yang anda dapat dari pihak U is still nothing to me.... sebab anda hanya pemikiran anda... anda masih takut untuk lakukan sesuatu........

waaahh.. panjangnye aku tulis... nanti aku sambung lagi... pasal... takut untuk lakukan sesuatu...